Wednesday, October 23, 2013

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2 BULAN?

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2 BULAN?

 Kakitangan awam jangan terkejut dengan berita bonus ini. Sebab utamanya dah banyak contoh Bn ni putar belit.Nak harap kereta murah?, nak harap harga barang tak naik? semuanya auta. Apa lagi yang rakyat mahu? Bonus ? Ya bonus,,,,untuk anak-anak sekolah.Apa yang pastinya , untuk rakyat, BN, Barang Naik.Hanya ahli Umno sahaja yang mendapat diskaun membeli harga barang dan minyak....

Namun perlu sedar bahawa Dengan pilihanraya kecil Sg Limau, kerajaan punya budget untuk Memberi makan segala hantu raya,setan kecil,dan juga jebon-jebon yang akan menjadi macai sepanjang pejalanan pilihanraya kecil nanti.So  duit bonus, lain kali saja la...

Naik minyak pun sokong? Patut ke tengah buat desakan agar harga barang tidak naik,harga rumah tidak melambung.

 

 

 

 

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

Bajet 2014 Malaysia akan berlangsung tidak lama  lagi iaitu pada 25 Oktober 2013. Seperti biasa, Cuepacs yang membawa suara & tuntutan 1.4 juta kakitangan telah menuntut daripada kerajaan Malaysia supaya menunaikan segala permintaan kakitangan awam Malaysia. Antara lain intipatinya ialah :


Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%



  1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik  baru-baru ini.
  2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
  3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini. (contohnya perbandingan harga rumah VS gaji : DI SINI)
  4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment