Monday, April 26, 2010

HARI GURU YANG BERMAKNA BUAT KAUM GURU,PENDIDIK......

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 YANG KE-39


1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 pada 16 Mei 2010 pada pukul 9.30 pagi di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang, Pahang Darul Makmur.
2. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang ini, beberapa aktiviti akan diadakan seperti Forum Pendidkan dan juga Pameran Pendidikan.
3. Anugerah yang berprestij seperti Tokoh Guru Kebangsaan 2010 akan diserahkan kepada tokoh-tokoh guru yang telah berkorban dan berbakti di dalam bidang perguruan.
4. Puncak Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 ini adalah penyerahan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2010.
5. Tema Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam Forum Pendidikan yang akan berlangsung pada pukul 2.45 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Kolej Shah Putra, Kuantan, Pahang.

Sunday, April 25, 2010

ADA GURU MUDA DI LANTIK KE JAWATN PK...GURU BERPENGALAMAN DI PINGGIRKAN

Ada rungutan di kalangan kaum pendidik yang telah lama mengajar dan memohon untuk di naikkan ke pangkat PK Penolong Kanan DG32, namun semuanya hampa apabila pihak Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada guru muda yang lebih muda untuk menjawat jawatan tersebut.

Tindakan ini di lihat sebagai satu tindakan yang menindas kaum guru lama berbanding kaum guru yang masih baru dan belum pun mencapai 10 tahun mengajar.Adakah kerana ianya mempunyai kelebihan atau adakah ianya kerana adanya pilih kasih. Tindakan ini di lihat tidak profesional, malahan di lihat menindas guru lama yang lebih berpengalaman dalam menjawat jawatan.

Mengambil guru wanita sebagai pemegang jawatan di sekolah-sekolah tidak boleh di jadikan alasan kerana ianya bukan sahaja menjadikan semuanya mengikut peraturan ,ikut buku,ikut kertas , malah ada yang tak sensitiviti.

Pandangan ini bukan bagi menafikan kes persamaan gender wanita, namun hakikatnya rata-rata pentadbir wanita akan mengikut kertas , dan tak kelencong dengan maksud yang sama bertujuan baik. Misalnya ada sekolah ganti di hari Sabtu, ada sekolah yang guru besarnya wanita tidak berani untuk menjalankan aktiviti selain mengikut jadual mengajar. Pada hal jika ini di laksanakan ianya tetap menjadi satu aktiviti yang baik. Aktiviti koko,perjumpaan ibubapa,dan juga kem-kem motivasi boleh dijalankan di masa ini.

Hakikatnya kenapa lebih ramai wanita yang menjadi PK dan GB buat masa ini ialah kerana guru lelaki tidak mahu memohon menjadi GB dan PK.Ini lah silapnya kerana jika ramai diantara kaum lelaki yang mahu memohon untuk menjawat jawatan ini dan di rasakan boleh memegang dan layak kenapa pula tidak mahu memohon.???

Alasannya banyak kerja dan tidak boleh bebas dengan aktiviti kemasyarakat di kampung, dan di tempat tinggal. Sepatutnya lebih ramai yang memohon dan mengelak dari beberapa ketidak puasan hati ini berlaku dan semoga lebih ramai"jantan" dan bukan guru yang"mandom" wujud,bangkit dan memhon perjawatan.

Bangunlah kaum guru lelaki memohon jawatan ini semula kerana memang telah di anugerahkan pemimpin lelaki adalah lebih berkesan ,sesuai,layak, mudah berbincang,dan punya sikap bertolak ansur dalam banyak perkara,berfikiran lebih matang,tidak terlalu bersikap ketua, dan yang penting tindakan itu dilihat lebih bijak dalam melakukan sesuatu.

