Wednesday, March 31, 2010

DAH BERPULUH TAHUN DAH PERKARA INI DIKAJI

Jawatankuasa khas kaji beban guru ditubuh

31/03/2010 5:14pm

KUALA LUMPUR 31 Mac - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang.

Jawatankuasa itu akan menentukan sama ada beban ditanggung itu adalah beban berlebihan atau tanggungjawab guru, katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu akan dianggotai wakil beberapa pertubuhan terbabit antaranya NUTP selain diberikan tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan menangani masalah beban tugas guru itu. - Bernama

1. NAK AJAR PUN CIKGU

2. NAK BUAT SOALAN CIKGU

3.NAK SEMAK SOALAN TELAH DAH

4.NAK KUTIP DUIT YURAN

5. NAK TANDA MARKAH

6.NAK MENYEMAK BUKU

7. NAK TUTUP BUKU KEDATANGAN

NAK...NAK...NAK...NAK.....GAJI TAK NAIK-NAIK WALAU POLIS DAH NAK GAJI BEBERAPA KALI...........

PATUT NAK SEMAK KEDATANGAN ADA SEORANG KERANI YANG URUSKAN DI WAKTU PAGI.GURU DATANG MASUK MENGAJAR BUAT SOALAN DAN SEMAK BUKU.SEMUA URUSAN KEWANGAN DI URUSKAN OLEH SEORANG KERANI.

INI TIDAK.ADA GURU BESAR YANG MANGKOK HAYUN SURUH CIKGU-CIKGU NI BUAT KERTAS KERJA KEPALA BAPAK APA ENTAH.DI BEBANKAN KEPADA KAUM GURU NI.NAIK TAK MENANG TANGAN DIBUAT NYA KAUM GURU. ITU TAK MASUK BAB SUKAN DAN MEMBAWA BUDAK LAGI...SEMUA GURU...APA PUNYA KEMENTERIAN TAK SEDAR-SEDAR LAGI KAH???

YANG BAGUIHNYA ADA JUGA PAR....YANG BUKAN MAIN LAGAK MANGKOK HAYUN DIBERI TUGAS CETAK SOALAN 5 HARI PUN TAK SIAP-SIAP.KERJA APA TAH SIBUK SUNGGUH.GAMAKNYA PANDAI KIPAS GURU BESAR KOTTTTTT....

KIRIMAN :CIKGU SEWEL

Tuesday, March 30, 2010

BARUA JADI PECACAI MURAHAN

Oleh: Amir amiruddin

Bidang politik dengan guru tidak dapat di pisahkan. Namun ada semacam satu ketakutan apabila kaum guru tidak memihak kepada satu-satu pihak.Banyak citarasa dan juga pilihan. Maka ada diantara kaum guru yang tidak memihak pemerintah di tukarkan.Inilah hakikat betapa ketakutan melampau yang mengundang bencana buat pihak yang satu lagi.

Sejarah mengajar bahaya perjuangan bukan jalan yang mudah. Maka ranjau perjuangan yang dahulunya hanya sedikit-sedikit kini berkembang mekar untuk menentang apa yang di pelajari kaum guru tentang ketidakadilan dan juga ruang bersuara dan kebebasan untuk memilih.Jika amalan ini diamalkan oleh pemerintah , dengan citarasa dan andaian bahawa menukar guru adalah jalan penyelesaian bagi mengajar dan menyusahkan kaum guru, nescaya ianya akan berkembang merebak dngan lebih hebat lagi.


Di pihak yanglain kita lihat , kaum guru terutamanya yang menyokong Umno, Kaum guru yang menjadi ketua pemuda Umno, menjadi pecacai politik dengan memberitahu bahawa ada si polan-sipolan yang juga rakan guru menjadi dan menyokong pembangkang dan tidak menyokong "kita". Kenapa tidak diambil tindakan penyokong Umno kerana Umno adalah juga sebuah parti politik,bahawa Umno telah jkalah dalam pilihanraya 1999 dan 2008 dimana hanya 60% kaum melayu menyokong Umno pada 1999 dan menolak Umno 80% pada 2008.

Katakutan inilah yang di katakan betapa sifat ini akan memakan Umnop sendiri. Sifat ini akan menjatuhkan Umno dan sifat inilah yang akan menjadikan Umno akan tewas kerana peranan pemuda-pemuda Umno yang tidak bijak mendekati kaum guru dan mendengar serta takut menghadapi kekelahan dalam pilihanraya yang ke 13.

