Tuesday, January 26, 2010

HUKUM GURU BESAR SALAH GUNA KUASA

MACAM AKU KATA...GURU BESAR PENENTU REZEKI GURU DAH JADI TERBALIK. PATUT ADA JAWATANKUASA MEMANTAU GRU BESAR DI PERINGKAT KELOMPOK DAN JUGA DAEARAH SERTA NEGERI.ADA GURU BESAR IKUT SUKA DIA SAHAJA MACAM SEKOLAH MAK BAPA DIA.ADA GURU BESAR TERLIBAT SALAHGUNA KUASA, SALAHGUNA KEWANGAN, SALAHGUNA PERALATAN SEKOLAH, SKODENG ANAK DARA DAN BINI ORANG,PIJAK GURU UNTUK DAPAT CEMERLANG.INI YANG HARUS KITA TENTANG,LAWAN,PERJUANGKAN DEMI MEMEARTABATKAN PROFESSION PERGURUAN.!!!!!!!!!!!!!INI LA YANG DI KATAKAN MEMARTABATKAN PROFESSION.BUKAN CAKAP SAHAJA MEMARTABATKAN PROFESSION, LEPAS TU PELUK BINI...KAH...KAH...KAH.....




"Bagi memastikan akses dan ekuiti bagi mewujudkan pendidikan berkualiti, sudah pastinya penyediaan guru mengikut opsyen yang cukup menjadi keutamaan Kementerian Pelajaran dan kaedah penempatan semula guru akan digunakan untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Alimuddin berkata keadaan menjadi lebih ketara apabila Jemaah Menteri memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dalam konteks itu, katanya guru-guru yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris sebagai contoh, sangat diperlukan terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.

Alimuddin berkata kajian yang dilakukan kementerian mendapati terdapat lebihan guru bagi opsyen mata pelajaran kritikal itu di sekolah-sekolah tertentu di bandar-bandar besar.

Katanya penempatan semula guru tersebut merupakan satu proses yang berterusan dan berperingkat-peringkat, sehingga masalah ketidakseimbangan ini selesai.

Beliau turut menjelaskan bahawa mulai tahun ini penempatan semula guru secara terhad akan dilaksanakan, di mana proses itu akan melibatkan penempatan guru-guru dalam negeri atau antara daerah sahaja.

Alimuddin berkata demikian sebagai mengulas isu pemindahan guru yang didakwa berpunca daripada penyalahgunaan kuasa di kalangan guru besar dan pengetua yang memindahkan guru tersebut akibat 'tidak sebulu' atau menimbulkan masalah kepada guru besar atau pengetua berkenaan.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membesarkan isu tersebut selain menganggap program penempatan semula guru itu adalah proses biasa yang akan berlaku dalam perkhidmatan awam
.

No comments:

Post a Comment