Wednesday, December 30, 2009

Pro Kebajikan UPSI sokong forum BANTAH

Print E-mail
TANJUNG MALIM, 30 Dis: Kumpulan mahasiswa Pro kebajikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyatakan sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH), selaku penganjur forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' walaupun dihalang oleh pentadbiran Universiti Malaya.

Wakil kumpulan tersebut, Akmal Bin Madzir memberitahu, mereka akan menghatar wakil untuk turut serta ke forum tersebut.

“Kami berpendapat bahawa forum seperti ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia membantutkan demokrasi dan keintektualan mahasiswa. Sepatutnya pihak pentadbiran universiti lebih terbuka dan menyokong penganjuran forum tersebut.

“Kami juga akan menghantar wakil kami dalam forum tersebut sebagai tanda sokongan terhadap demokrasi kampus walaupun ianya tidak akan diadakan di APIUM,” katanya.

UPSI antara yang telah mengamalkan kaedah pengundian secara elektronik atau e-voting pada beberapa Pilihan Raya Kampus (PRK) sebelum ini.

Menurut Akmal, terdapat banyak kelemahan dan isu-isu yang boleh meragui sistem e-voting tersebut dan mencemarkan demokrasi kampus.

“Kami berpendapat dengan penganjuran forum ini, kita dapat berbincang dan meneliti sejauh manakah ketelusan dan kebebasan dalam sistem e-voting yang dijalankan dan bagaimanakah masa depan demokrasi kampus di seluruh IPT pada masa akan datang.

Semalam, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya didakwa telah mengarahkan Akademi Pengajian Islam (APIUM) untuk membatalkan tempahan Dewan Kuliah Utama APIUM bagi penganjuran forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' anjuran BANTAH.

BANTAH bagaimanapun bertegas utuk meneruskan hasrat mereka biarpun bukan di Dewan Kuliah Utama APIUM.

Forum tersebut dijadual 1 Januari ini dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari, wakil rakyat PKR Chang Lih Kang dan exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Shafie Hashim dijemput sebagai panel di forum tersebut..

MAHASISWA UPSI DIHARAP MENJADI SUARA PENTING DALAM ORGANISASI PERGURUAN APABILA TAMAT PENGAJIAN NANTI.JANGAN JADI MACAM RAMAI GURU LELAKI YANG MANDOM DI LUAR SANA ...YANG TAHU MENJAGA PERUT MASING-MASING DAN DI BAWAH PERUT SEMATA-MATA....

GURU SARJANA PERLU PEMBELAAN

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Wednesday, December 23, 2009

GURU SEKOLAH MENENGAH TENSION

Sekadar berkongsi pendapat, Bebanan tugas guru mengajar di SMK lebih berat berbanding di SK. Secara perbandingannya:

1. Waktu Pengajaran - SMK 40 minit - SK 30 minit
2. Peperiksaan - SMK PMR, SPM, STPM - SK UPSR
3. Waktu Pulang - SMK 2.50pm-3.30pm - SK 1.10pm (satu sesi)
4. Aktiviti KOKO yang banyak.
5. Gaji guru DG41 (yg sambung belajar) lebih rendah dari DG32
6. Ramai murid tak reti membaca terlepas ke SMK
7. Macam-macam program agensi luar ke SMK
.8. Guru Sarjana dan PHD terus diabaikan
9. Risiko tinggi apabila memarahi murid bermasalah
10. NUTP lebih perjuangkan guru di SK

SELAIN BENDA HILANG,RUNTUH....ADA YANG TAK SIAP..KAH...KAH...KAH

NEGARA

Sesi persekolahan tangguh, 16 sekolah gagal disiapkan




PASIR PUTEH - Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut amatlah mengecewakan.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual.

"Sebagai tindakan, semua kontraktor terlibat akan disenarai hitam sebagai pengajaran dan mereka tidak akan diberikan projek di bawah Kementerian Pelajaran selepas ini," katanya.


KISAH GURU BESAR YANG MULA MENGADA

KISAH GURU BESAR YANG MULA MENGADA

OLEH:Amirulmukminin



Sessi persekolahan makin hampir untuk dibuka.Lebih kurang 10 hari lagi.Maka bermulalah episod bermesyuarat bagi semua sekolah sebagai persediaan untuk menerima murid-murid baru,mengemaskini watak-watak tenaga pengajar dan yang penting menerima guru-guru baru dan murid-murid baru bagi sessi persekolahan 2010.

Dalam kesibukan ada sebuah sekolah yang begitu awal melakukan mesyuaratnya.Sejak minggu ini sudah 2 kali mesyuarat di adakan dan guru-guru pula di kerah pada minggu ini kerana di katakan telah lama bercuti.Memanglah inilah hak cikgu bercuti , apa salahnya dan dimana opula salahnya guru bercuti??adakah dengan bercuti ini menjadikan satu kesalahan dan dimana pula letaknya kesalahan atau akta mana pula yang digunapakai oleh guru besar dan pegetua tadi untuk melarang guru bercuti???


Tidak mengapa kerana memandangkan guru pun mungkin sudah lama bercuti, atau kesenangan sebagai guru biasa sahaja yang di anggap sebagai satu anugerah juga berbanding dengan mereka yang menjadi guru besar dan memegang tugas mereka menjadi guru besar mahukan yang terbaik untuk sekolah.Mana tahu akan mendapat anugerah guru cemerlang pula, dan inilah yang berlaku pada sekolah ini apabila gurubesarnya mendapat anugerah guru cemerlang DG38 ..wah...satu anugerah yang jarang-jarang di dapati oleh guru-guru besar yang lain.

Mungkin juga kerana semua permainan dan juga sukan di peringkat sekolah rendah di bolotnya.Bolasepak...sebut sahaja...... wah seantario Pulau Pinang tahu sekolah ini melahirkan pasukan bola sepaknya yang menjangkau ke tahap pasukan kebangsaan.,sebuat sepaktakraw juga ia menjadi sebutan sejak lama menjadi johan..begitu juga dengan bola balingnya....maka kerana itu memang layakkalah sekolah ini mendapat seorang guru besar yang layak mendapat anugerah guru besar cemerlang...

Namun hakikatnya guru-guru yang menjalani latihan dan menerima seadanya apa yang diarahkan ini belum tentu di berikan guru cemerlang.Hatta menjadikan sekolah terkenal dan banyak pula berita yang masuk kedalam dada-daada akhbar namun tidak juga mendapat apa-apa kerana kerja guru hanya untuk menaikkan nama sekolah dan meganggkat nama guru besar tadi menjadi guru besar cemerlang.

Esok lusa pastinya akan diadakan lagi mesyuarat...mesyuarat malah mesyuarat yang mana membauat ramai guru-guru merasakan tertekan.Maka kerana itulah guru-guru menggelar bahawa sekolah ini patut di tukarkan kepada SKM atau Sekolah Kuat Mesyarat.Pernah 2 tahun lepas meletup dimana guru-guru mula membantah akan cara mesyuarat yang terlalu kerap di adakan .Pertamanya sama ada guru besar ini tidak cekap untuk mentadbir atau pun guru besar ini terlalu tamak akan bidang kuasanya sehingakan tidak ada guru penolong yang boleh di bahagikan kuasanya untuk sama-sama mentadbir.

Kini sessi tahun hadapan bermula..langkah terbaru dan terkini ialah guru-guru hendaklah memakai blazer di pagi perhimpunan..guru menerima kerana mengangap ini sebagai satu budaya untuk menjadikan atau melihat bahawa budaya 1 Malaysia yang beliau kagum ini berjalan dengan baik.guru menerima juga dengan baik..

Namun dalam satu paraturan baru yang di perkenalkan ialah setiap kali perhimpunan murid-murid mestilah menjemput beliau di pagi isnin ,jika tidak beliau tidak akan turun untuk ke perhumpunan pagi.Inikah budaya guru besar cemerlang tadi??di mana rasionalnya guru besar tadi mengarahkan anak murid menjemput beliau setiap hari Isnin dan dalam sekolah kawalan beliau,yang beliau sendiri tahu, bahawa beliau adalah ketua jabatan,perlu murid menjemput beliau di setiap perhimpunan pagi??adakah ini sikap seorang ketua jabatan??di bawah kawalan beliau sebagai ketua jabatan,dan kini beliau menjadi semakin angkuh??adakah sikap angkuh ini di lihat sebagai satu contoh teladan kepada guru dan juga anak didik??sombong namanya jika di katakan mempunyai guru besar yang cemerlang namun punya sikap angkuh.jadilah resmi padi semakin berisi semakin tunduk.Tidak malukan beliau di mana di bawah beliau sebarisan guru siswazah yang melihat budaya ini adalah budaya seorang yang angkuh ?cetek ilmu namun berbudaya tidak seperti seorang ketua yang bertangungjawab???