Selagi bernama guru, tuan/tuan dan puan/puan kaum pendidik harus menjadi guru yang bijak dan berani. Guru adalah tunjang kepada kebangkitan perjuangan kaum guru. Guru harus berani pula membuat perubahan demi kebaikan sejagat. Guru perlu menjadi model agar suatu hari nanti murid-murid yang membesar mengetahui bahawa guru mereka dalah guru yang berani, bijak dan tidak "menderhaka" kepada Umno.Bahawa dengan tidak menyokong Umno bukan bermakna tidak memperjuangankan hak bangsa melayu, bahawa dengan tidak menyokong Umno menjadi satu kesalahan , bahawa masih ada maruah yang lebih besar dari hanya menyokong yang membawa rebah.

Thursday, March 25, 2010

INILAH KENYATAAN YANG SENTIASA SAHAJA MENJADI TANDATANYA.TIADA PENYELESAIAN

Guru lama sentiasa terlepas peluang
KEADAAN KINI:
1. Kumpulan guru DGA29/ DG41 yang tidak berpuas hati merupakan kumpulan guru senior (lama)
yang mengikuti kursus kemudian dilantik ke DG41 bukan freshie.
2. Urusan kenaikan pangkat secara time-based DGA32 dengan menggunakan tempoh
perkhidematan 10 tahun. Dahulu perlu berada di P1 T22.
3. Terlepas peluang ke DGA32 kerana sudah dilantik ke DG41 sebelum tahun 2003.
4. Guna prinsip gaji paling hampir tanpa satu kenaikan.
5. Kenaikan secara isyarat tidak dinikmati oleh kumpulan ini kerana pelaksanaan SSM.
6. Mereka merupakan kumpulan guru senior dari kumpulan PPPLD yang kemudian dilantik ke
DG41.
7. Mereka sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai guru siswazah tetapi masih tidak dapat ke
DG48, manakala guru junior apabila cukup 20 tahun akan ke DG48.
Apabila mereka bergerak dari DGA29/DG41 ke DG44/DG48, mereka sentiasa mengalami
kerugian kerana setiap polisi baru adalah berdasarkan tarikh kuat kuasa. Sebenarnya perlu buat
pelarasan bagi guru-guru senior supaya gaji mereka lebih tinggi.
Setiap kali penyelarasan atau polisi baru diperkenalkan adjustment perlu dibuat supaya guru junior
tidak melangkau guru senior.
Sebenarnya Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor, dan teamnya dari
Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah turun ke negeri-negeri untuk
memberi penerangan mengenai Skim Perkhidmatan kepada guru. Namun demikian, di kalangan
guru senior berpendapat gaji mereka rendah kerana sebab-sebab di atas.
Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
Utusan Malaysia | 16 Nov 2009

Monday, March 22, 2010

13,000 guru tambahan BM, BI.Bila...bila..bila .....

13,000 guru tambahan BM, BI

Penambahan bilangan waktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, menengah dan matrikulasi adalah satu usaha molek agar masa belajar bersama guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan diperkemas.

Menurut sumber di Kementerian Pelajaran ketika dihubungi di sini hari ini, selari dengan penambahan jumlah waktu Bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan menambah guru Bahasa Inggeris sebanyak 13,000 orang dengan pengambilan guru dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Selain itu, pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara yang akan ditempatkan di luar bandar akan dapat membantu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Satu lagi usaha yang positif oleh KPM adalah dengan tambahan guru penolong bagi membantu guru bahasa bagi kelas yang bilangan murid melebihi 35 orang di tahap satu dan tahap dua, tambah sumber tersebut.

Dengan adanya guru penolong, bebanan guru Bahasa Inggeris dalam pengendalian kelas akan dikurangkan dan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Pihak kementerian juga akan menambah baik fungsi dan peranan makmal komputer di sekolah selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

KPM juga akan meningkatkan penggunaan perisian, perkakasan komputer dan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Di samping itu, KPM dijangka memperkukuhkan perkongsian pintar antara KPM dengan agensi luar, seperti British Council, Suruhanjaya Tinggi Australia dan Malaysia America Culture and Education Exchange (MACEE) untuk meningkatkan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. -Utusan

TAMBAH JANGAN TAK TAMBAH.........APA KATA CIKGU-CIKGU........TAPI CIKGU-CIKGU AKAN DIAM DAN MENERIMA APA SAHAJA YANG DI LONGGOK KAN KE ATAS MEREKA.

