Umno-BN Hancurkan Sistem Pendidikan Negara Setelah 50 Tahun Memerintah
Dari Suara Keadilan
Mutu pendidikan di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun kerana sejak Merdeka, Umno-Barisan Nasional telah mempolitikkan isu pelajaran sehingga menjejaskan keyakinan pelabur untuk menanam modal dalam sektor yang penting ini.
Senator Dr S Ramakrishnan berkata walaupun berbilion ringgit peruntukan telah dicurahkan dalam bentuk prasana dan kemudahan persekolahan namun kualiti pendidikan berada pada tahap yang rendah.
“Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 5.7 peratus manakala Britain pula 5.3 peratus. Jadi Malaysia dikira sebagai negara yang tinggi peruntukannya kpada pendidikan dan kita tidak sepatutnya mempunyai masalah dengan kemahiran dan kepakaran dan seterusnya mentransformasi dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi,” kata Dr Ramakrishnan.
Bagaimanapun kata beliau pelabur serta pelaburan langsung asing (FDI) menyisihkan diri daripada Malaysia disebabkan mutu pendidikan yang rendah, tidak kompetitif dan sumber tenaga yang tidak pro-aktif ditambah pula dengandasar yang berubah-ubah, tidak konsisten dan kerenah birokratik.
Kata Dr Ramakrishnan lagi sebagai negara yang tinggi tahap perbelanjaannya untuk pendidikan agak pelik mengapa pekerja mahir dan pakar asing tidak tertarik untuk menapak di negara ini dan lebih parah lagi pengubal dasar pendidikan tidak langsung mempunyai terhada masalah ini.
“Di mana salahnya? Begitu banyak sumber dihabiskan tetapi tidak memberi hasil yang diinginkan. Kerajaan seolah buat-buat tidak nampak walhal penyelesaiannya berada di depan mata.
“Pihak kementerian dan pembuat dasar membelanjakan berbilion ringgit membina infrastrukur, komputer, peralatan dan sebagainya, Malah pembelian peralatan memakan sebahagian besar peruntukan kementerian disamping perbelanjaan besar untuk menganjurkan seminar dan latihan di mana fokusnya bukan kepada pembelajaran tetapi kepada makan, minum, penginapan di hotel mewah dan bersiar-siar.
“Berbilion juga dibelanjakan untuk pendidikan agama di mana penekanannya adalah kepada isu halal dan haram, lebih kepada bentuk daripada isu seperti isu kandungan modul propaganda BTN.
“Sekolah baru dibina dimerata tempat tetapi kualiti pengajaran terus merudum serta kualiti pengetua juga turut jatuh. Pernaha dahulu kita berbangga dengan pengetua yang hebat dan guru yang dibanggakan yang mampu dijadikan model ikutan pelajar,” kata beliau dalam nada kesal.
Dr Ramakrishnan berkata kejatuhan mutu pendidikan di negara ini bermula apabila Umno-BN menjadikannya percaturan politik dengan menjadikan Dasar Ekonomi Baru sebagai landasan mendapatkan sokongan masyarakat Melayu.
Malah dalam proses itu Umno-BN merubah perkhidmatan awam yang dahulunya dianggotai pelbagai kaumn kepada satu badan yang majoritinya didominasi oleh satu kaum dan agama.
Penjawat awam yang berdedikasi dan berpengalaman seperti guru, doktor dan professional lain tidak dinaikkan pangkat tetapi sebaliknya tempat mereka diganti oleh kakitangan yang lebih rendah.
“Dengan cara ini Umno-BN menafikan perkhidmatan awam mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan mampu. Mereka gagamelihat bahawa sebagai sebuah negara berbilang bangsa perkhidmatannya perlu dibangunkan atas prinsip yang sama untuk memenuhi keperluan semua warganegara.
“Hasil tindakan Umno-BN mereka mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak mampu membuat keputusan yang bersifat jangka panjang. Penjawat awam tidak dibenarkan menjadi matang dan berfikir secara bebas untuk kebaikan perkhidmatan awam dan akhirnya menghasilkan birokat yang hanya menjadi tujang angguk dan bermentaliti hamba,” jelas beliau.
Merujuk kepada dasar pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, Dr Ramakrishnan menambah sistem pendidikan sekarang menidakkan pelajar mempunyai cara berfikir secara bebas, kritikal dan analitikal.
Kerajaan sepatutnya meneruskan sekolah aliran Inggeris tanpa mengorbankan kepentingan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya menutup semua sekolah Inggeris dan hanya mengajar mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut.
Langkah ini pun ditukar semula setelah lapan tahun dilaksanakan yang membabitkan berbilion ringgit.
‘Flip flop’ seperti ini telah menyebabkan kekeliruan yang hebat dan malah orang Melayu sendiri tidak lagi yakin kepada sistem pendidikan negara.
“Terdapat 70,000 pelajar Melayu di sekolah Cina, kadar penghijrahan professional Melayu ke luar negara semakin tinggi serta bilangan yang ramai pelajar Melayu di sekolah persendirian tempatan dan antarabangsa menunjukkan sistem pendidikan yang hanya menjurus kepada penghambaan kepada Umno-BN
“Semua dasar yang digubal membawa halatuju yang salah. Hasilnya sistem pendidikan Malaysia tidak mampu menarik kepakaran luar. Pelajar miskin bukan Melayu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik sepatutnya diberi biasiswa dan tempa di universiti dalam kursus diminati mereka.
“Kepakaran rakyat Malaysia ada dimerata tempat di negara ini tetapi Umnoputra yang mendominasi kerajaan buta terhadap hakikat ini. Malah kepakaran rakyat Malaysia di luar negara kini membantu memakmurkan negara asing da pada masa yang sama Umno-BN meminggirkan rakyat negara ini yang berkaliber dan bermutu,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment