Sunday, February 28, 2010

MURID-MURID PERLU DI AJAR CARA DEMOKRASI DAN BUKAN DIKTAKTOR

BN tolak suara demokrasi di sekolah

Sunday, 28 February 2010 12:11 PM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional menolak suara demokrasi di sekolah di seluruh negara apabila melarang mana-mana Pengetua dan Guru Besar sekolah di negara ini mengadakan pilihan raya murid bagi memilih wakil mereka.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong, arahan itu dikeluarkan sendiri oleh bosnya, yang juga Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin melalui surat pekeliling yang diedarkan di semua sekolah sejak minggu lalu.

"Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak," katanya kepada media semalam.

Antara sekolah yang melaksanakan pilihan raya murid sebelum ini ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan pada 11 Januari lalu.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan lima penjuru yang melibatkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Khairul Azli Khairul Razi diumumkan pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

Monday, February 22, 2010

LENA GAMAKNYA....RANCANG DI KUALA LUMPUR NAK LAKSANA DI KAWASAN PEDALAMAN TENTU PENING

Pembaziran guru di SM Teknik
Guru Pekan Feb 21, 10 2:32pm
Anugerah guru cemerlang menjadi idaman semua guru untuk memberi khidmat kepada pelajar. Anugerah ini memboleh guru meningkat dengan cepat dalam kenaikan tangga gaji.

Apabila penstrukturan semula sekolah menengah teknik menjadi sekolah menengah vokasional, maka guru-guru cemerlang dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrik dan awam yang berada di sekolah menengah vokasional perlu dipindahkan ke sekolah menengah teknik yang mempunyai kursus berkenaan.

Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku, kerana kelemahan pemantauan dari pegawai di Putrajaya. Ini menyebabkan mereke tidak ditukarkan ke sekolah menengah teknik yang memerlukan kepakaran mereka. Perkara ini menyebabkan negara kerugian kepakaran mereka.

Penukaran sekolah menengah teknik ke sekolah menengah vokasional juga menyebabkan berlaku lebihan guru yang ketara di sekolah menengah vokasional. Misalnya jika sebelum ini ada 18 kelas kursus teknikal di sekolah menengah teknik, tetapi apabila menjadi sekolah menengah vokasional, maka sekolah berkenaan akan ada lebihan lima guru bagi setiap matapelajaran berikut - iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, pendidikan Islam, sejarah, matematik, matematik tambahan, fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan matapelajaran Kejuruteraan.

Mengapa lebihan guru ini tidak dikeluar dan dihantar ke sekolah menengah harian yang amat kekurangan guru. Bayangkan jika sebuah sekolah menengah teknik yang mempunyai lebihan 30 guru, berapa banyak wang negara dapat dijimatkan jika guru ini digunakan sepenuhnya di sekolah biasa untuk menggantikan guru sandaran (GSTT).

Kalau kita menyemak betul-betul jadual waktu mengajar guru di sekolah menengah vokasional, rata-rata guru mengajar kurang daripada 10 waktu seminggu kerana lebihan guru yang amat banyak. Manakala Guru Kanan hanya mengajar lima waktu seminggu. Berapa banyak wang negara dibazirkan.

Perkara ini perlu diberi perhatian segera kerana dalam keadaan kewangan negara yang memerlukan perbelanjaan berhemah dan langkah berjimat di laksanakan sepenuhnya. Pihak pengurusan kementerian dan nazir perhatikan betul-betul perkara ini.

WANITA YANG MENJADI GURU BESAR PUN RAMAI.SEBAB ITULAH JADI TAK STABIL.

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama

Friday, February 19, 2010

ADA PENSYARAH YANG MASIH BODOH???JADI PENSYARAH KACAU CIKGU AJAR ANAK SENDIRI.ADA YANG MERASAKAN JADI PENSYARAH SUDAH HEBAT....

Warga IPGM

Demi kepentingan warga pendidik, saya ingin mengutarakan satu perkara yang menjadi isu hangat dalam kalangan kami buat masa ini iaitu kepupusan elaun tuntutan perjalanan.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan warga IPG (dulunya Maktab Perguruan) terlibat secara aktif dalam tugas pemantauan praktikum yang sedang berlangsung sekarang. Setiap pelajar akan diselia oleh pensyarah IPG tidak kurang dari enam kali untuk subjek major dan minor.

Dengan kedudukan ekonomi sekarang, setiap pensyarah IPG hanya dibenarkan menyelia dua kali sahaja daripada enam sebelum ini atau dalam ertikata yang lain perlu menyelia enam kali tetapi tuntutan hanya dua kali.