Utusan Malaysia bertarikh 21 Mac 2010 - MASA BM, BI DITAMBAH 2011






BAGAIMANA DENGAN NUTP???ADAKAH INI AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA GURU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS??? DAN BAGAIMANA PULA DENGAN BILANGAN GURU-GURU????


SAYA MENEKAN KAN NUTP KERANA HANYA KESATUAN INI SAHAJA YANG DI ANGGAP ADA SEDIKIT "BUAH" UNTUK MEMBELA KAUM GURU.KESATUAN LAIN......TUIHHHHH MANDOMMMMM

BETOI KA NUTP ASYIK SOKONG MEMANJANG.KALAU KALAU DILIHAT NKRA, YANG AKU NAMPAK GURU BESAR DAN PENGETUA SAHAJA YANG AKAN DI BERI IMBUHAN....UNTUK GURU

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras.

"Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus dilakukan oleh guru-guru.

"Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan pencapaian sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan pada 16 Mei ini.

Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras.

"Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak henti-henti mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan kepada golongan guru-guru tersebut.

"Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya.

Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah dicadangkan itu.

"Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar yang dapat pengiktirafan.

"Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah," katanya.




TOLONG BAGI KOMEN SIKIT................TERUTAMANYA YANG GURU-GURU SKEMA...YANG CAKAP KENA JAGA ETIKA GURU................

Thursday, March 11, 2010

JANGAN BIARKAN BUDAYA INI BERTERUSAN.ADA KOMEN DARI PENGUNJUNG YANG MENYATAKAN BAHAWA ANAK-ANAK SESETENGAH ORANG BOLEH LEPAS.......KRONI MANIA LA TU

Guru baru ingkar arahan boleh dikenakan tindakan

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian.

Katanya, guru-guru yang baru tamat perkhidmatan jika dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman mesti mematuhi arahan tersebut bagi mengelak timbul masalah kekurangan guru di kawasan itu.

"Bagaimanapun mereka masih boleh merayu dengan alasan yang munasabah, tapi kalau mereka langsung tak datang lapor diri, kita akan ambil tindakan.

''Mereka akan disingkirkan dan tak boleh jadi guru lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh serta Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong.

Mohd. Puad seterusnya menjelaskan, amaran keras seumpama itu tidak melibatkan guru-guru yang sudah lama berkhidmat dan turut dihantar bertugas di pedalaman.

Beliau berkata, guru berpengalaman yang enggan berkhidmat di kawasan pedalaman tidak akan dikenakan tindakan keras tetapi mereka mungkin tidak berpeluang menikmati faedah lain termasuk kenaikan pangkat.

Mohd. Puad juga menempelak guru-guru yang sanggup mendapat sokongan orang berpengaruh atau kenamaan untuk merayu agar tidak ditempatkan di kawasan pedalaman.

"Saya tak kira mereka dapat sokongan daripada sesiapa termasuk orang berpengaruh, ada kes selepas setahun, baru datang balik untuk mengajar, mereka ini juga akan dikenakan tindakan," ujarnya.

Add to  Google
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Pindah sekolah terjejas banjir
Guru baru ingkar arahan boleh dikenakan tindakan

Tuesday, March 9, 2010

patut malu — Utusan Malaysia

patut malu — Utusan Malaysia

MAC 10 — Gambar Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 menjadi hiasan halaman 1 Utusan Malaysia Sabtu 6 Mac lalu. Di halaman 2 pula, disiarkan tajuk besar petikan ucapan Datuk Seri Najib Razak supaya bahasa Melayu dimartabatkan dan diketengahkan ke peringkat dunia.

Tidak cukup dengan dua halaman itu, di halaman 3 juga turut dimuatkan gambar dan laporan PABM hampir satu muka penuh. Terima kasih Utusan Malaysia kerana sokongan dan usaha berterusan mendaulatkan bahasa Melayu.

Ibarat ‘perahu sudah di air, dan dayung sudah di tangan’. Apa lagi agaknya yang ditunggu oleh rakyat Malaysia yang masih sangsi akan kemampuan bahasa Melayu dan dasar pragmatik kerajaan membawa bahasa Melayu mengharungi arus globalisasi.

PABM edisi keempat menghimpunkan 56 peserta dari 51 negara mulai 2 Mac lalu. Jika menyebut nama negara-negara seperti Belanda dan Australia mungkin tidaklah begitu mengejutkan dari segi kebolehan dan minat mereka mempelajari bahasa Melayu.