NOTA: BUKAN SEMUA LELAKI BAGUS.ADA JUGA YANG KAKI SAPU DUIT SEKOLAH,SONGLAP DUIT SEKOLAH,PONTENG TUGAS BILA DI LANTIK.ESOK KITA BINCANG BAGAIMANA PEMILIHAN GURU-GURU KANAN INI DI LANTIK. ADAKAH KERANA KELAYAKKAN ATAU KERANA KRONI..

TUNGGU PENDEDAHANNYA.....

Friday, April 23, 2010

ADA GURU JADI BARUA UMNO DAN LAPORKAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN

PERMATANG PAUH-Ada di kalangan guru-guru yang menjadi barua kepada parti politik Umno untuk menghentam dan melaporkan mana-mana guru yanghadir dalamprogram ceramah ,aktiviti pakatan rakyat.Sikap sebegini dilihat sebagai sikap kurang ajar guru berkenaan kerana selain menjadi egen dan berkhidmat kepada parti politik untuk menghentam kaum pendidik sesama bumbung, namun ianya dilihat sebagai tidak profesional.

"Apa yang di takutkan jika kaum pendidik hadir untuk mendengar ceramah,dan aktiviti, sedangkan mereka memihak kepada parti Umno tidak pula di ambil tindakan.Umno bukan kerajaan sebaliknya adalah sebuah parti politik dan kaum guru berhak menilai mana yang mereka mahukan".

Tindakan pengecut ini dilihat sebagai cubaan menakut-nakutkan kaum pendidik dan ada yang di tukar ."Tukar dalam negeri tak sesukar mana,jika di tukarkan ke kawasan lain , tahulah apa yang kami perlu buat.Kita akan tubuhkan cawangan baru dimana kita sentiasa dekat dengan rakyat.Tidak seperti mereka kerana di kampung-kampung makin ramai yang menolak parti Umno ". jelas seorang guru yang di temui.

Tindakan ini juga di ketahui melibatkan ketua pemuda umno Tasek gelugor , Cikgu Hasbol, yang kerap kali ponteng sekolah apabila adanya pilihanraya dan kerap kali juga Guru besar tidak mahu menerima orang seperti ini.malah kaum pendidik meluat dengan beliau di mana sahaja beliau berkhidmat.

Seorang lagi dikenali sebagai Cikgu Rosli yang kini berkhidmat di sekolah di sebelah bayan Lepas setelah di naikkan pangkat dan berulang alik dengan motosikal kerana tidak tahu memandu kenderaan.

Tugas beliau mengambil gambar sesiapa yang hadir. jadi kepada sesiapa yang ternampak beliau eloklah nasihatkan beliau agar hentikan tibndakan tersebut kerana orang tidak pernah mengganggu kehidupan beliau , dan kegiatan politik beliau didalam Umno.



NOTA: KEPADA CIKGU-CIKGU YANG TERLIBAT DALAM KES SEPERTI INI MAKA PIHAK TUAN DI KEHENDAKIMENGHUBUNGI BIRO BANTUAN GUAMAN PKR u/p Lim Boo Chang( Peguam,Bekas ADUN GERAKAN AYER ITAM.Kini menjadi Pengerusi Biro bantuan Guaman PKR)


oleh: Penyokong PR Pulau Pinang


NOTA BLOGGER: NAK BERKUBUR DAH PUN DAN DI TOLAK ORANG MELAYU PUN MASIH BERSIKAP DEMIKIAN.SIKAP BEGINILAH YANG MENYEBABKAN ORANG RAMAI MENOLAK PARTI UMNO, SIKAP ANGKUH,SOMBONG,MELIHAT ORANG LAIN SEBAGAI TIDAK BIJAK INILAH YANG MENJAHANAMKAN UMNO.

Thursday, April 15, 2010

PENOLONG KANAN 1 KAKI CELOK

Seperti biasa..datang ke sekolah mengarahkan para guru membuat kerja.melepaskan tanggungjawab kepada guru,apabila di tegur naik angin,ugut untuk bomohkan si polan-sipolan ....

Inilah kisah dimana salah sebuah sekolah di Pulau Pinang dimana ianya terletak di sebelah butterworth. Sudahlah sekolah menjadi sekolah tercorot di sebelah utara, PK1 main tangkap muat dan akhirnya menjadi mangsanya ialah budak sekolah.

Sikap tidak bertanggungjawab pk 1 inilah yang menjadikan sekolah ini tercorot dan ini amat mengecewakan kaum guru di sekolah terbabit. Malahan sikap beliau yang bukan sahaja tidak menghormati guru lain, tetapi suka mengadudumba,cakap tidak serupa bikin,pentingkan kerjaya sebagai guru tution di luar berbanding kerjaya di sekolah menjadikan kaum guru bukan sahaja meluat ,malahan menyampah.

"adalah lebih baik dia merambus dari berada disekolah ini" demikian kata seorang guru yang melaporkan ke blog kempen guru tertindas....

Tuesday, April 13, 2010

KATA UNTUK KEMPEN ATAU MEMANG NAK BANTU KAUM PENDIDIK..JIKA BETUL MEMANG BERITA BAIK UNTUK KAUM PENDIDIK

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru -
Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas
berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian
itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban
tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah
(bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian
guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari
negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan
keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP
diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru,
Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal
ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang
perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan
pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap
bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.


"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik
pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan
tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.


Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang
menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari
pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali
membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain
tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

DENGAR MACAM MENARIK CIKGU...TAPI BIASA LA........TOLONG BAGI KOMEN

Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru

KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan.

“Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh Pelan Penambahbaikan Sekolah (SIP) dan tool kit pembangunan prestasi sekolah (SIT), kita akan menilai semua ini untuk diberi pengiktirafan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Khas Warga Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat.

Muhyiddin berkata, pengiktirafan itu juga bertujuan agar tidak ada sekolah-sekolah terutama di pedalaman dan luar bandar yang berasa terasing dan terpinggir.

“Kita tidak mahu walaupun sebuah sekolah yang berasa terasing seolah-olah hanya sekolah ini (Sekolah Berprestasi Tinggi -SBT) sahaja yang diberi perhatian, sekolah lain tidak diberi perhatian,” katanya.

Menurut beliau, terdapat ruang yang ketara berhubung pencapaian sekolah di seluruh negara terutama di Sabah.

“Bukan saya hendak memperkecil-kecilkan rakan kita di Sabah tetapi saya lihat mutu pembelajaran lebih rendah berbanding negeri lain berdasarkan keputusan peperiksaan,’’ katanya.

Namun beliau berkata, setelah diteliti, keadaan tersebut berlaku bukan kerana pelajar tidak cerdik dan tidak cerdas atau guru yang tidak melaksanakan tugas tetapi disebabkan oleh prasarana yang tidak lengkap.

Justeru kata Muhyiddin, perkara penting yang harus diberi perhatian dalam tahun-tahun akan datang ialah untuk merapatkan jurang perbezaan secara beransur-ansur.

“Mungkin tidak secara drastik tetapi satu peratus sehingga lima peratus setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi meningkatkan prestasi sukan, sebuah sekolah sukan akan dibina di Perlis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Katanya, tapak bagi projek pembinaan sekolah itu telah disediakan dan beliau berharap ia dapat dilaksanakan demi kepentingan pembangunan sukan negara dan sejajar program Satu Pelajar Satu Sukan.

“Saya juga tidak mahu alasan tidak ada padang atau stadium mahupun dewan untuk menerapkan program ini kerana dahulu semua kemudahan ini tiada tetapi bidang sukan boleh maju,’’ katanya.

Wednesday, April 7, 2010

CIKGU-CIKGU HARAP CIKGU HANTAR SEBANYAK MUNGKIN KESAN DAN BEBANAN GURU KE NUTP......