Ini berpunca daripada kesempitan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Pelajaran. Sebagai warga IPG, saya amat khuatir atas hasrat Perdana Menteri sendiri dalam merealisasikan keberhasilan enam aspek dalam NKRA iaitu antaranya dalam bidang pendidikan.

Bagaimana sesuatu keberhasilan akan dicapai apabila aspek penyeliaan dan pemantauan ini dihadkan? Ini kerana kualiti bakal guru bergantung kepada diri guru itu sendiri dan juga aspek bimbingan daripada mentornya.

Keterbatasan mentor untuk membimbing menteenya akan menjadi penyebab kepada kegagalan untuk mencapai tahap kualiti yang disasarkan. Ketidakupaya mentor memantau dan membimbing dikhuatiri akan diambil kesempatan oleh pelajar kerana pelbagai kesan negatif boleh terjadi. Bayangkan mereka yang menjalani latihan selama hampir tiga bulan di sekolah dengan hanya dua kali pemantauan.

Satu lagi yang memeritkan ialah kami para pensyarah terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk keluar membimbing dan memantau pelajar sedangkan keupayaan kewangan kami juga terbatas untuk menampung jumlah perjalanan yang tinggi hingga mencapai ratusan kilometer. Apakah senario ini tidak menjejaskan aspek keberhasilan?

Oleh itu, saya amat berharap agar isu ini diberi perhatian oleh pihak berkaitan supaya hasrat Perdana Menteri yang ikhlas itu tidak diselewengkan dan yang maha penting tolong jangan kami diperbodohkan lagi.

Tuesday, February 16, 2010

SEKOLAH 5 BINTANG CIKGU IJAZAH DAPAT TAHI BINTANG

500 sekolah taraf lima bintang

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.

Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja.

"Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.



BELAJAR TINGGI-TINGI SAMPAI PUCUK ATAP
APA DALAM GIGI TAHI BINTANG BERASAP
DG 41 DAN DG 44 SEKOLAH RENDAH MAKAN ASAP.

BUAT PENAT MENAIP SAHAJA PADA NUTP BLOG....APA PUN PUN TAK ADA....

Blogger

INILAH JAWAPAN BIASA YANG DI BUAT OLEH NUTP.BILA DI TANYA APA PERKEMBANGAN BILA BERTEMU TPM MERANGKAP MENTERI PELAJARAN..PUN TIDAK DI JAWAP SEBABNYA IALAH KERANA SEMUA CADANGAN YANG DI KEMUKAKAN TIDAK DIAMBIL PEDULI DAN CIKGU-CIKGU DI BENARKAN MELEPASKAN GERAM DI BLOG SAHAJA




Setiausaha Agung said...

Sdr. Hang Kebun,
1. Terima kasih atas cadangan sdr. pihak NUTP ambil maklum atas cadangan sdr.
2. Menteri Pelajaran pun perlu rujuk pada JPA

Tue Nov 24, 08:16:00 AM 2009

Blogger Setiausaha Agung said...

Sdr. Chan,

ndingkan dengan DG32.

Thu Nov 26, 03:16:00 PM 2009

Blogger Setiausaha Agung said...

Sdri. Siti,
Sila kemukakan nama sekolah. Pihak NUTP perlu teliti negeri mana sekolah mana agar KPM boleh bertindak.

Thu Nov 26, 03:51:00 PM 2009

Blogger cikgu master said...

Salam sejahtera Pn. SUA,
Saya berpendapat masa depan guru Master/PhD memang gelap gelita jika terus berada di sekolah.Harapkan pagar,pagar pun dah berkarat.Jadi saya ingin memohon menjadi pensyarah di IPGM.Saya sentiasa melihat iklan di website.Tak ada pun iklan pengambilan pensyarah IPGM.Boleh bagi tau saya bila pengambilan pensyarah IPGM dibuat?Sekurang-kurangnya sebelum ijazah Master's saya pula yang berkarat.TQ

Thu Nov 26, 10:53:00 PM 2009

Blogger Celia said...