Tetapi apabila dibariskan para peserta dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Itali, Bulgaria, Poland, Slovakia, Ukraine, Belarus, Turki, Jepun, Korea dan beberapa yang lain, tidakkah itu boleh mencetuskan kecemburuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak endah untuk menguasai bahasa kebangsaan sendiri?

Mengapakah masih ada rakyat Malaysia yang tidak yakin dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mampu menjadi bahasa antarabangsa? Selama dua minggu pertama bulan Mac ini, para peserta pidato dari negara-negara tersebut berkampung di Malaysia sambil memperlihatkan kebolehan mereka berbahasa Melayu. Mereka mempelajari bahasa itu di negara kelahiran mereka bukannya di sini.

Lebih jauh lagi, ada juga dalam kalangan peserta edisi terdahulu yang berusaha untuk mendalami ilmu berbahasa Melayu dengan menyambung pengajian di negara ini seperti yang dilakukan oleh Juara PABM 2007 dari Rusia, Olga Vasilevskaya.

Isu dan cabaran sebenar dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah sikap rakyat Malaysia sendiri.

Alasan lain seperti tuntutan globalisasi hanyalah menjadi ‘kambing hitam’ sahaja untuk menutup kelemahan dan sikap tidak peduli diri sendiri terhadap bahasa itu. Jika mahu seribu daya, jika tidak, seribu dalih.

Bersusah payah rakyat asing yang secara tradisinya tidak ada kena mengena dengan sosiobudaya, sosioekonomi atau sosiopolitik dengan kita mempelajari bahasa Melayu, tetapi ada sebahagian rakyat kita yang asyik tersasul apabila berbahasa Melayu. Ramai lagi yang masih malu menggunakannya kerana terasa kekampungan dan tidak canggih.

Lebih menghairankan lagi ada sekelompok masyarakat yang berusaha untuk memartabatkan bahasa asal nenek moyang mereka walaupun dalam masa yang sama berjuang menuntut kesamaan taraf dengan masyarakat keturunan pribumi. Tidakkah mereka berasa malu?

Sekali lagi ditegaskan bahawa ini adalah krisis sikap. Salah satu cara mengubahnya ialah melalui kepemimpinan melalui teladan. Para pemimpin wajib menunjukkan contoh dan sikap yang betul jika mereka ikhlas menyahut saranan Perdana Menteri itu.

Biasa-biasakanlah berbual dengan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Ong Tee Kiat, Datuk Seri Chua Soi Lek atau dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rakyat pula perlu menjadikan para pemimpin tersebut sebagai idola jika benar-benar ingin berbahasa Melayu dengan fasih dan berkeyakinan tinggi. Mereka sudah menjelajah dunia, tetapi tetap berpegang kepada falsafah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’. Pekerja asing dari Bangladesh juga sudah menghayati falsafah ini!

Marilah sama-sama kita layari lautan globalisasi dalam bahtera 1Malaysia dengan membawa bersama bahasa kebangsaan kita. Jangan sampai nanti, tatkala singgah di mana-mana pelabuhan antarabangsa, kita disapa dalam bahasa Melayu sedangkan kita sendiri terkial-kial menyahutnya. — Utusan Malaysia

SAMPAI KENA MASUK PAPER BARU AMBIL TINDAKAN.......??????

Utusan Malaysia bertarikh 17 Februari 2010 – TIADA GURU PENDIDIKAN ISLAM



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 17 Februari 2010 – TIADA GURU PENDIDIKAN ISLAM).
Untuk makluman, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau telah maklum perkara ini dan mengambil tindakan segera dengan menempatkan seorang Guru Pendidikan Islam secara beredar selama 3 hari seminggu bermula 24 Februari 2010 untuk mengajar subjek Pendidikan lslam di SJKC Pei Hwa. Guru ini akan bertugas dan mengajar subjek Pendidikan Islam iaitu 3 hari di SJKC Pei Hwa (Rabu, Khamis dan Jumaat) manakala bertugas 2 hari di SK Kampung Batu (Isnin dan Selasa).

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, March 8, 2010

TAN SRI A SAMAD SAID AJAK GOLONGAN GURU BANGKIT.SASTERAWAN NEGARA YANG SAYANGKAN BAHASA.


“Kalau PPSMI tak mansuh, kita akan demo lagi” - A Samad Said

Monday, 08 March 2010 12:55 PM Oleh Mohd Ali Bakri

SHAH ALAM : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan iltizamnya bahawa hal pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang 2012 itu hanya penangguhan dan bukan pemansuhan.

"Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi," katanya sempena pelancaran buku esei Budayawan Bertindak untuk menyokong perjuangannya selama ini.

