Monday, February 25, 2013

Risiko kerjaya guru - Nak jadi cikgu? baca pesan ini dahulu.....Lebih baik jadi PTD

Risiko kerjaya guru - Nak jadi cikgu? baca pesan ini dahulu.....Lebih baik jadi PTD

Dengan merujuk berita berita harian di http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...35711/Article/  bertajuk ‘Pelajar cedera ditampar guru’ yang disiarkan dalam akhbar ini pada 14 Mei 2003, menarik minat saya untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dengan pembaca lain mengenai nasib guru.

Saya tidak ingin membicarakan berita berkenaan kerana ia sudah dilaporkan dan dalam siasatan polis. Sebaliknya, saya ingin membangkitkan perbandingan di antara guru dulu dan sekarang serta pelajar dulu dan sekarang.

Pada zaman saya menjadi murid sekitar 1970-an, guru paling dihormati selepas ibu dan bapa. Bukan orang Melayu saja, malah di kalangan bangsa lain di Malaysia dan dunia, guru mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Kepada orang Melayu khasnya, ada dua jenis guru iaitu guru sekolah dan guru agama. Jika murid bersekolah waktu pagi, selepas masa sekolah, dia akan diserahkan kepada guru agama pula untuk diajar. Begitu juga jika murid bersekolah petang, dia akan belajar kelas agama pada waktu pagi.

Dalam sesebuah kampung, guru dianggap antara orang yang sebaris dengan ketua kampung atau penghulu.

Kebiasaannya, apabila bertembung atau berselisih, orang akan menegur atau menyapa ‘cikgu’. Setiap kali murid mendapat buku rekod sekolah, guru akan menjadi orang yang diburu untuk mendapatkan tandatangan pengesahan rekod sekolah seseorang pelajar.

Kalau ibu bapa menghantar anak mereka untuk pertama kali ke sekolah atau rumah guru agama, ibu bapa akan berkata mereka menyerahkan anak kepada guru itu. Kata mereka: “Buatlah apa saja yang cikgu rasakan perlu, asalkan jangan patah kaki dan tangan sudahlah” Sampai begitu sekali kepercayaan ibu bapa kepada guru pada zaman dulu.

Di sekolah, guru sangat dihormati dan disanjung. Tiada bantahan daripada murid. Semua perintah guru akan diikuti tanpa sebarang soalan. Murid sanggup menerima apa saja balasan jika didapati bersalah.

Jika ibu bapa mendapati anak mereka melakukan kesalahan dan dipukul guru, ibu bapa sendiri akan menokok-tambah lagi dengan memukul anak mereka. Ini kerana mereka berasa guru itu tidak cukup memukul anak mereka yang melakukan kesalahan.

Pada zaman sekarang, guru hanya untuk mencukupi kuota sesuatu sekolah. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seseorang guru jika murid melakukan kesalahan. Kalau dimarah, walau pun sedikit, murid akan melawan balik. Kenderaan guru dirosakkan. Keesokannya, ibu bapa pula akan menyerang guru itu dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Jika di sekolah swasta, ada ibu bapa yang akan mengatakan bahawa mereka yang membayar gaji guru itu. Jadi guru kena ikut kata mereka dan hormat kepada anak mereka. Jika guru memukul anak mereka, ibu bapa atau murid itu sendiri akan membuat laporan kepada polis dan Kementerian Pendidikan. Kadang-kadang ada yang sanggup mengambil tindakan mahkamah ke atas guru.

Akhirnya guru yang dipersalahkan dan diambil tindakan.

Murid sekarang memang berani melawan dan tidak menghormati guru. Kalau ada yang menghormati guru pun, bilangannya sedikit saja. Kini, guru terpaksa menghormati murid dan mengikuti kemahuan murid. Jika tidak, guru boleh hilang pekerjaan.

Saya tahu ramai guru yang mengalami keadaan sedemikian terpaksa menelan pahit maung bersendirian kerana ingin menjaga periuk nasi mereka. Akibatnya, kita boleh lihat keadaan remaja sekarang yang sering terbabit dengan gejala sosial.

Guru akan menjadi salah satu pihak yang dipersalahkan kerana masalah ini. Jika murid berjaya, pujian dan tahniah akan diberikan kepada murid itu kerana kepandaian dan daya usahanya. Tetapi jika murid gagal, guru akan dipersalahkan dan dikatakan tidak pandai mengajar.

Itulah hakikat yang harus diterima oleh guru. Kata orang, zaman berubah, maka kita kena ikut peredaran zaman. Itu betul, tetapi tidak semua yang baru atau moden itu baik belaka. Kadang-kadang kita perlu melihat ke belakang dan renung sejenak sebelum melangkah ke depan. dipetik dari tulisan tokey ayam

Kenapa kerja guru teruk?