Makluman:- terkini - 7.4.2010

ISU BEBAN KERJA

Pihak NUTP ingin mendapatkan maklumbalas daripada Ahli KPPK mengenai kumpulan guru yang terbeban dan kumpulan guru yang tidak terbeban. Apakah jenis kerja-kerja yang membebankan guru. Maklumat saudara/ saudari tidak akan didedahkan.

Sila hantarkan ke mail@nutp.org


ADA GURU TERUTAMANYA YANG MEMPU MELUAHKAN RASA TERTINDAS ANDA DENGAN BEBANAN TUGAS MAKLUMKAN KEPADA NUTP???WALAU PUN NUTP DI KATAKAN AGAK SLOW KITA TIDAK PUNYA KESATUAN YANG CUKUP KUAT.


OLEH KERANA ITU, MAKLUMAT YANG DI SAMPAIKAN OLEH KAUM GURU AMAT BERHARGA BUAT KESATUAN INI MEMBANTU KAUM GURU. KESATUAN LAIN TUH....JANGAN HARAP LA...PRESIDEN MANDOM BELAKA....

MAHU ATAU TIDAK KITA PERLU MELALUI SALURAN NUTP INI KERANA KESATUAN INI LEBIH AKTIF.BAGI GURU-GURU YANG SEDIA KITA FAHAMI...(MANDOM) KITA LUPAKANLAH KERANA GURU JENIS INI DAH BANYAK KALI SAYA KATA DALAM INTERNET NI....TAK GUNA JUGA MAKI HAMUN PUN SEBAB DAH JENIS BEGITU...

DAN..............BAGI GURU YANG BERANI DAN PRIHATIN SEPERTI TUAN/PUAN SYABAS KERANA ANDA MEMANG GURU YANG PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB.....


HANTAR KOMEN ANDA KEPADA EMAIL YANG TERDAPAT DLAM NUTP ONLINE....



INI KATA NUTP-BAGI YANG TERBABIT SABARRRRRRRRRRRRRR

Makluman:- terkini - 7.4.2010

ISU DGA29/41

Saudara/ Saudari

Masalah DGA29/41 merupakan perkara yang amat rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai kategori dalam kumpulan DGA29/41, antara masalahnya :

1. Guru berkenaan tidak menduduki PTK
2. Guru gagal PTK
3. Guru tidak berpeluang menduduki PTK kerana telah berada di DG41 sebelum PTK dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan
4. Memberi keuntungan yang banyak atau sedikit oleh kumpulan DGA29/DGA32/DG41
5. Masalah tidak cukup tempoh 10 tahun di DGA29

Isu ini masih dalam perbincangan dan Pihak NUTP akan cuba menyelesaikan dan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengubah tarikh penempatan DG41 atau bayaran secara one-off.

Harap Maklum

Sunday, April 4, 2010

TOK WAN DAN TOK NEK GI SEKOLAH

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 April — Umur persaraan wajib kakitangan awam yang kini 58 tahun kemungkinan dilanjutkan dua tahun lagi jika menerima persetujuan kedua-dua pihak kerajaan dan kesatuan sekerja.

Jika adanya keputusan itu bermakna kerajaan pusat mengkaji semula soal itu buat kali ketiga dalam lima tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan kerajaan sedang menghalusi perkara ini atas pertimbangan kewangan dan sosial termasuk melanjutkan peluang pekerjaan kepada kakitangan awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam sudah memulakan perbincangan ke arah itu awal tahun ini.

Kedua-dua pihak dijangka menyentuh isu yang sama pada pertemuan susulan mereka di Putrajaya, hari ini.

Saiz kakitangan awam di Malaysia adalah seramai 1.2 juta orang dengan hampir 40 peratus merupakan kaum pendidik.

“JPA dan Cuepacs sudah memulakan perbincangan menyentuh cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

“Dan, sudah ada bayangan untuk dilanjutkan umur bersara wajib di pihak kerajan tetapi belum ada kata putus muktamad. Kami berharap akan ada perkembangan positif dalam pertemuan kali ini (hari ini),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs dikatakan tiada masalah jika umur persaraan sekarang dikaji semula.

