Tuesday, April 13, 2010

KATA UNTUK KEMPEN ATAU MEMANG NAK BANTU KAUM PENDIDIK..JIKA BETUL MEMANG BERITA BAIK UNTUK KAUM PENDIDIK

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru -
Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas
berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian
itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban
tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah
(bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian
guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari
negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan
keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP
diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru,
Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal
ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang
perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan
pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap
bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.


"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik
pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan
tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.


Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang
menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari
pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali
membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain
tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

No comments:

Post a Comment