APABILA DIHUBUNGI OLEH EMAIL BERTANYAKAN SESUATU,GURU INI MENJELASKAN BAHAWA BELIAU AKAN MEMEBAWA KES INI KE NUTP DIMANA BUDAYA MENJEMPUT DAN BERMESYARAT YANG TERLALU KERAP DIANGGAP MELANGAR HAK GURU-GURU KERANA MENGGANGU TUGAS.

BELIAU JUGA MENDAKWA BUDAYA MENJEMPUT GURU BESAR DI PEJABAT DAN JIKA TIDAK DIJEMPUT,GURU BESAR TADI TIDAK MAHU TURUN KEPERHIMPUNAN PAGI DI LIHAT SEBAGAI ANGKUH DAN TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU DIMANA BELIAU SEBAGAI KETUA TIDAK PERLU DIJEMPUT.

HA...HA...HA..PA NUTP BOLEH BUAT??????????????????????




BERI PANDANGAN ANDA JIKA PERKARA INI BERLAKU KEPADA ANDA DAN MUNGKIN JUGA ADA IDEA YANG BAIK UNTUK GURU SEKOLAH BERKENAAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG BERSESUAIAN.

Tuesday, December 22, 2009

52 TAHUN MASIH BELUM MAMPU BINA SEKOLAH UNTUK SATU SESSI

Rahman mahu sistem satu sesi disegerakan

IPOH 22 Dis. - Kerajaan disaran segera melaksanakan sistem persekolahan satu sesi demi memantapkan proses penyediaan modal insan negara yang berkualiti menjelang 2020.

Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, sistem persekolahan satu sesi yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang mesti diberi perhatian serius kerana tempoh menuju status negara maju semakin singkat.

''Kita mahu mencapai status maju dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Tiada satu pun negara maju di dunia ini yang mengamalkan sistem dua sesi seperti diamalkan negara sekarang.

''Sistem persekolahan kita mempunyai dua sesi kerana faktor sejarah berikutan pada awal kemerdekaan negara kita tidak cukup sekolah, tapi itu cerita 52 tahun dulu, keadaan sekarang sudah jauh berubah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga Pro-Canselor UPSI berkata, menerusi sistem sekolah satu sesi, pelajar dan guru boleh menjalankan kegiatan akademik dan kokurikulum sepanjang waktu sekolah.

Kata beliau, menerusi cara itu, cuti hujung minggu pelajar dan guru tidak akan terganggu dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sebagaimana diamalkan sekarang.

Jelasnya, dengan jadual waktu yang panjang, kelas agama dan bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil boleh diwujudkan untuk dipelajari pelajar tanpa mengira kaum.

''Idea sekolah satu sesi itu juga bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang sedang dipromosi kerajaan sekarang.

''Bagaimanapun idea ini hanya dapat direalisasikan dengan perancangan rapi dan komitmen kerajaan dan semua pihak terlibat," katanya.

DUIT BANYAK KELUAR UNTUK BUAT SEMUA INI.TAK MASUK PUN.....

Saturday, December 5, 2009

KAH..KAH..KAH GURU TAK FAHAM ATAU MAMAT NANGOI NI YANG TAK FAHAM....

azhar azminuddin said...


Ramai guru tidak faham dasarKetidakpuasan guru Gred DG 41 mengenai gaji guru Gred 32 telah berlarutan bertahun-tahun di akhbar, termasuk akhbar Utusan Malaysia. Kebanyakan para guru Gred DG 41 sebenarnya tidak tahu mengenai dasar kenaikan pangkat dan juga skim kenaikan pangkat anggota perkhidmatan awam Malaysia. Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun.


Untuk makluman, Gred 32 dan Gred 38 adalah gred kenaikan pangkat bagi Gred 29 (berkelulusan diploma) sementara gred kenaikan pangkat bagi Gred 41 (berkelulusan ijazah) adalah Gred 44,48,52,54 dan seterusnya JUSA. Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32. Jangan bandingkan gred kenaikan pangkat iaitu Gred 32 dengan guru yang baru masuk kerja di Gred 41 atau guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat atau tidak cukup servis dalam gred yang sama, sungguh pun guru baru itu bergred lebih tinggi. Semua pegawai di jabatan lain faham mengenai dasar tersebut kecuali kebanyakan para guru tidak faham. Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka.


Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah. Isu yang timbul sebenarnya guru gred lebih rendah telah dinaikkan pangkat. Sudah semestinya guru gred lebih rendah yang telah dinaikkan pangkat, lebih tinggi gajinya daripada guru gred lebih tinggi yang baru berkhidmat. Perlu diingat gaji maksimum guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat jauh lebih tinggi daripada gaji maksimum guru Gred 32 atau pun Gred 38.Oleh itu saya mengesyorkan supaya para guru diberi kursus khas atau taklimat khas mengenai skim-skim mereka dan juga skim kenaikan pangkat dan gred-gred dalam perkhidmatan awam sebelum diserapkan menjadi guru.


Pada saya sebagai kakitangan awam para guru mesti tahu mengenai skim tersebut dan tidak perlu menghebohkannya di akhbar. Kementerian Pelajaran adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tersebut kepada staf mereka, terutamanya para guru sebelum para guru itu menjadi guru sebenar di sekolah. Saya berasa sangat hairan kerana isu ini sering didedahkan di akhbar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Pelajaran atau pun Institut Perguruan itu sendiri. Cara yang paling baik dan berkesan untuk menerangkan mengenai skim ini kepada para guru adalah para Guru Besar atau Pengetua.

Pegawai Kanan KerajaanPutrajaya

UTUSAN MALAYSIA 9/11/2009
Mon Nov 09, 12:10:00 PM 2009





K.Sehgar said...
Jika gurubesar ppld yang masuk dg41 boleh masuk zon dg44 dalam tempoh 3 tahun kenapa kami guru-guru gd29/41 tak boleh. Kami dalam kategori yang sama juga. Jika kami masih di dg29/32 kami pun dah jadi guru besar.Rugi saya dengar seruan menteri pelajaran pada masa itu(perdana menteri sekarang) untuk sambung belajar.

NANGOI YANG ATAS TU PATUT SEDAR MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN GAJI NI.....

Thursday, December 3, 2009

TERKINI

Makluman:- terkini - 18.11.2009

Penjelasan Mengenai Syarat Khusus Bagi Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Ke Gred DG48 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (ex-PPPLD)

Makluman:- terkini - 24.11.2009

Keputusan Mesyuarat diantara Kesatuan Perkhidmatan Perguruan dengan Pihak Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 10 & 11 October 2009

Kumpulan Guru DGA29/41

Saudara/ Saudari perlu sedari bahawa pihak NUTP telah berusaha

menyelesaikan masalah guru DGA29/41. Pihak kerajaan pun telah bersetuju

melaksanakan 7 + 3 untuk mengatasi masalah jurang gaji kumpulan guru ini.

Dalam pada itu, kita mesti sedari bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai

pelbagai kategori. Sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”

masalah tetap tidak akan selesai.Kita cuba menyelesaikan masalah kumpulan ini

secara berkelompok.

Antara masalah yang timbul kini :-

1. Terlepas DGA32 kerana tidak lulus PTK sebelum ke DG41.

2. Tidak mengambil peperiksaan PTK semasa mengikuti program PJJ/OUM

tetapi selepas itu terlewat.

3. Tarikh lantikan DGA32 ditawarkan lebih lewat dari tarikh lantikan DG41

Kumpulan ini, Bahagian Sumber Manusia bersetuju NUTP kemukakan kes-kes

rayuan dengan kertas kerja.

4. Gaji guru DGA29/41 masih rendah walaupun telah ditawarkan 7 + 3

( kumpulan ini sila kemukakan surat kepada NUTP untuk buat kajian).

5. Sekumpulan masih menunggu giliran ditawarkan 7 + 3. Kumpulan ini diharap

bersabar kerana prosesnya berterusan tetapi Bahagian Sumber Manusia perlu

sedikit masa untuk menguruskan bilangan yang besar.

6. Kumpulan guru tarikh lantikan jatuh pada/sebelum 15.5.2008 dan ditawarkan

DG44 pada 16.5.2008 tidak menikmati 7 + 3 boleh menolak DG44 KUP saluran

ExPPPLD dan mohon saluran biasa KUP. 3 tahun ( pengalaman mengajar )

boleh digunakan untuk urusan DG44 ExPPPLD ke DG48.