Bercakap di Muzium Shah Alam kelmarin, A Samad Said berkata, pihaknya merakamkan rasa terima kasih terhadap Pas dan Harakah yang banyak membantu dalam usaha menggerakkan seluruh masyarakat untuk berhimpun dalam kejadian setahun yang lalu.

"Tanpa Pas dan bantuan Harakah untuk menyebarkan maklumat berhubung PPSMI, nescaya perjuangan memansuhkan PPSMI tidak berlaku seperti yang kita lihat pada hari ini," tambah beliau lagi.

Pengarang novel Salina yang terkenal itu berkata, kehadiran beliau selama ini sebenarnya cuma mengisi kesusasteraan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

"Saya bukan 'organization man', jadi mengapa seorang sasterawan negara yang tugas sebenarnya mengisi gerbang kesusasteraan, akhirnya telah turun ke jalan raya?" kata beliau membangkitkan soalan.

Ketika membangkitkan kenangan lama, dalam peristiwa 7 Mac tahun lalu, beliau berkata, pihak polis pernah memujuk Hassan Ahmad bersurai, tetapi hal itu ditangani rakannya itu dengan penuh kebijaksanaan.

"Dalam keadaan polis meminta Hassan memujuk demonstran agar menyuraikan perhimpunan itu, beliau dengan warasnya telah memberitahu bahawa tugas pihak polis ialah untuk mengamankan perhimpunan itu.

"Tetapi, ada yang tersirat di situ yang tidak diluahkannya kepada pihak polis, iaitu tugas kamilah pada hari itu yang menggelorakan perhimpunan tersebut," kata beliau, lalu disambut ketawa hadirin.

Sementara itu, berucap dalam majlis yang sama, Pengerusi GMP, Datuk Hassan Ahmad dengan bergurau berkata, perhimpunan menyerahkan memorandum itu tidak sepatutnya diganggu oleh pihak polis.

"Mula-mula mereka beri permit perhimpunan, kemudian tarik balik, jadi kita tiada pilihan, apa yang kita nak beritahu kepada orang-ramai kalau mereka bertanya?

"Lagi pun, ini sebenarnya perhimpunan sahaja, bukanlah demonstrasi, ia macam suatu perarakan saja, seolah-olah macam perarakan untuk sambut Maulud Nabi sahaja. Jadi, salahkah?" kata beliau, disambut ketawa orang-ramai.

Majlis itu diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad kepada keluarga demonstran; Ismadei Sahnam bersama isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka; Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial.

Keluarga Ismadei Sahnam adalah antara keluarga yang mana setiap anggotanya telah turun semuanya untuk menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI tersebut.


BUKAN MACAM KAUM GURU.NGANGA SAJA. MACAM AKU KATA SELALU. JAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT.MANA MAHUNYE KERANA HILANG DUIT PPSMI,ELAUNS BUTA.NGAJAR DALAM BAHASA MELAYU.DIBERI CD PUN TAK MAHU GUNA.DIBERI KOMPUTER, TAHU APA YANG DIBUAT????........GUNA UNTUK PERIBADI.MACAM MAK BAPAK SENDIRI PUNYA......BELI LA CIKGU.....TAK BERAPA DUIT PUN KALAU NAK LETAK GAMBAR ANAK BINI PUN DALAM KOMPUTER KERAJAAN TU.

LAGI SATU......KALAU CIKGU TAK MALU PUN ......FIKIR-FIKIRKANLAH AGAR SAMA-SAMA PERJUANGKAN BAHASA MELAYU.KALAU DI LUAR SANA ORANG RAMAI DAN BANYAK FAKULTI LAIN DI UNIVERSITI DI RUSSIA DAN JUGA DI CHINA,RAMAI YANG MENGAMBIL BAHASA MELAYU...


YANG PELIKNYA....MANA PUNYA SAMDUOL MINTA GUNA BAHASA INGGERIS....IKUTLAH SEMUA GURU-GURU MELAYU. SIAPA PUN BAIK NGO DAN JUGA CENDIAKAWAN MELAYU TIDAK MENEGUR KECUALI PEMBANGKANG(PAKATAN RAKYAT)

MANAKALA DI KETIKA ITU KAUM CINA MELALUI PERSATUAN MEREKA DONG JIO ZHONG MENENTANG PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI DALAM P&P DI SEKOLAH MEREKA.

CIKGU MELAYU....HA....HA....HA....DAPATY DUIT BELI KETA..........ADOI....ADOI.....ADOI.....APA LA CIKGU MELAYU NI......