Sejak sekian lama kita selalu membaca tentang masalah guru. Masalah mereka yang sering diutarakan adalah beban kerja perkeranian yang terpaksa mereka lakukan selain tugas berkaitan pengajaran.

Antara tugas-tugas guru yang dipertanggungjawabkan ialah;
-menyediakn rekod mengajar
-mengajar
-menanda buku
-melaksanakan peperiksaan(mencipta soalan, menanda kertas, merekod markah secara bertulis dan online)
   - ujian bulanan
   - peperiksaan penggal
   -pbs (tekanan baru untuk guru (gua pun tak tahu apa itu pbs tapi rata2 rakan guru menyatakan pbs sangat     membebankan)
-melaksanakan tugasan ko kurikulum
-menghadiri kursus dalam perkhidmatan (ada jumlah jam yang perlu dipenuhi)
  Dan BANYAK LAGIIIIIIII... tak larat nak tulis

Jom bincang

Purata guru-guru di Malaysia mendapat 28-30 waktu mengajar seminggu. Jumlah itu didarabkan dengan 35 minit setiap waktu. Kita ambil guru yang mengajar 30 waktu seminggu. setiap hari guru ini mengajar 6 waktu selama lima hari  iaitu isnin hingga jumaat. Dalam sehari persekolahan terdapat sepuluh waktu. bermakna guru ini ada 4 waktu terluang. atau 2 jam 20 minit. 20 minit adalah waktu rehat khas untuk makan dan solat.

Enam waktu yang dilaluinya (mengajar) memerlukan dia menanda buku latihan dan nota pelajar.. Andaikan guru itu mengajar empat kelas sehari dan setiap kelas ada 35 orang pelajar. Masa untuk menanda sebuah buku adalah 2 minit. 2 X 140 buku =280 minit.  Ini bermakna masa terluang guru tersebut habis begitu sahaja untuk menanda buku malah tidak mencukupi, Begitulah keadaannya setiap hari.

Pada hari sabtu guru akan mengadakan ko kurikulum 2 kali sebulan atau dua kali sabtu. Dua sabtu yang berikutnya guru perlu menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Bermakna guru bertugas 6 hari seminggu walaupun kerajaan menggezetkan sabtu adalah hari cuti.

bagi guru yang lebih malang mereka terpaksa menghabiskan hari ahad mereka untuk menjalankan tugas seperti pertandingan permainan peingkat negeri yang memerlukan mereka keluar daerah. Perkhemahan anjuran pejabat pelajaran atau pejabat pendidikan daerah. tugas ini tiada bayaran overtime dan tidak juga diberi cuti khas sebagai ganti cuti hari minggu mereka.

Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka.... bukankah anda akan terpaksa melakukan kerja sekolah di rumah unruk memastikan tugasan berwarna kuning di atas dapat diselesaikan?

Kekurangan kerjaya guru
1. kenaikan pangkat yang lambat berbanding jabatan lain iaitu 10 tahun untuk naik pangkat ke level 2 mengikut gred. (PTD hanya perlu 4 tahun)
2. Kerja yang keterlaluan dan membebankan hanya menguntungkan ketua jabatan.
3. Tiada bayaran lebih masa untuk kerja hari cuti termasuk hari ahad
4. Berlaku penyalahgunaan kuasa oleh ketua jabatan
5. Banyak guru sakit jiwa.(ikut kajian tahun berapa tah..tak ingat. wakaka)
6. Tiada pembelaan untuk guru disiplin yang dituduh melakukan jenayah terhadap pelajar.(selalunya fitnah sahaja. pelajar sekarang pandai mengenakan cikgu. Kes cikgu cabul 10 murid perempuan keturunan cina di KL 2 tahun lepas apa jadi?)

Tahun lepas beberapa blogger PR menyiarkan rungutan guru tentang PBS. Beberapa yang ditemui adalah seperti yang ini;

sumber


Dan juga yang ini



Kepada anak muda terutama lelaki yang hendak menjadi guru , elok fikirkan masak-masak bebanan kerja seorang guru seperti yang dinyatakan di atas. Kerja guru sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Janji untuk meringankan tugas guru hanya janji kosong sahaja. Buktinya PBS dirancang untuk menambah beban kerja guru. Tak caya ? cuba tanya pakcik dan makcik yang kerja cek egu.... wakaka

ELOK MOHON KERJA KERAJAAN DALAM BIDANG LAIN. KALAU DAPAT JAWATAN PTD TERSNGATLAH BAIK. KEBANYAKAN PTD BERJAWATAN JUSA C DAN KE ATAS....  Jusa c dalam perguruan hanya pengarah.


Kenapa gua tau banyak? Sebab 'mem' gua cek egu.... 
wakaka

No comments:

Post a Comment