7. Kemungkinan ada kes-kes yang kita masih tidak dapat kesan.

Harap beri respond.

Terima Kasih

Wednesday, December 2, 2009

KAH..KAH..KAH GURU MELAYU TAK PANDAI MATEMATIK.......KAH..KAH..KAH GURU CINA BERANI TAK AJAR PPSMI

DULU SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA TAHUN 2001 LUNAS PERSATUAN GURU CINA DONG ZDHEO ZHONG TELAH MEMBANTAH MELAKSANAKAN BAHASA INGGERIS PPSMI DI SEKOLAH MEREKA.GURU MELAYU ..LANGSUNG TAK KATA APA . SEBAB GURU MELAYU LAPAQ DUIT.AJAR MATEMATIK TAK GUNA LCD DAN TAK PANDAI BAHASA INGGERIS. INI SEBAB LAH ANAK-ANAK MELAYU DI KAMPUNG GAGAL.

CIKGU-CIKGU MELAYU YANG MANDOM INI KEMUDIANNYA TIDAK PULA MAHU BELAJAR BAHASA INGGERIS KERANA DUIT YANG DIDAPATI DARI PPSMI SEBANAYAK 10% DITAMBAH DENGAN DG32 HAMPIR RM 300 SEBULAN..MAKAN GAJI BUTA. SEPATAH HARAM TAK CAKAP BAHASA INGGERIS. KALAU CAKAO OK..ARE YOU UNDERSTAND, YES..OK BLA..BLA..BAL MELAYU...BAHASA INGGERISNYA HAQAM TAK KELUAR..CUKUP BULAN BANTAI 200 -300 ....ANAK DIDIK BANGANG SAMPAI KESUDAH...NI LAH GURU MELAYU..MANDOM...


Guru SK ikuti kelas di SJKC 2010


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Mulai tahun depan, guru-guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) akan mengikuti kelas bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terpilih untuk melihat kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah berkenaan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, langkah itu sekali gus membolehkan guru-guru terlibat mengambil contoh kaedah yang digunakan di SJKC untuk dibawa ke sekolah masing-masing.


Beliau bagaimanapun berkata, guru-guru tersebut tidak perlu meniru semua kaedah yang digunakan, sebaliknya mengambil kaedah tertentu yang bersesuaian dengan sistem di SK sahaja.

"Langkah baru itu akan dijadikan sebagai latihan untuk bakal guru dan yang telah menjadi guru. Biar mereka pergi ke sekolah itu dan masuk ke dalam bilik darjah bagi tempoh tertentu untuk melihat sendiri.


"Dengan cara ini, mereka dapat lihat dengan lebih teliti dan terperinci, ini lebih penting. Saya tak nak guru-guru hanya hadir ceramah cara untuk mengajar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian terperinci dibuat berhubung kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains di SJKC yang terbukti lebih berkesan.
Arahan mengadakan kajian itu berikutan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SJKC baru-baru ini begitu memberangsangkan bagi dua mata pelajaran berkenaan berbanding sekolah-sekolah lain.
Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, guru-guru besar di SK juga diminta untuk mengadakan lawatan ke SJKC yang terpilih dan seterusnya mendapatkan maklumat lanjut daripada guru-guru sekolah berkenaan berhubung kaedah terbaik yang boleh digunakan.
Beliau memberitahu, langkah tersebut merupakan kaedah pertama yang akan digunakan oleh kementerian berbanding sebelum ini iaitu guru-guru hanya diberikan latihan teori di institut-institut perguruan.


"Biasanya, guru-guru wajib mengikuti latihan dalam perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Negara (IPGN), manakala guru besar pula di Institut Aminuddin Baki, belum pernah mereka ditempatkan di SJKC.
"Sehubungan itu, saya akan meminta pegawai-pegawai di bahagian pendidikan guru untuk menyediakan rangka latihan itu supaya tahun depan kita akan memulakan program tersebut," kata beliau.
Ditanya mengenai perbezaan kaedah yang jelas di antara SK dengan SJKC, kata beliau, perbezaaan itu adalah dari segi latih tubi.