Sunday, March 7, 2010

TENGOKKK......CIKGU TAK BUKA MATA.HARAP CIKGU YANG MANDOM ASYIK TUKAR KETA DAN JAGA PERUT SENDIRI.

SHAH ALAM, 8 Mac: Enam sekeluarga yang menyertai perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menerima penghargaan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMI) dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP semalam.

Ismadei Sahnam mewakili isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka iaitu Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial yang hadir ke majlis berkenaan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, menerima cenderahati daripada Pengerusi GMP, Dr. Hassan Ahmad.

Gambar keluarga berkenaan sewaktu berarak ke istana negara pada 7 Mac 2009 itu dirakamkan jurugambar akhbar rasmi PAS, Harakah, Wan Zahari Wan Salleh yang turut menerima penghargaan daripada GMP.

Sambil mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan, Hassan juga percaya banyak lagi keluarga yang turun meyertai himpunan tahun lalu yang disifatkan sebagi berjaya.

Ismadie yang ditemui selepas itu berkata, beliau dan keluarga tidak menyangka akan menerima penghargaan sedemikian rupa daripada GMI kerana beliau dan isteri membawa anak-anak ke perhimpunan bersejarah itu semata-mata untuk bersama-sama rakyat menzahirkan bantahan terhadap dasar berkenaan.

Akhbar Harakah keluaran minggu lalu sekali lagi menyiarkan gambar mereka sekeluarga sebagai makluman mereka dijemput menghadiri majlis hari ini.

"Saya memang terkejut apabila kawan menghubungi saya baru-baru ini, bagitahu gambar keluarga saya semasa himpunan (anti-PPSMI) tahun lepas keluar Harakah dan pihak Harakah minta saya menghubungi mereka. Saya tidak sangka kami menerima penghargaan ini hari ini," ujarnya.

Isterinya pula, Nor Asyikin berkata, suaminya selalu membawa beliau dan anak-anak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat dan mereka mendapat maklumat mengenai himpunan tersebut sewaktu mengahdiri ceramah di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar.

Atas rasa kesedaran perlunya membantah dasar PPSMI, beliau tidak keberatan membawa anak-anak menyertai himpunan tersebut sehingga terkena semburan gas pemedih mata.

"Kami memang selalu pergi program-program Pakatan Rakyat. Kebetulan dapat maklumat pasal himpunan anti PPSMI masa ceramah di Taman Melewar. Kami terus nekad menyertai himpunan itu bersama anak-anak," ceritanya.

GMP mengambil inisiatif mengadakan majlis berkenaan supaya rakyat tidak lupa mengenai perjuangan mereka mendesak kerajaan memansuhkan dasar yang meminggirkan bahasa ibunda itu.

Pengerusi GMP, Hasni Abas yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkata, GMP akan terus menuntut kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang dijanjikan.

"Kita akan terus berjuang agar kerajaan memansuhkan dasar ini. Kalau kerajaan mungkir janji, kita tak akan teragak-agalk untuk turun ke jalan raya sekali lagi. Semangat kita masih sama seperti setahun yang lalu," katanya di hadapan kira-kira seratus pencinta bahasa yang hadir termasuk seniman-seniman yang mewakili Gerakan Budayawan Bertindak, Dinsman dan Pyan Habib.

Manakala selain Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, pejuang-pejuang anti PPSMI yang hadir ialah Naib Pengerusi GMP, Prof Dr. Abdullah Hassan, Prof Sharil Muhd Zain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

Pada majlis itu juga, buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak Menyokong Perjuangan A. Samad Said dilancarkan oleh Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.

Buku berkenaan mengandungi 29 himpunan esei antaranya tulisan A. Samad Said sendiri, veteran PAS, Abdul Shukur Harun, kolumnis Lee Ban Cheng, pensyarah Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, dan lain-lain lagi.

Di permulaan majlis, hadirin dihidangkan dengan tayangan video sekitar himpunan yang berjaya mengumpulkan lebih 100,000 rakyat dari seluruh negara tahun lalu, terbitan TVPAS.com.

Majlis berkenaan juga bukan sekadar majlis biasa, kerana turut disertakan dengan sesi dialog dan perkongsian pendapat oleh para aktivis serta cendekiawan Melayu dalam mencari rumus lanjutan supaya dasar PPSMI boleh dimansuhkan lebih awal dari tahun yang dijadualkan.

