Utusan Malaysia bertarikh 17 Februari 2010 – TIADA GURU PENDIDIKAN ISLAM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 17 Februari 2010 – TIADA GURU PENDIDIKAN ISLAM). Untuk makluman, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau telah maklum perkara ini dan mengambil tindakan segera dengan menempatkan seorang Guru Pendidikan Islam secara beredar selama 3 hari seminggu bermula 24 Februari 2010 untuk mengajar subjek Pendidikan lslam di SJKC Pei Hwa. Guru ini akan bertugas dan mengajar subjek Pendidikan Islam iaitu 3 hari di SJKC Pei Hwa (Rabu, Khamis dan Jumaat) manakala bertugas 2 hari di SK Kampung Batu (Isnin dan Selasa). UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
No comments:
Post a Comment