Sunday, November 22, 2009

KAH..KAH...KAH SEKOLAH PUN KENA TIPU...KEPUTUSAN PUN BOLEH TIPU.....

Keputusan UPSR 4 sekolah di Sabah disemak semula


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.



“Ia membabitkan tiga sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
“Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.
“Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini,” katanya di sini, hari ini.



Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lalu.
Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: “Perkara itu tidak berlaku.”


“Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lalu pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula,” katanya.
Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.
Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.



Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.


“Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya,” katanya.



Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008. - Bernama

Tuesday, November 17, 2009

CENDIAKAWAN MELAYU...ALAHAI

OLEH :

Shahrudin Kamarudin


Saya bukanlah seorang guru yang punya segulung ijazah dan panjang berjela,namun saya punya pengalaman mengajar dan nmemegang kelas sebagai seorang guru selama 20tahun.Namun dengan pengalaman tersebut , saya tidaklah bangga kerana ianya menjadi tugas saya yang lain juga untuk mendidik anak bangsa saya dan juga mendidik anak bangsa saya di kampung.Rata-rata pelajar saya adalah anak orang kampung dan ada yang datang dari berbagai lapisan masyarakat sekitar yang juga menpunyai berbagai tahap kelulusan .

Dalam segelintir ibu bapa ditempat saya mengajar , ada sedikit anak-anak pensyarah dari kawasan berhampiran yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut,iau sekolah ditempat saya mengajar.Wah!!!! hebat bila dengar naak pensyarah, bukan main lagi lah ...maklum dikawasan kampung disekitarnya,nak dikatakan kampung sebenarnya macam dikawasan ulu tembeling tidak lah juga, kerana kawasan tempat saya mengajar dan maktab tak sampai 2 kilometer pun...dekat sangat. pusat yang melatih kaum pendidik seperti saya mengenali urusan hidup sebagai seorang yang bergelar pendidik.


Saya suka menceritakan segelintir kaum tersebut kepada sekolah..alahai cendiakawan lah kononnya sebab bergelar pensyarah maktab..mungkin kelulusan tu tinggi dari saya..Namun dalam banyak-banyak guru-guru di sekolah saya, ramai juga yang berijazah, yang ada master dan juga tengah dan masih lagi belajar.Namun golongan ini tidak lah menjadi pensyarah..semua mereka rajin beklerja walau ada yang mungkin meminta jawatan guru kerana tidak punya kerja lain, atau mungkin juga kerena memang dahulunya tak berpeluang nak jadi cikgu..namun sekarang mereka ini bergelar guru. Jadi guru-guru di sekolah saya ini ramai juga lah yang berijazah....sama sahaja dengan pensyarah maktab tadi....wah!!!!! golongan cendiakawan ...


Namun saya lihat golongan guru-guru ini alhamdulillah kerana bukan sahaja tidak bersikap sombong, namun baik dan menghormati golongan yang lebih berpengalaman dan mahu pula belajar.. tidak lah macam pensyarah maktab...!!!! kononnya orang lebih hormat kerana di panggil pensyarah maktab ...walau ramai yang belum ada phd..macam pensyarah universiti..namun mereka ini di beri gelaran pensyarah...!!!! tak apa lah itu rezeki nak jadi pensyarah...

Namun ada sesetengah golongan ini dtang kesekolah kononnya nak tunjuk pandai, silap sikit telefon guru, ugut guru kalau ambil tindakan kepada anak mereka...alahai pensyarah maktab!!! gamaknya anda dulu tak pernah kena dengan guru kah!!!!!kah..kah...kah alahai pensyarah maktab ..bukan nak buat program membantu anak-anak orang kampung dengan ada ribuan pelatih untuk di berikan sumbangan khidmat masyarakat,kepada masyarakat sekeliling, malah bukan main lagi tunjuk lagak kononnya bijak pandai !!!!!atau aturkan program percuma bersama penduduk kampung dan PIBG supaya ibu bapa lain dapat ilmu juga sama-sama dengan anak-anak anda...maklumlah anak pensyarah...pandai tuuuu..kah...kah...kah.....ugut-guru...kah...kah...kah..ugut guru..semua guru bahlol aku pandai ..maka kerana itu sedikit kesalahan guru aku mesti komplain...kah..kah...kah aku pensyarah yang ajar guru menjadi guru..