Pada 7 Mac tahun lalu, GMP berjaya menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada pihak Istana Negara setelah melalui pelbagai halangan termasuk semburan gas pemedih mata dan meriam air daripada pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Wednesday, March 3, 2010

NUTP SOKONG GURU KE PEDALAMAN

Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.





YA...GAJI TINGGI DAN KEMUDAHAN DI PEDALAMAN PUN DAH OK. ELOK LA CIKGU-CIKGU INI DI HANTAR BERTUGAS DI SANA. GUNAKANLAH KEPAKARAN LAWYER,JURUTERA,ARKITEK,BIOLOGIS,AHLI FIZIK ATAU APA SAHAJA KEPAKARAN YANG ADA DEMI MENJADI GURU......HA....HA....HA.......


BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH......................




Tuesday, March 2, 2010

HANTAR MEREKA. JADIKAN MEREKA GURU YANG PUNYA PENGALAMAN LEBIH LUAS.BARU BOLEH MENGAJAR DI KAWASAN BANDAR.

Guru Mungkin Diwajib Berkhidmat Di Sekolah Pendalaman, Kata TPM

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan.

"Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani pada Selasa malam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.

"Ini sebagai satu cabaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.

Dalam program selama 45 minit itu, Muhyiddin berkata beliau juga komited untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.

Katanya walaupun terdapat sekolah-sekolah yang tidak menpunyai prasarana sukan yang mencukupi seperti padang, ia bukan alasan untuk mengetepikan kepentingan sukan yang juga menjadi faktor penting dalam pembentukan siasah pelajar.

Katanya sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama dari semua pihak termasuk dari badan-badan korporat, universiti dan juga masyarakat tempatan.

"Misalnya kita boleh memeterai perjanjian persefahaman dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya mereka boleh memberi tenaga jurulatih untuk membimbing guru-guru sukan di sekolah.

Dalam soal memperkukuhkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris, katanya, seramai 362 orang tenaga pengajar dari United Kingdom, Australia dan Kanada akan dibawa masuk untuk mengajar Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan mulai tahun depan.

-- BERNAMA


HANTAR SAHAJA GURU-GURU YANG PUNYA IJAZAH YANG PANJANG BERJELA INI KE KAWASAN PEDALAMAN SUPAYA MEREKA LEBIH BERPENGALAMAN. CERITAKAN TENTANG KEHEBATAN KAWASAN BANDAR KEMAJUAN YANGDI CAPAI DAN JUGA PENGALAMAN DI KAWASAN PEDALAMAN ITU DI BAWA KE BANDAR DAN DI CERITAKAN PULA BAHAWA SETELAH 52 TAHUN MERDEKA , ADA LAGI ORANG MALAYSIA YANG TINGGAL DI DALAM HUTAN DAN PENGALAMAN DI KAWASAN TERSEBUT KEPADA MURID-MURID DI BANDAR YANG BILA PANAS DI PASANG PENGHAWA DINGIN,DAN KIPAS, BILA HUJAN TIADA TEMPIAS AIR HUJAN, BILAN MANDI TIDAK PERLU KE SUNGAI ,BILA BERSEMBAHYANG PUNYA MASJID YANG INDAH DAN CANTIK.


JADI ..........HANTAR GOLONGAN INI AGAR MEREKA MEMAHAMI BAHAWA HIDUP BUKAN UNTUK MELARIKAN DIRI DARI TUGAS YANG DULUNYA DI KATAKAN MENCABAR, DAN MEMOHON MENJADI GURU UNTUK MENDAPATKAN KERJA BERUMAHTANGGA ,SEKADAR TAHU MENJAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT, MEREKA HARUS DI HANTAR UNTUK MEMAJUKAN ORANG KAMPUNG DI KAWASAN PEDALAMAN.


GOLONGAN INILAH YANG HARUS DI BERI PENDEDAHAN BETAPA DI DALAM HUTAN SANA , ADA MANUSIA YANG PERLU DI BERI ILMU , DI AJAR DAN BUKAN DI TUNJUK LAGAK KETIKA DI KAWASAN PEDALAMAN , MALAH ADA KAUM GURU YANG BARU KELUAR MENGAJAR SUDAH BERUMAHTANGGA DAN AKHIRNYA BALIK KEPANGKUAN ISTERI SETELAH HABIS BELAJAR, MENGAJAR DEKAT PULA DENGAN ISTERI , DUDUK DI BAWAH KETIAK ISTERI, TIDAK PULA MAHU BERTUGAS DI KAWASAN KAMPUNG SENDIRI KERANA TINGGAL DI KAWASAN PEDALAMAN, DAN AKHIRNYA MENJADI GURU YANG MANDOM. GURU INILAH YANG MASIH RAMAI DI LUAR SANA YANG TIDAK SEHARUSNYA DI BERIKAN CONTOH BAGI GURU-GURU GENERASI BARU INI.