Pn SU,
Saya harap Pn SU dapat membantu
guru lama spt saya. Kami memang rugi setaip kali ada pertukaran mengenai gaji.
Contohnya kes saya:

Posting 1973 (dgn Sijil Guru Maktab Perguruan)
1973-1987: C2
1984-1987 (Univ dgn separuh gaji)
1988-2003: DG3/ DG41
2004 : DG44
2009 (Memohon kenaikan ke DG48 tetapi JPWP kata cuma layak 2012)

Betulkah pengiraan JPWP? Apa gunanya lulus PTK3 dan pengalaman selama lebih 35 tahun? Lebih-lebih lagi saya sangat aktif dalam pembentukan kurikulum, penulisan buku, LPM, MQA, dll.
Tidak adil benar bila dibandingkan dengan orang baru.
Peluang untuk dapat pencen lebih sikit hangus sebab saya akan bersara pada 2010!

YANG BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!

Fri Nov 27, 03:07:00 PM 2009

Blogger chan said...

Hadiah Kenaikan Gaji (HKG).

Cagangan:
1.Setiap guru yang mendapat Ijazah semasa perkhidmatan diberi 1HKG.
2.Setiap guru yang mendapat MASTER semasa perkhidmatan diberi 1HKG.
3.Setiap guru yang mendapat PhD. semasa perkhidmatan diberi 1HKG.

Cadangan ini munasabah dan tidak merugikan kerajaan.

Sat Nov 28, 11:45:00 AM 2009

Blogger chan said...

Masalah Program Komputer di Sekolah:

Program Komputer yang dibuat oleh KPM, baik. Program yang dicipta oleh PK biasanya tanpa pengetahuan JPN menimbulkan masalah. Kelemahan yang jelas ialah tidak ada buku panduan. PK cuma beri taklimat yang tidak jelas. Pengetua pula sentiasa "backing" PK. Harap NUTP dapat selesai perkara "remeh" ini.


Cadangan:

Setiap program komputer yang melibatkan guru, perlu ada kertas kerja serta kelulusan JPN/KPM. Pastikan mesti ada buku panduan yang terperinci serta berISO dan di pantau oleh JPN/KPM.

Mon Nov 30, 09:19:00 AM 2009

Blogger Setiausaha Agung said...

Sdri. Siti,
1)Kalau tidak pasti jangan kata 'penipuan'. Apa yang dinyatakan bukan untuk hari ini tetapi formula yang digunakan berterusan bertahun-tahun.
2)Merujuk pada pekeliling terkini (selepas pihak NUTP tuntut dari KPM) jelas sama ada 20 tahun atau tanggagaji T18-T21. Harap faham dulu.

Mon Nov 30, 10:46:00 AM 2009

Blogger Setiausaha Agung said...

Sdri. Suriayani,
Sila kemukakan aduan secara rasmi beserta dengan surat-menyurat untuk tindakan pihak NUTP.

Mon Nov 30, 10:48:00 AM 2009

Blogger Setiausaha Agung said...

Sdr. yangman,
Tunggu sehingga 2010. Harap sabar.

Mon Nov 30, 10:50:00 AM 2009

Blogger siti said...

Kepada Pn S/U


Sila beritahu sekolah mana dari negeri mana yang menggunakan program ini.

Tue Nov 24, 08:19:00 AM 2009

PPD TAK DAK AKAI-ORANG DAH SAMPAI BUAT UMAH KAT BULAN ,DIA SURUH CIKGU KUTIP DUIT...KAH...KAH...KAH......KESIAN CIKGU-KESIAN CIKGU

Berita Harian bertarikh 4 Februari 2010 – PPD TAWAU MENGARAHKAN BUKAN SAHAJA MURID MENGUTIP DERMA KAD JOGATHON, TETAPI JUGA GURU-GURU. MANA LETAKNYA MARUAH GURU MENGUTIP DERMA DARI PINTU KE PINTU




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “IBUT:BHA21277”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Februari 2010 – PPD Tawau mengarahkan bukan sahaja murid mengutip derma kad jogathon, tetapi juga guru-guru. Mana letaknya maruah guru mengutip derma dari pintu ke pintu.
Untuk makluman, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau tidak ada mengeluarkan arahan kepada guru-guru untuk membuat kutipan dari pintu ke pintu seperti isu/perkara yang ditimbulkan oleh penulis. Arahan yang telah dikeluarkan kepada pihak sekolah ialah menjelaskan bahawa kutipan hendaklah dilakukan oleh ibu-bapa yang menjadi ahli persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah.
Pihak PPD Tawau juga telah menjalankan pelaksanaan jogathon mengikut prosedur dan mendapat kebenaran daripada :-
i. Jabatan Ketua Menteri Sabah
ii. Mendapat Permit/Kelulusan Kutipan Jogathon daripada Polis Diraja Malaysia
iii. Mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pihak sekolah berkenaan kutipan Jogathon.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, February 15, 2010

DENGAR DULU BOLEH'PERCAYA DULU JANGAN-KEMENTERIAN PUN MACAM SESUMPAH-HARI INI LAIN ESOKNYA LAIN


Utusan Malaysia 1 Februari 2010 - TELITI LALUAN JADI GURU BESAR






Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ MIDMAN, Gua Musang, Kelantan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia 1 Februari 2010 bertajuk “TELITI LALUAN JADI GURU BESAR”.


Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.


Walau bagaimanapun, telah terdapat Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah pertama dan mereka ini telah dikekalkan sebagai Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbangkan mengisi jawatan guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.


Walau bagaimanapun, selaras dengan pelaksanaan Dasar Pensiswazahan yang mana KPM berhasrat untuk mempunyai 50% guru-guru di sekolah rendah terdiri daripada guru siswazah maka pihak KPM sedang menjalankan kajian Model Perjawatan Sekolah Rendah dengan mengambilkira isu-isu perjawatan dan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah rendah. Cadangan Model Perjawatan ini akan mengambil masa kerana memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam. Oleh itu cadangan ini dijangka akan dapat dikemukakan kepada Agensi Pusat selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAGI YANG NAK SANGAT MENJADI GURU BESAR-TELITI DAHULU KERANA KENYATAAN INI TIDAK TETAP LAGI.HARI INI CAKAP LAIN BELUM TENTU HARI ESOKNYA DI LAKSANAKAN.PATUT DIDALAM KEPALA KEMENTERIAN DAH ADA 5 TAHUN DAHULU AKAN IMPLIKASI MELETAKKAN GURU SISWAZAH DI SEKOLAH RENDAH.LETAK TIDAK SALAH TETAPI BILA PERJAWATAN PERLU JUGA DI TINGKATKAN.INI ADALAH HADIAH ATAU GANJARAN BAI KAUM PENDIDIK YANG MENYABUNG PELAJARAN

CIKGU MAKAN NASI BIUNGKUS-ADA LAGI YANG SURUH JAGA ETIKA PERGURUAN...KAH...KAH...KAH...AMBIK KAU

Hamba Allah

Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi.

Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung!

Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Tapi apa yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal.

Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis.

Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Saudara mara saya ada yang jadi pegawai kanan polis. Malah dengan pendapatan saya sekeluarga sekarang mencecah lima angka, apa yang diperolehi lebih dari cukup,Allahamdullillah.

Apa yang saya perhatikan kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan boros. Contoh program Juara Rakyat yang dijadikan road show ke seluruh negara yang merupakan agenda Umno yang menggunakan duit rakyat sesuka hati.
Kos puluhan ribu ringgit untuk mengangkut orang ramai, makan minum, promosi dan persiapan tempat. Program berkenaan adalah program Umno kenapa perlu kerah dan paksa kakitangan kerajaan ke program berkenaan?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran buat-buat terkejut apabila kajian menunjukkan 60 % pelajaran Tahun 1 tidak menguasai 3M.

Kenapa nak buat-buat terkejut, bukankkah kerajaan dah habis lebih 5 bilion untuk laksanakan PPSMI? Sibuk sangat dengan bahasa inggeris sehingga ramai murid Tahun 1 yang pastinya majoriti anak Melayu masih lagi buta huruf.

Apabila murid tak kuasai 3M, guru dikritik kerana tak laksanakan tanggungjawab. Kesian pada cikgu-cikgu sentiasa jadi mangsa bila sesuatu program Kementerian Pelajaran kerajaan 1Malaysia menemui kegagalan.

Kepada cikgu-cikgu yang sanggup ke pedalaman, berpisah dan berjauhan dengan suami isteri dan anak tercinta, bawa kerja ke sekolah sehingga ke rumah dan seringkali terpaksa mengorbankan cuti untuk melaksanakan tugas mendidik anak bangsa bersyukurlah kerana masih lagi dapat makan nasi bungkus!

Thursday, February 11, 2010

CIKGU TAK PAYAH BAYAR DUIT KERJA LEBIH MASA SEBAB ADA TUTION-SETUJUKAH ANDA ?????

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin. Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas.

“Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti,” katanya kepada Bernama.

“Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka,” katanya.

Cuepacs, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk ‘mengurangkan kos’ dan juga untuk ‘meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan’ jabatan-jabatan berkenaan.

“Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa,” kata seorang ketua jabatan. “Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti,” jelasnya. “Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang,” tambah beliau. — Bernama

Comments (0)Add Comment

KAN AKU DAH KATA---NI SEMUA DUIT TAK MASUK.DAH KENA POTONG BUDGET PUN NAK BERBAHASA GURU LAGI?????KAH...KAH...KAH....NAIF..NAIF...NAIFF

Ketika dihubungi, Presiden NUTP Hashim Adnan memberitahu, walaupun secara purata potongan dana adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus, tetapi dilihat dari segi organisasi individu khususnya sekolah, pengurangan ini melibatkan 50 hingga 100 peratus. “Saya mengatakan 50 hingga 100 peratus kerana, sebagai contoh, di sesetengah sekolah pembekalan pakaian untuk pasukan berpakaian seragam dikurangkan dengan banyak, malah di sesetengah sekolah ia sudah tidak dibekalkan langsung.

“Ini menyebabkan ada pelajar sekolah tidak dapat menerima pakaian pasukan seragam seperti pengakap sebab sekolah memotong 100 peratus peruntukan... ini antara kesan akibat pengurangan perbelanjaan,” katanya.

Hashim juga mendakwa peruntukan penyediaan makanan untuk hari Sabtu dan Ahad di asrama juga dikurangkan.

Agensi awam ketatkan bajet, dana dipotong

hingga 15 peratus

NUTP menyatakan bahawa pemotongan dana persekolahan mungkin dalam lingkungan 50-100 peratus. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Kesan kegawatan ekonomi dunia mula dirasai agensi-agensi awam yang kini berhadapan dengan bajet ketat ekoran pengurangan dana secara purata, dipercayai antara 10 hingga 15 peratus, sejak awal bulan lalu.

Kadar potongan dana bergantung pada nilai perkhidmatan agensi masing-masing.

Malah ada agensi kerajaan yang mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka sehingga 20 peratus.

Difahamkan langkah itu diambil sejak awal bulan lalu ekoran langkah kerajaan yang memperkenalkan semula perbelanjaan berhemah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2010 Oktober lalu.

Kerajaan pernah berbuat demikian ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98.

“Usaha kurangkan perbelanjaan sudah dilaksanakan sejak awal bulan lalu... walaupun tiada pekeliling rasmi mengenai potongan kadar perbelanjaan, tetapi kami difahamkan secara purata ia melibatkan 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi bagi sesetengah jabatan, kadar itu boleh dikatakan melebihi 15 peratus, bergantung pada peranan dan fungsi agensi terbabit,” kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs merupakan badan induk bagi kesatuan sekerja awam negara ini.

“Berdasarkan pertemuan dengan jabatan-jabatan awam, kami pernah dimaklumkan banyak langkah perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah diambil untuk mengurangkan kos sebagaimana disaksikan lebih 10 tahun lalu semasa kegawatan ekonomi,” kata beliau.

Beliau percaya bahawa kesan potongan perbelanjaan ini, banyak agensi awam mula mengurangkan penggunaan kakitangan kontrak.

“Kakitangan kontrak ini sudah lama bekerja, ada yang bekerja 10 tahun, ada yang lebih 10 tahun tetapi mereka mula dibuang,” katanya.

“Sehingga Disember 2009, kira-kira 5,000 kakitangan kontrak dihentikan dan perkhidmatan mereka tidak diperbaharui kerana mahu menjimatkan kos operasi,” katanya.

Malah menurut beliau, ada juga agensi awam yang mengurangkan bayaran kerja lebih masa.

Sebagai ganti kepada bayaran kerja lebih masa, ada agensi yang membayar dalam bentuk cuti gantian bukannya duit.

“Jadi dalam keadaan macam ini kami meminta kakitangan awam yang tidak dibayar elaun kerja lebih masa supaya lakukan kerja sambilan, bukannya bekerja lebih masa yang tidak dibayar gaji,” katanya.

Pengurangan kursus dan latihan kerja juga sudah mula diambil, malah di kebanyakan agensi ia diadakan sebagai program dalaman berbanding dulu diadakan di hotel dan di lokasi jauh dari pejabat.

“Malah ada organisasi tidak menyediakan minuman dan makanan ringan kecuali air mineral apabila mengadakan mesyuarat... malah bilangan mesyuarat yang diadakan juga dikurangkan,” katanya.

Dalam pekeliling dikeluarkan awal bulan lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Azi Wan Abdullah mengarahkan pegawai pengawal kewangan setiap agensi agar memastikan perbelanjaan awam dibuat dengan cermat, berhemah dan “value for money”.

“Pelajar-pelajar digalak balik ke rumah masing-masing pada Sabtu dan Ahad. Keadaan ini menyebabkan ada ibu bapa yang kurang senang,” katanya.