Di kawasan saya mengajar tidak jauh juga dari sekolah adalah UiTM, dan juga Politeknik,Maktab sebahagian dari pusat pendidikan di kawasan saya mengajar...wah !!!! cendiakawan Melyu makin ramai.Mungkin kerana dasar kerajaan gamaknya golongan ini di lantik atau atas merit atau bukan kerana merit atau memang bijak pandai...wah!!! tambah lagi golongan cendiakawan...


akan bersambung...................



Cerita ini di adaptasikan dari seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang terlalu hampir dengan maktab perguruan Tunku Bainon Mengkuang..tujuannya ialah supaya orang yang bergelar pensyarah ini membantu masyarakat dan kaum guru setempat agar dapat pula membimbing orang lain agar sama-sama menjadi sebuah sekolah yang baik. Menurut guru ini , sekolah ini adalah menjadi anak angkat kepada maktab terbabit.

Saturday, November 14, 2009

KEDUA-DUA MASALAH INI BERPUNCA DARI HISHAMMUDIN HUSSEIN YANG TAK BUAT KERJA SEMASA MENJADI MENTERI PELAJARAN

beradu said...
En. Azhar Aminuddin,Petikan dari tulisan saudara:Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah.Soalan:Si A:Sijil/diploma, 10 tahun berkhidmat:DG32:RM2416.06Si B:Sijil/diploma & Ijazah-menyahut seruan kerajaan,13 tahun berkhidmat(9 thn DG29, 4 thn DG41):DG41:RM2329.001.Pendapat saudara siapa sebenarnya lebih layak gaji lebih tinggi? 32 dengan 41 mana lebih tinggi?Petikan dari tulisan saudara:Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun.Soalan:Benarkah kakitangan awam lain 15 tahun? Cuba teliti gred gaji 'U'..kalau saya tak salah eja 'satu tahun' je dah layak dapat 44 dengan beberapa syarat yg ditetapkan.Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32.Sekadar renungan:Kalau kita tanya semut, apa rasa gula pasti semut akan kata manis.Tapi kalau kita tanya ikan bawal apa rasa gula, pasti pelbagai jawapan akan kita peroleh sbb persekitaran, kitaran hidup,pengalaman ikan bawal berlainan dengan semut.





azhar azminuddin said...
kepada siti dan beradu, saya bukanlah penulis di ruangan pendapat akhbar UM tu. Saya cuma copy dan paste di ruangan ini untuk dptkan maklumbalas dari semua. Saya juga dalam golongan 29/41 yang merasakan pegawai kanan berkenaan kurang pengetahuan tentang isu ini.
Thu Nov 12, 01:37:00 AM 2009


MENJADI TUKANG MENYOKONG DASAR INI ADALAH SESUATU YANG AMAT MEMALUKAN KERANA TIDAK TAHU ASAL USUL NAUN MENYOKONG DASAR YANG AMAT LEMAH INI................

Thursday, November 12, 2009

BETULKAH GURU AGAMA DIPINGGIRKAN???

Assalamualaikum semua......

Alhamdulillah saya berkesempatan menonton perlawanan akhir bola sepak piala malaysia semalam dan sempat bertemu dengan sahabat saya yang berasal dari negeri 9.Dalam perbualan dengan sahabat saya itu, beliau kini sedang berkhidmat sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah milik penuh kerajaan negeri sembilan.Saya bertanya tentang tangga gaji yang di berikan. dia jawab RM2000. saya tanya lagi, adakah dia mempunyai dploma pndidkan? dia jawab x der...saya terkejut. sebabnya secara realiti, berbanding dengan guru2 agama di negeri pahang ini, jauh bezanya.saya sangat terkilan.

saya ada seorang sahabat yang bekerja di salah sebuah sekolah agama di negeri pahang ini. saya tanya kawan saya tu, dia kata dia ada ijazah, saya tanya gaji berapa, dia kata RM800....tu pun bukan gaji tapi elaun.... rasa rasa pelik... saya tanya lg, kenapa 800 jer? dia jawab sebab aku x de diploma pendidikan...saya ttanya lg, dah berapa lama dah ngajar, dia kata 11 thn.....saya cuma nak bandingkan dengan kawan saya yang bekerja dengan kerjaaan di n9, macam ne kawan satu kat sana tu blh dapat gaji rm sampai 2000 sedangkan di negeri phg yg penuh dengan sumber asli dan kekayaannya ini, tidak dapat mengggaji guru agama seperti kwn saya td dengan tangga gaji yg sama.sy dengar jg cerita dr kkelantan, sorg guru agama d bwh kerjaan negeri dapat gaji mcm ijzah, wlaupun x der dloma pndidkan....saya kira ini cukup zalim.