Beliau menambah, SJKC menerapkan kaedah latih tubi dan buku latihan yang banyak, tetapi di SK, kementerian bimbang ia akan menyebabkan murid bosan terhadap mata pelajaran tersebut.
Namun, tambahnya, jika pendekatan itu yang terbaik, kementerian akan mengkaji dengan lebih mendalam termasuk melihat aspek penerimaan daripada ibu bapa dan juga murid itu sendiri.
"Pihak jabatan sedia maklum dengan latih tubi itu, tetapi kita sering mendapat aduan daripada ibu bapa, maka kita perlu tengok kaedah yang terbaik supaya tidak akan timbul isu," ujarnya.

MUDAHNYA MENJADI KETUA SEBAGAI PEGAWAI DI NUTP

BERIKUT ADALAH JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK NUTP KEPADA KAUM GURU YANG RESAH GELISAH.NAK DI SALAHKAN KEPADA NUTP PUN TAK BOLEH JUGA.MEREKA DARI KAUM GURU. ADA SEDIKIT KEBERANIAN MEMPERJUANGKAN HASRAT KAUM GURU.

YANG MENJADI MASAALAHNYA IALAH KAUM GURU MANDOM...TIDAK ADA KAUM GURU YANG BERANI NAK BERPIKET UNTUK ATAU ADA CADANGAN DARI NUTP UNTUK BERPIKET MENUNTUT HAK KAUM GURU...

AL MAKLUMMMMMM.........ALAHAI KAUM GURU...BAIK DUDUK KAT UMAH DENGAN ANAK BINI.....







Tue Nov 03, 09:18:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
sdr/i,AR/beradu,Terima kasih diatas cadangan yang diberikan.Pihak NUTP akan kaji dan kemukakannya semasa mesyuarat bersama TPM nanti
Wed Nov 11, 02:23:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdri Rossitah,Pihak NUTP sedang asingkan semua isu DG 29/41 dan gaji siswazah yang rendah untuk kemukakan kpd TPM.Walaubagaimanapun terima kasih diatas cadangan sdri. NUTP akan kaji dan kemukakanya semasa mesyuarat bersama TPM nanti.
Wed Nov 11, 02:31:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. Kathir,Terima kasih diatas cadangan yang diberikan pihak NUTP akan kaji dan kemukakannya semasa mesyuarat bersama TPM nanti.
Wed Nov 11, 02:34:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. AZRI NMP,Ya, dulu Tingkatan 6 tidak jadi rebutan, kini KPM telah memaklumkan bahawa permohonan urusan naik pangkat ke Tingkatan 6 akan dibuka kepada semua.
Wed Nov 11, 02:41:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. Kathir,Ya, bukan mudah seperti itu kerana DGA32 pun ada yang rugi khasnya Kumpulan Senior.
Wed Nov 11, 02:43:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. Mr. AZZN,Pihak NUTP mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan perhatian yang diberikan.
Wed Nov 11, 02:48:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdri. VILLARY,Sila kemukakan aduan melalui surat rasmi ke NUTP untuk pihak NUTP membuat siasatan lanjut mengenainya.
Wed Nov 11, 02:50:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. ali,Fasa 2 ditangguhkan buat sementara waktu bagi menyelesaikan urusan Fasa 1.
Wed Nov 11, 02:54:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. K.Sehgar,KPM anggap Guru Besar (jawatan naik pangkat) perlu gred lebih tinggi kerana kini semua guru di Sekolah Rendah memperolehi gred DG41.
Wed Nov 11, 02:59:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. R&J,Pihak NUTP mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang sdr. berikan.
Wed Nov 11, 03:04:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Mr/Ms. emdsedau,Thank you for your support. NUTP will reveal the outcome of our meeting with TPM once we get the feedback from them.
Wed Nov 11, 03:07:00 PM 2009

Setiausaha Agung said...
Sdr. Mazidul,Tidak perlu marah dalam blog. Nak tahu sebenar apa NUTP dah buat sila turun ke Ibu Pejabat, kita tunjukkan bahannya.
Wed Nov 11, 04:35:00 PM 2009

KAH..KAH..KAH STANDARD GURU MALAYSIA DI LANCAR

TPM hari ini melancarkan satu slogan standard guru Malaysia..Mana kan sama apabila guru belajar tinggi-tinggi gaji lebih rendah dari yang tak sambung belajar.

