Thursday, October 15, 2009

GURU MENGHANTAR KELUHAN KEPADA KESATUAN-BINCANG ISU GAJI DAN GRED PERJAWATAN

Buat masa ini ramai yang mengeluh kerana isu 29/41 tidak selesai. Golongan ini bolehlah dikira baru dekat Gred DG41. Puan, bagaimana dengan golongan PPPS lama yang macam terpinggir sahaja? Kami pun ada isu yang belum diselesaikan NUTP. Cuba bandingkan:
Sebagai contoh, golongan 29/41 dapat merasa faedah 7+3. Faedah ini dipanjangkan kpd mereka yang kini berada di DG44 untuk ke DG 48. Saya faham situasi mereka memandangkan servis semasa di PPLD harus diambilkira untuk senioriti. Bagaimana dengan guru senior/ lama DG44 yang telah berkhidmat lebih dari 10 hingga 18 tahun di bawah skim SSB tetapi di bawah SSM perlu menunggu 10 tahun baru boleh memohon DG48 KUP, jauh lebih lama berbanding dengan guru DG 44 junior yang genap 10 tahun sudah dinaikkan pangkat. Pengecualian khas yang diberi (tidak perlu tunggu 10 thn) hanya diberi untuk guru-guru yang hampir DG2 sahaja semasa SSM diperkenalkan.

Puan telitilah contoh di bawah
Guru A:
Tarikh lantikan pertama DG3/41: Dis 1989
Tarikh naik pangkat DG44 : Jan 2004
Tarikh naik pangkat DG48 : Jan 2014
Tempoh perkhidmatan : 25 tahun
(kalau ikut perkiraan tempoh perkhidmatan, pada tahun 2009/2010 pun sudah layak dapat Dg48)

Guru B:
Tarikh lantikan pertama D3/41: Jan 1995
Tarikh naik pangkat DG44 : Jan 2005
Tarikh naik pangkat DG 48: Jan 2015
Tempoh perkhidmatan : 20 tahun

Mohon jasa baik NUTP memperjuangkan nasib guru senior yang lama berkhidmat agar nasib kami terbela. Jika di bawah SSB, sudah pasti lama kami dapat DG2/ DG48. Kini, senioriti kami macam tidak diambil kira dan tarikh lantikan ke gred lebih tinggi adalah sama dengan guru junior kami. Bayangkan, guru junior yang masuk perkhidmatan lewat memprolehi gred jawatan sama padahal tempoh perkhidmatan jauh lebih pendek.

Cadangan saya, usulkan supaya kenaikan ke gred DG48 (KUP)bagi guru senior mengambilkira keseluruhan tempoh perkhidmatan di PPPS (di DG41 dan DG44). Ramai rakan-rakan saya dalam situasi yang sama. Terima kasih harap puan sudi memperjuangkan kes kami.

No comments:

Post a Comment