rm800 sememangnya tidak cukup untuk biaya 1 bln. dgn bilnya, yurannya, keretanya, sewa rumahnya.....makannya...????sbb tu ada kawan saya yg lain pulak, saya tanya dia, kenapa keluar sekolah agama, kenapa pergi ke j-qaff??? dia kata, klu aku duduk ngajar kat sekolah agama ni, bile la aku nak pakai kereta, bila la aku nak kumpul duit nak khwin... katanya lagi, kat sek agama krjaan ngr phg ni, klu nak dapat tetap, kena tunggu lama, sampai setahun baru dapat tetap,.pastu klu nak naik pangkat, mesti ada pengalaman 10 thn mengajar.....lagi sekali saya rasa hairan...dan saya tetap kata ini adalah satu kezaliman!!!sememangnya org agama tidak mendapat pembelaan.!!! klu betul kerjaan negeri betul2 nk jaga guru2 agama, mesti semua ni x berlaku. saya cukup terkilan dengan apa yg berlaku.....sepatutnya kerjaaan neg mngambilm ini siatif utk menyelesaikan hal ini. guru2 ini bekerja sama dengan guru2 kementerian yg lain....masuk pg sama keluar ptg pun sama, tp gaji lain2.atau memang betul kerjaan negeri x der duit nak membiayai gaji guru2 agama...belalah mereka, mereka lah yg telah banyak membanting tulang utk melahirkan golongan yg berakhlak, ntah2 mereka juga yg mendidik anak2 pemimpin umno di sekolah2 agama d negeri ini......(SOURCE)Note:

MAMAT PUTARAYA DI HENTAM LAGI..NAK BODEK KOTTTTT

beradu said...
En. Azhar Aminuddin,

Petikan dari tulisan saudara:Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya.


Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah.Soalan:Si A:Sijil/diploma, 10 tahun berkhidmat:DG32:RM2416.06Si B:Sijil/diploma & Ijazah-menyahut seruan kerajaan,13 tahun berkhidmat(9 thn DG29, 4 thn DG41):DG41:RM2329.001.

Pendapat saudara siapa sebenarnya lebih layak gaji lebih tinggi? 32 dengan 41 mana lebih tinggi?Petikan dari tulisan saudara:Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun.Soalan:Benarkah kakitangan awam lain 15 tahun? Cuba teliti gred gaji 'U'..kalau saya tak salah eja 'satu tahun' je dah layak dapat 44 dengan beberapa syarat yg ditetapkan.Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32.Sekadar renungan:Kalau kita tanya semut, apa rasa gula pasti semut akan kata manis.Tapi kalau kita tanya ikan bawal apa rasa gula, pasti pelbagai jawapan akan kita peroleh sbb persekitaran, kitaran hidup,pengalaman ikan bawal berlainan dengan semut.
Thu Nov 12, 01:37:00 AM 2009


JANGAN LAYAN MAMAT NI.SAMA JA MACAM YANG ADA,KALAU TAK AMPU BOSS,AMPU SANA SINI.TU LA CIKGU..BUKAN NAK PERJUANGKAN UNTUK KAUM GURU DIHENTAMMNYA PULAK KAUM GURU.MACAM KERAJAAN DAN DUIT KERAJAAN MAK BAPAK DIA PUNYA

GURU BELUM PERNAH BERPIKET





GURU TAK PERNAH BERPIKET KAT MALAYSIA NI.SEBAB GURU MANDOM RAMAI...CUBA TENGOK DI INDIA.HAK CIKGU-CIKGU DIPERJUANGKAN BETUL-BETUL.KAT MALAYSIA...CIK MAN(BUKAN NAMA SEBENAR), KELUAR KEDAI KOPI PUN TAK PERNAH,JANGAN KATA ITU, PAGI PETANG HAYUN TELOQ JA KAT UMAH DENGAN ANAK BINI.MALAM JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT...HE..HE

HANG KEBUN JAWAB MAMAT PUTARAJAYA


Puan Sua,


Tolong maklumkan kepada:En. Azhar Azminuddin

Pegawai Kanan Kerajaan Putrajaya.