Lebih baik guru-guru tidak buat kerja...baca buku banyak-banyak- kemudian masuk periksa PTK , dapat 4 ,lulus cemerlang ..tak payah belajar...kah..kah..kah...


Standard guru malaysia boleh.....


NAK TAHU FAKTA STANDARD GURU MALAYSIA????KITA IKUTI FAKTA DIBAWAH:

1.GURU BESAR SEKOLAH RENDAH TAK PERLU ADA IJAZAH UNTUK MENTADBIR GURU-GURU BERIJAZAH YANG PUNYA MASTERS DAN JUGA GRED DG41 DAN 44.


2. GURU BERIJAZAH DI SEKOLAH RENDAH AKAN MEREPUT SEBAGAI GURU BIASA SAMPAI MATI.TIDAK ADA PELUANG UNTUK NAIK PANGKAT KERANA GURU YANG MALAS BELAJAR BOLEH MEMOHON MENJADI GURU BESAR.

3. TAK PERLU BELAJAR TINGGI-TINGGI KERANA ANDA HANYA PERLU MENDAPATKAN KELULUSAN PTK UNTUK MENYAMAKAN GAJI ANDA DENGAN GURU BERIJAZAH.


4. TIDAK PERLU BELAJAR, PANDAI BODEK, KUAT MEMBACA UNTUK LULUS PTK, DAN JUGA BUAT KERJA MACAM BIASA SAHAJA UNTUK MENYAMAKAN GAJI ANDA DENGAN GURU-GURU YANG BELAJAR DAN MENDAPAT IJAZAH.


5. GURU TIDAK PERLU PENGALAMAN YANG HEBAT,WALAU ANDA PUNYA PENGALAMAN HAMPIR 10 TAHUN , ITU TIDAK DIKIRA KERANA ANDA TIDAK DI HARGAI SEBAGAI GURU YANG BERPENGALAMAN.KENAIKAN PANGKAT JIKA KENAL PIHAK ATASAN DI JPN , TAK PERLU PUNYA IJAZAH UNTUK MEMPERLEKEHKAN GURU-GURU YANG BERIJAZAH.


6. GURU HANYA PERLU MENJADI YES MEN,PERLU WUJUD PERASAAN TAKUT, DAN MENJADI GURU YANG MANDOM.MENJAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT,BERKEPOT DENGAN ANAK BINI SUPAYA ANDA KELIHATAN GURU YANG BERWAWASAN.

Tuesday, December 1, 2009

GAMAKNYA RAMAI GURU LELAKI MANDOM...SEBAB INILAH..DIKELILINGI WANITA..TETAPI SYABAS JIKA ADA LELAKI YANG TAK MANDOM

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan penjelasan mengenai insentif khusus yang diberikan kepada guru wanita dalam perkhidmatan mereka.Abdul Hadi sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, guru wanita berperanan secara khusus dalam aspek pendidikan dengan sifat, tabiat dan naluri kewanitaan yang ada pada mereka namun dalam masa yang sama mereka juga berperanan dalam membentuk dan mendidik keluarga."Apakah insentif yang diberikan kerajaan terhadap tugas mereka yang besar dan apakah ruang-ruaang yang sepatutnya diberi supaya mereka berjaya dalam kerja dan keluarga bahagia?"soalnya.



Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya berkata, Kementerian menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru wanita terhadap keluarga. Oleh itu, KPM sentiasa menjaga kebajikan guru wanita seperti menyediakan pusat asuhan untuk anak-anak mereka.


Berkenaan insentif pula, KPM menyediakan satu skim yang sama kepada guru lelaki dan wanita berdasarkan mutu perkhidmatan dan juga khidmat cemerlang yang ditunjukkan manakala dari segi kenaikan pangkat, tiada diskriminasi gender."Kita sedar guru wanita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga.Sebab itulah kita sentiasa menjaga kebajikan guru wanita contohnya keperluan untuk mengadakan program asuhan kepada anak mereka," katanya.


Sebelum itu, Abdul Hadi meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar.Wee Ka Siong memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:Bagi sekolah rendah guru lelaki ialah seramai 67947 manakala guru perempuan ialah seramai 151,819.


Bagi sekolah menengah guru lelaki ialah seramai 53825 manakala guru perempuan ialah seramai 112,440 Jumlah keseluruhan guru lelaki ialah 121,772 manakala guru perempuan 264,259KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.



Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.