Malah Cuepacs sendiri pernah mengemukakan memorandum agar umur persaraan dinaikkan menjadi 60 tahun sebagaimana diamalkan di beberapa negara asing.

Kerajaan menaikkan umur persaraan wajib ke paras semasa mulai Julai 2008.

Sumber juga memberitahu kerajaan kemungkinan bersetuju dengan idea dinaikkan had umur persaraan kerana ia boleh menjimatkan pembayaran wang gratuiti.

“Dari sudut itu saya yakin akan ada lampu hijau daripada kerajaan agar umur persaraan dikaji dan dinaikkan,” katanya

Baru-baru ini JPA mengeluarkan arahan bahawa mereka yang memutuskan untuk bersara secara pilihan tidak akan dibayar wang gratiuti sepenuhnya.

CIKGU LEMAN MARAH.......

Cikgu Leman marah

"Amboii...lepaknya Cikgu Leman..", tegur Tok Moh.

Cikgu Leman kelihatan masam saja sambil membelek surat khabar pembohong.

"Hoiii Cikgu Leman !!!", jerit Tok Moh.

"Nak apa !!!", jawab Leman.

"Apesal marah marah tu Cikgu Leman?", tanya Tok Moh lagi.

"Camana aku tak marah. Diorang suruh kumpul, sambut beruk kat Hulu
Selangor", jawab Leman.

"Hai nasib la...hehehe", kata Tok Moh.


Kau ingat aku macam cikgu Hasbul????sudahlah menjadi ketua pemuda Umno Tasek Gelugor...isterinya di Sekolah kebangsaan Padang menora....di khabarnya cikgu-cikgu yang keluar mendengar ceramah pada pengarah...lalu di panggilnya 32 orang guru yang mahukan perubahan dalam minda mereka..


Maka ka ta Tok Moh..."Oh...cikgu tu macam beruk juga la.....kerja mengadu hai cikgu-cikgu lain yang datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat"


"Gamaknya dengan cara tersebut guru-guru lain terutamanya yang mandom akan menyokong Umno????kah..kah..kah....kalau macam ini memang Umno patut kalah lah kata Tok Moh......lagi di tekan kaum guru,,,,lagi banyak yang akan mengikutnya.....


Tapi kalau kena pada depa semua ok. Dengar kata setiap kali pilihanraya Cikgu Hasbul yang berasal dari Kelantan dan datang mencari makan di Pulau Pinang ini di lantik menjadi Ketua Pemuda Umno untuk mendapatkan kekayaan.......tapi semua guru telah menjadi meluat kepada beliau.....tidak akan hadir ke sekolah.Tidak pula di suruh beliau atau di ambil tindakan...pelik juga ye......walau dah jatuh 5 buah negeri.....masih tak sedar-sedar juga ye....cikgu leman pada Tok Moh....


Kata Tok Moh" Orang Kelantan pun tolak Umno, macamana orang Pulau Pinang ambil orang Kelantan yang datang berdagang di Pulau Pinang menjadi ketua gerombolan ini????Gamaknya semua orang cerdik pandai di Pulau Pinang sudah menyampah dengan Umno......



Kiriman: Wak Ketuk.

Thursday, April 1, 2010

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP


KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan
guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa
dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat
kepada guru untuk terus bekerja keras.


"Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan
Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus
dilakukan oleh guru-guru.
"Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan
yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya
daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk
memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan
pencapaian sekolah.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara
menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada
seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.
Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan
diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan
pada 16 Mei ini.



Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian
insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras.
"Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak hentihenti
mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan
kepada golongan guru-guru tersebut.



"Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit
akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya.
Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali
Hassanpula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah
dicadangkan itu.



"Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu
kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar
yang dapat pengiktirafan.
"Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah,"
katanya