Thursday, April 1, 2010
Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan
guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa
dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat
kepada guru untuk terus bekerja keras.
"Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan
Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus
dilakukan oleh guru-guru.
"Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan
yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya
daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk
memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan
pencapaian sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara
menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada
seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.
Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan
diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan
pada 16 Mei ini.
Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian
insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras.
"Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak hentihenti
mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan
kepada golongan guru-guru tersebut.
"Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit
akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya.
Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali
Hassanpula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah
dicadangkan itu.
"Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu
kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar
yang dapat pengiktirafan.
"Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah,"
katanya

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment