Sunday, January 27, 2013

SOKONG PPSMI-DAH LAMBAT....

Kumpulan sokong PPSMI rancang berhimpun di Putrajaya

January 28, 2013
 
Langkah menganjurkan himpunan adalah memandangkan Putrajaya tidak mendengar pandangan dan pendapat walaupun pelbagai dialog dan perbincangan diadakan antara kementerian dengan ibu bapa dan warga pendidik. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 28 Jan—Tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya dalam isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kumpulan warga pendidik dan ibu bapa merancang untuk berhimpun di Kementerian Pendidikan pada 19 Februari bulan depan.
Dalam satu sidang media hari ini, empat kumpulan yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mendakwa kerajaan telah mempolitikkan isu tersebut serta kecewa dengan Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan 2013-2025 yang diperkenalkan tahun lepas.
“Kami lihat isu pendidikan ini sudah dipolitikkan dan masa depan anak-anak kita tergadai.

“Sudah sudahlah mempolitikkan PPSMI ini,” kata Shamsuddin Hamid, jawatankuasa Concerned Parents of Selangor (CPS).

Menurut kumpulan tersebut, langkah menganjurkan himpunan adalah memandangkan Putrajaya tidak mendengar pandangan dan pendapat walaupun pelbagai dialog dan perbincangan diadakan antara kementerian dengan ibu bapa dan warga pendidik.
“Sudah banyak program dialog dan perbincangan kami adakan dan sertai, tapi malangnya semua tidak diberikan perhatian dan diambilkira,” tambah Shamsuddin lagi.

MENYUSUL LAGI


No comments:

Post a Comment