Paling ketara ialah menurut Hashim, di peringkat Kementerian Pelajaran, kursus dan seminar untuk guru dikurangkan dan ada yang dibekukan.

“Ya, sesetengah kursus yang diiklankan baru-baru ini dibatalkan pada minit-minit terakhir disebabkan arahan mengurangkan perbelanjaan,” katanya.

Walaupun beliau melihat ia langkah sementara tetapi memberitahu dari satu sudut Kementerian Pelajaran membelanjakan sejumlah wang yang banyak, misalnya untuk 20 Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ini.

“Walaupun langkah ini baik tetapi didapati ia tidak sesuai pada masa sekarang di mana ekonomi tidak mengizinkan... adalah lebih baik kita gunakan peruntukan ini untuk membantu semua sekolah yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengurangkan peruntukan,” katanya.

Tuesday, February 9, 2010

CIKGU HAPRAK-MAKAN GAJI BUTA

Harian Metro bertarikh 25 Januari 2010 – HARAP PPD PANTAU GURU LEPASAN IJAZAH YANG TIDAK IKHLAS MENGAJAR DAN LEBIH MINAT BUAT BISNES DI SEKOLAH



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS Pembaca, “MATKP”, dalam ruangan SMS (Harian Metro bertarikh 25 Januari 2010 – (HARAP PPD PANTAU GURU LEPASAN IJAZAH YANG TIDAK IKHLAS MENGAJAR DAN LEBIH MINAT BUAT BISNES DI SEKOLAH).
Kementerian mengambil maklum perkara ini dan tindakan segera akan dilaksanakan. KPM akan memaklumkan perkara ini dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM untuk makluman kepada semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri supaya dapat memaklumkan hal ini kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan seterusnya mengingatkan kepada Guru-guru tentang hal ini supaya memberi lebih penumpuan kepada tugas utama iaitu mengajar dan juga peringatan larangan berniaga di dalam sekolah.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



1. MASA TAK ADA KERJA TERHEGEH-HEGEH MINTA JADI GURU

2.MASA KERJA TAK MENENTU MINTA BERHENTI UNTUK MENJADI GURU-JADI GURU BUAT KERJA LAIN.

3. ADA GURU PELATIH KPLI DATANG SEKOLAH TUNJUK LAGAK, BALIK AWAL DARI GURU SEKOLAH.TU BARU PRAKTIKAL.BELUM MENGAJAR LAGI.CIBAI PUNYA CIKGU.

4. HARAP KEMENTERIAN HAPUSKAN KPLI...TAK CUKUP LATIHAN MASUK MENGAJAR...BANYAK PROGRAM LAIN YANG BOLEH MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME GURU-GURU.BUKAN SETAKAT SETAHUN KURSUS DAN DAH KELUART MENGAJAR.

Monday, February 8, 2010

MASA TAK MAHU PPSMI-MASA DULU KUMPULAN YANG SAMA DIAM MEMBISU

Utusan Malaysia bertarikh 9 Ogos 2009 – 3J MURID RUGI JIKA TERUSKAN PPSMI

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

SEKOLAH PRESTASI TINGGI TARAF DUNIA!!!!
Posted on Sunday, February 07 @ 07:59:38 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Analisis Isu Oleh: genken

"Tak fikir rasa tak boleh, tapi kalau fikir letih otak jadinya apabila memikirkan nasib anak-anak bangsa yang akan dibebankan dengan “benda-benda” yang kononnya glokal oleh sistem bawaan UMNO atas nama Perdana Menteri Najib atau Perdana Menteri sebelumnya. Terbaru ialah sistem (dasar) baru pula diperkenal oleh Menteri Pendidikan untuk sekolah iaitu Sekolah Berprestasi Tinggu...BERTARAF DUNIA. Ohhhh TARAF DUNIA!!!!

Sambungan di bawah ialah sedikit maklumat berkenaan Sekolah Berprestasi Tinggu...BERTARAF DUNIA yang diwar-warkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. ......

http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru./v2/muatturun/kertas%20cadangan%20HSP.pdf

http://www.gpbsmkap.blogspot.com/ . http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm atau di sini http://matangbestari.wordpress.com/2010/01/27/sbt-iktiraf-sekolah-negara-ke-taraf-dunia/ .