GURU-GURU BARU INI HARUS DI BERIKAN PENDEDAHAN DAN JANGAN DILAYAN KERENAH MEREKA DEMI ANAK BANGSA MALAYSIA. JADI MEREKA YANG DAHULUNYA SAMA SAHAJA SEBAGAIMANA GURU-GURU TERDAHULU YANG MENGAJAR DI KAWASAN PEDALAM YANG PENUH DENGAN PENGALAMAN LUAS AGAR GOLONGAN INI TAHU APA ITU MENJADI SEORANG PENDIDIK.....


BUKAN DUDUK BAWAH KETIAK MAK BAPA,KETIAK ISTERI......................TAKUT JADI GURU MANDOM....

PENGORBANAN GURU TIDAK DIHARGAI........

Masalah Bumbung Flat Guru Bocor di Tenom

TENOM: Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong merayu agar Kementerian Pelajaran mengatasi masalah kebocoran bumbung flat guru sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG SMK Kemabong Sukimin Rukini berkata, kebocoran bumbung flat guru itu menyebabkan tingkat 4, tiga blok bangunan itu terpaksa dikosongkan lebih tiga tahun yang lalu.

Berikutan keadaan itu katanya, ramai guru terpaksa menyewa rumah kerana 12 unit (lot) di tingkat 4, tiga blok bangunan itu tidak boleh dihuni kerana basah apabila hujan.

“Kerana simpati dengan masalah yang dihadapi oleh sebahagian guru di sekolah ini, PIBG merayu Kementerian Pelajaran agar menangani masalah ini dan memberi keutamaan kerana ia amat mendesak,” kata Sukimin.

Menurut Sukimin masalah itu telah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tetapi tidak diambil perhatian menyebabkan keadaan bangunan itu semakin usang.

“Kita tidak menuding jari kepada sesiapa berhubung masalah yang sudah berlarutan ini tetapi apa yang penting Kementerian Pelajaran perlu melihatnya dan bertindak segera mengatasinya,” jelas Sukimin.

Sukimin yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kemabong berkata, masalah itu perlu diatasi segera untuk keselesaan guru-guru.

Selain masalah kebocoran bumbung di tiga blok flat guru itu, bekalan elektrik melalui kabel bawah tanah di sebuah blok flat guru itu terputus.

Masalah itu juga sudah sekian lama dikemukakan kepada pihak yang berkenaan tetapi ia tidak ditangani dengan lebih serius.

Bagi mengatasi masalah itu kata Sukimin, guru-guru yang menghuni flat itu terpaksa membuat sambungan tenaga elektrik di bangunan sekolah yang sepatutnya tidak dibenarkan.

“Memang cara penyambungan itu menyalahi perundangan tetapi “apa boleh buat” itulah satu-satunya cara mengatasi masalah bekalan elektrik penghuni satu blok flat guru itu. Jika tidak bangunan itu terpaksa dikosongkan” kata Sukimin.

New Sabah Times yang membuat tinjuan di tingkat 4, flat guru itu mendapati siling bangunan rosak teruk selain lantainya dicemari dengan najis burung layang-layang dan pipit pekan yang menjadi penghuni bangunan yang dikosongkan itu.

Selain itu, keseluruhan tiga blok flat guru dan bangunan lain kelihatan sudah usang dan perlu penyelenggaraan dengan kadar segera.

Amat menyedihkan lagi, tangki air dan batang paip di seluruh bangunan itu sudah bertegar dan perlu diganti kerana ia dikhuatiri menjejaskan kesihatan penghuninya.

Guru-guru yang ditemui enggan memberi komen walaupun tidak selesa dengan keadaan itu.

Sumber : http://paingagaudem okrasimalaysia. blogspot.

HE...HE...HE...TAKUT JUGA PADA GURU RUPANYA.PATUT KAUM GURU SERAMAI INI MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA MENGANGGU KEHIDUPAN PERIBADI MEREKA-JOM LAPORKAN

WARGA PENDIDIK DI SOALSIASAT EKORAN DIKATAKAN EGEN PEMBANGKANG

PENGETUA,GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI.

OLEH;Amir Amiruddin

Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.

Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?

“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”

“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan.Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.

“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.