Wednesday, October 21, 2009

ADAKAH GAJI GURU DIZALIMI???

En. A dilantik dg29 : 1987
MERASA DG32 (dapat kenaikan 25% tahun 2007 bersama beribu-ribu RM tunggakkan)
Lantikan DG41 : tahun 2008
Gaji sekarang: RM 4044.73

Saya umur hampir setengah abad
Lantikan dg29 : 01.05.1982
Lantikan dg41 : 01.10. 2005 (dapat 15% dari Tragedi 2007)
Masih lagi dg41 (InsyaAllah 2012 – DG44)
Gaji sekarang : RM 2871.70
Pencen : 2016 (Pada usia 56 tahun).

Pn. SU

Saya yang lebih senior menerima gaji yang lebih rendah gaji saya RM 2871.70, sedangkan En. A gajinya RM 4044.73. Beza saya 5 tahun lebih senior dari En. A dan perbezaan gaji ialah RM4044.73 – RM2871.70 = RM1173.30 (SERIBU SERATUS TUJUH PULUH TIGA DAN TIGA PULUH SEN )

Bayangkan kalau 2 tahun 24 x RM1173.30 = RM28,152.72

Sedih, kecewa, terhina oleh kerana gara-gara dg32 dan mereka menerima kenaikan 25%. Menyebabkan gaji saya lebih rendah berbanding orang yang lebih junior dari saya, lantikan 1987.

Cukup ZALIM, 20 tahun sebagai guru dg29 Cuma dpt 7 + 3
Saya TERANIAYA BANYAK KALI

1. Terlepas dg32
2. Kenaikan dari dg29 ke dg41 hanya sebanyak RM5.00
3. Beza gaji lantikan 1982 dan 1987 ialah RM1173+
4. Gaji Ijazah sangat rendah dari sijil SPM

Pn. SU ,
.cubalah rasai apa yang kami tanggung…….perit, benci, kecewa,
lihatlah apa yang dah jadi. Tolong selesaikan masalah ini dalam masa sisa-sisa tempoh perkhidmatan saya dan rakan-rakan guru-guru tua yang berbaki hanya beberapa tahun saja lagi.Saya rasa sangat-sangat malu bila menghadiri kursus dll, ramai guru-guru muda ingat saya dg48, ada pangkat dan bergaji besar.
Ini adalah kerana penampilan saya yang agak berumur tapi masih lagi dg41.

Pn SU.
Tolonglah guru-guru dg2941 yang TERANIAYA ini. Bagaikan GEMPA BUMI dan HALILINTAR apabila guru-guru dg32 mendapat durian runtuh -ribuan ringgit padahal mereka tidak perlu bersusah payah menyambung pelajaran. Sungguh KEJAM !!!!!!!!
Sekian. Terima-kasih.

NO Ahli: 048591

No comments:

Post a Comment