Agaknya Pemimpin atau Pentadbir kini sudah berada ditahap psychotic bercirikan grandiosity bercakap irrelevant dan tak pernah coherent yang mana diagnosisnya ialah schizophreniea...GILA. Ini tidak keterlaluan kerana rakyat kini berdepan dengan tayangan drama fitnah BERTARAF DUNIA yang menunjukkan kumpula ini sudah mencapai tahap gila maksimum iaitu depressive psychotic...JADI BATANG KAYU MATI tapi tak boleh kebumi.

Sakit perut rasa macam nak berak ceret apabila tertengok saja perkataan BERTARAF DUNIA dalam dasar Sekolah Berprestasi Tinggi yang dilancarkan itu. Tak tahulah sekolah mana yang dijadikan tanda aras. Mungkin adalah tu pegawai-pegawai atau pentadbir pergi melawat atau sambung belajar di luar negara yang sudah tamat memberikan idea Sekolah Berprestasi Tinggi ditempat mereka lawat atau ditempat mereka kutip data di luar negara, itu pun jika betul begitu, ramainya ialah bawa data dari Malaysia tempat mereka berkerja dan tulis tesis di luar negara. Ini satu lagi masalah........nanti kita bincang kemudian.

Terkejut berutlah tu agaknya apabila melihat sekolah orang lain di negara lain seperti di England, Amerika atau Jepun. Ini bukan rekaan tetapi sila lawat link ini http://www.gpbsmkap.blogspot.com/ betapa sekolah-sekolah di Amerika dijadikan contoh sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah di negara maju mempunyai peruntukan seperti satu kementerian di Malaysia. Tetapi peruntukan sekolah di malaysia secubit taik hidung saja.

Dicadangakan supaya Sekolah Berprestasi Tinggi ini ambil beberapa orang yang BERTARAF DUNIA seperti anak Maidin (anak Mamak yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) yang berenang selat inggeris, angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar (anak Arab yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) yang naik ke stesen angkasalepas atau Mahathir (anak Kutie yang mengharamkan UMNO tetapi mendapat untung dari UMNO(baru) yang ditubuh olehnya sendiri serta mendapat nikmat atas hak keistimewaan orang melayu) bekas perdana menteri yang BERTARAF DUNIA fitnahnya itu sebagai lembaga penasihat atau pengerusi sekolah yang mendapat taraf dunia Sekolah Berprestasi Tinggi itu.

Janganlah pulak ada Sekolah Berprestasi Tinggi melantik penghulu yang tak lulus SRP sebagai pengerusi PIBGnya. Kemudian ibu-bapa lulusan professional perlu memohon tandatangan penghulu berkenaan untuk dapatkan pinjaman buku untuk anak-anak mereka di Sekolah Berprestasi Tinggi itu nanti.

Sebaliknya kesian sungguh anak-anak orang melayu kerana dibuai dengan dasar retorik yang tidak “genuine” ini. Nanti dan tunggulah, pihak yang menjadi mangsa kepada dasar terkejut beruk ini adalah anak-anak orang melayu sendiri. Anak-anak bukan melayu tetap dengan sekolah mereka yang penuh kelengkapan dan selesa. Manakala anak-anak bukan melayu dan orang-orang kaya yang mendapat untung dari hak keistimewaan orang melayu melalui UMNO akan terus mencuri peluang bagi mendapat laba dari dasar yang sengaja dicipta untuk dislogankan semata-mata. Walhal semuanya serupa iaitu untuk survival politik kumpulan depressive psychotic yang berkuasa dalam UMNO sahaja.

muramatsu

United Kingdom

Wednesday, February 3, 2010

Kekurangan Guru Terlatih Subjek Sains Sosial Di KL


KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Kebanjiran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek sains sosial dan bahasa Melayu.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak berkata, seramai 913 GSTT berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah di sini khusus bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Melayu.

"Ramai beranggapan guru-guru yang terbaik hanya bertumpu di kawasan bandar sedangkan di sini kita masih kekurangan guru terlatih bagi subjek-subjek sains sosial selain beberapa subjek lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kualiti Pendidikan di Sekolah Menengah Sentul Utama di sini Selasa.

Selain itu, katanya subjek lain seperti Bahasa Mandarin dan Tamil di beberapa buah sekolah jenis kebangsaan turut mengalami masalah yang sama.

Beliau berpendapat cabaran lebih besar yang perlu dihadapi menyebabkan guru-guru terlatih kurang minat untuk berkhidmat di bandar kerana desakan beberapa faktor.

"Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur kebanyakan ibu bapa berkerjaya dan sentiasa sibuk. Justeru tanggungjawab guru yang perlu digalas adalah lebih banyak berbanding guru-guru di kawasan luar bandar.

