Saturday, July 3, 2010

NUTP sokong mansuh UPSR, PMR dengan syarat

NUTP sokong mansuh UPSR, PMR dengan syarat

July 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyokong cadangan kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Walau bagaimanapun dengan syarat satu mekanisme baru perlu diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi menilai prestasi para pelajar, kata presidennya, Hashim Adnan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco NUTP keenam di sini hari ini.

Beliau berkata mekanisme itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dan sekaligus mengelakkan para pelajar dan guru hilang tumpuan dan arah tuju.

“Pihak LPM juga perlu melakukan pemantauan bagi memastikan pihak sekolah melaksanakan arahan supaya tidak lari dari kurikulum yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti pembelajaran para pelajar juga tidak terjejas,” katanya.

Sementara itu Hashim juga berkata NUTP turut mengalu-alukan pelaksanaan dasar satu murid satu sukan, yang dapat memastikan pelajar yang cenderung dengan satu jenis sukan akan lebih fokus pada sukan yang diminati mereka, dan sekaligus menjadikan mereka ahli sukan yang lebih mahir dalam bidang yang diceburi.

“Kalau seorang pelajar itu fokus dalam satu sukan contohnya bola sepak, pasti setelah main beberapa tahun dia akan lebih mahir berbanding bermain dalam semua bidang sukan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya.

Hashim berkata untuk itu, para guru sukan yang mempunyai sijil dan kemahiran untuk mengajar bidang sukan tertentu perlulah diiktiraf oleh sekolah dan diberi elaun khas kerana pada masa ini terdapat banyak guru sukan yang mempunyai sijil dan kemahiran yang tidak mendapat pengiktirafan pihak sekolah.

Di samping itu, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri perlu mengadakan kursus dan latihan kepada para guru sukan bagi memantapkan lagi kemahiran mereka, katanya.

Beliau juga turut meminta Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula gaji permulaan para guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) memandangkan ia tidak bertepatan dengan skop pekerjaan mereka berbanding gaji yang diterima oleh guru-guru lepasan Institut Perguruan Malaysia (IPGM).

“Ada antara guru-guru (KPLI) ini yang berkelulusan perakaunan contohnya tetapi mengajar prasekolah mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi dari guru-guru IPGM, walhal tugas dan tanggungjawab mereka (guru IPGM) lebih berat,” katanya.

“Perkara ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka tetapi ia juga melambatkan proses kenaikan pangkat guru-guru IPGM kerana guru-guru KPLI telah melangkau tangga gaji lebih cepat walaupun mereka dilantik pada waktu yang sama dengan guru-guru IPGM,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu kursus induksi untuk para guru dipercepatkan atau ia akan melewatkan pengesahan jawatan mereka.

NUTP juga meminta supaya Jabatan Pelajaran Negeri Melaka tidak mengarahkan guru-guru untuk bekerja pada hari Sabtu kecuali untuk aktiviti kokurikulum sahaja. — Bernama



DAH JADI MACAMERBA BAB GAJI.....LIHAT JUGA KERJA KAUM GURU DI KAWASAN PUTRAJAYA?????ADAKAH PIHAK NUTP MEMBUAT KAJIAN KERJA-KERJA KAUM GURU DI SEKOLAH DI PUTRAJAYA????

No comments:

Post a Comment