"Faktor ini mungkin menjadi penyebab guru-guru terlatih kurang berminat untuk berkhidmat di kawasan bandar," kata Sulaiman.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan empat buah sekolah di Wilayah Persekutuan agar tidak mudah selesa dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Minggu lepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan empat buah SBT di Kuala Lumpur itu ialah SMK Aminuddin Baki, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, SK Taman Tun Dr Ismail dan SK Bukit Damansara.

Ini kerana menurutnya pengiktirafan itu akan ditarik balik jika sekolah terbabit tidak mengekalkan pencapaian akademik dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

"Kami turut menggalakkan sekolah-sekolah yang tidak terpilih agar berusaha setanding dengan SBT kerana mereka juga berpeluang untuk diiktiraf sedemikian terutama jika berjaya melonjakkan SKPM," katanya.

--BERNAMA

Tuesday, February 2, 2010

BILA GAMAKNYA SURUHANJAYA GURU DI ASINGKAN DARI CUEPAC-ASYIK-ASYIK GAJI POLIS YANG NAIK

Gaji baru polis diumum hari ini

SEPANG 2 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengumumkan esok kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke bawah.

Beliau berkata, usaha itu bagi meningkatkan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui peningkatan taraf hidup dan juga kemudahan yang boleh dinikmati oleh anggota polis terbabit.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut tetapi memberitahu ia sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan PDRM.

"Saya akan beri kenyataan secara terperinci mengenai kadar baru gaji dan elaun tersebut esok.

"Ia merupakan keutamaan yang saya sudah janjikan sejak mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan e-Pasport Malaysia versi ICAO di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.

Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.

Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.

Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat 'durian runtuh' melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.

Monday, February 1, 2010

YANG MANA SATU PUN PENING

Berita Harian bertarikh 27 Januari 2010 - APA SUDAH JADI KEPADA SEKOLAH KLUSTER YANG DISENARAIKAN BEBERAPA TAHUN LALU?



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SUANPIT:BHA27484”, dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 Januari 2010 (Apa sudah jadi kepada Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu?).
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pada konsepnya, Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya, yang dapat melahirkan murid yang menyeluruh dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri serta pengurusan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai bidang kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah selaras dengan Teras Strategik Ke-6 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. Rumusnya, sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah sekolah yang terbaik di Malaysia, dipilih mengikut keperluan, berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
RASIONAL pewujudan SKK adalah untuk mengenal pasti dan mewujudkan pusat kecemerlangan dengan kebitaraan tertentu, manakala SBT pula diwujudkan atas rasional untuk mengenal pasti dan mewujudkan sekolah- sekolah di Malaysia yang kompetatif di peringkat antarabangsa.
Sehingga kini telah wujud 120 buah SKK di seluruh negara. SKK sudah berada pada Fasa 3 dan sedang melangkah ke Fasa 4 untuk meneruskan kesinambungannya.

Walaupun pencalonan SBT terbuka kepada semua jenis sekolah yang ada di negara ini, ternyata 16 daripada 20 buah sekolah yang menerima pengiktirafan sebagai SBT pada tahun 2010, telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan sama ada pada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Kolej Tuanku Kurshiah (TKC) contohnya, akan mewakili negara dalam Pertandingan Wind Orchestra Dunia di Beijing pada bulan September 2010 dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Ke Amerika Syarikat pada tahun ini. The Malay College Kuala Kangsar, berjaya menganjurkan program World Youth Summit, Sekolah Dato’ Abdul Razak akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan F1 In School di Singapura dan Kejohanan Rugbi Cobra 10-CIMB di Australia pada tahun ini. Manakala Sekolah Sultana Asma, telah menjuarai KL World Marching Band Competition, International Marching Band, Perade (KL Word Marching Band), Gold Medal Award With Honest dan Best Horn Line (KL Marching Band) serta menerima anugerah Johan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 2007. Kejayaan yang dipaparkan ini cuma sebahagian sahaja, banyak lagi kejayaan lain yang telah diraih oleh SKK sehingga kini. Selain mencipta kecemerlangan dalam bidang kebitaraan masing-masing, SKK tersebut telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia antara yang menjadi kayu ukur penilaian untuk SKK dan SBT.
Sungguhpun kriteria pemilihan tidak menetapkan hanya SKK yang layak diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, namun SKK menjadi frame work kepada SBT dalam usaha untuk terus melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas SKK akan bergerak seiring dengan SBT.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
28 JANUARI 2010