Berkaitan isu guru Dg29/41 yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 9/11/2009.Pihak guru DG29/41 sangat faham masalah yang mereka hadapi kerana masalah ini memang masalah yang mereka alami.Berdasarkan kenyataan dalam akhbar tersebut, saya dapati En. Azhar kurang faham tentang masalah guru DG29/41.


Ketidakfahaman tersebut mungkin disebabkan oleh:


1. mendapat input yang salah tentang kes guru DG29/41,


2. tidak membuat kajian yang terpeinci


3. Mendapat sedikit input tetapi telah terus membuat generalisasi secara keseluruhan4. Tidak merujuk kepada NUTP terlebih dahuluHarap Puan Sua dapat email En. Azhar untuk memberi penjelasan kerana kenyataannya itu disiapkan dalam akhbar utama dan dibaca oleh sebahagian besar rakyat terutamanya kakitangan awam.Sekian, terima kasih.
Tue Nov 10, 04:03:00 PM 2009
mazidul said...
1. memang mudah "pegawai kanan kerajaan" berkata sebab tidak kena pada batang hidung sendiri....2. Berkenaan time based...tidak semua jabatan kena tunggu 10 hingga 15 tahun...agak malang pegawai kanan kerajaan menulis mengikut "suka hati" beliau sahaja...buat pengetahuan semua, guru lah yang paling lambat boleh memohon time based..agak sedih dan malu apabila melihat artikel ini keluar dari pegawai KANAN kerajaan berkata begini...



HYA..HA..HA MAMAT DARI PUTRAJAYA ...HANG TAU MANA ADA JABATAN KERAJAAN LAIN NAK TUNGGU BERPULUH TAHUN NAK NAIK PANGKAT....NGOKKKK

HANG KEBUN JAWAB MAMAT PUTARAJAYA

Puan Sua,

Tolong maklumkan kepada:En. Azhar Azminuddin
Pegawai Kanan Kerajaan Putrajaya.

Berkaitan isu guru Dg29/41 yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 9/11/2009.Pihak guru DG29/41 sangat faham masalah yang mereka hadapi kerana masalah ini memang masalah yang mereka alami.Berdasarkan kenyataan dalam akhbar tersebut, saya dapati En. Azhar kurang faham tentang masalah guru DG29/41.

Ketidakfahaman tersebut mungkin disebabkan oleh:

1. mendapat input yang salah tentang kes guru DG29/41,

2. tidak membuat kajian yang terpeinci

3. Mendapat sedikit input tetapi telah terus membuat generalisasi secara keseluruhan4. Tidak merujuk kepada NUTP terlebih dahuluHarap Puan Sua dapat email En. Azhar untuk memberi penjelasan kerana kenyataannya itu disiapkan dalam akhbar utama dan dibaca oleh sebahagian besar rakyat terutamanya kakitangan awam.Sekian, terima kasih.
Tue Nov 10, 04:03:00 PM 2009
mazidul said...
1. memang mudah "pegawai kanan kerajaan" berkata sebab tidak kena pada batang hidung sendiri....2. Berkenaan time based...tidak semua jabatan kena tunggu 10 hingga 15 tahun...agak malang pegawai kanan kerajaan menulis mengikut "suka hati" beliau sahaja...buat pengetahuan semua, guru lah yang paling lambat boleh memohon time based..agak sedih dan malu apabila melihat artikel ini keluar dari pegawai KANAN kerajaan berkata begini...


HYA..HA..HA MAMAT DARI PUTRAJAYA ...HANG TAU MANA ADA JABATAN KERAJAAN LAIN NAK TUNGGU BERPULUH TAHUN NAK NAIK PANGKAT....NGOKKKK

PRESIDEN CEUPACS KECUT TELOQ

Dzulfikar Mashoor dan Mohd Hafeez Sabri


KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan."Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu."Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka." jelasnya."


Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."Tambahnya lagi, tindakan Najib menafikan hak CEUPACS itu turut dilakukan ke atas kerajaan negeri Kelantan, dalam isu royalti minyak."Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini," ujarnya.


"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."Beliau juga menyifatkan tindakan Najib enggan bersemuka dengan CEUPACS sebagai cubaan menyembunyikan fakta, sama seperti sikap Najib dalam kes pembunuhan gadis Mongolia."Saya juga lihat Najib cuba sembunyikan fakta yang perlu kakitangan kerajaan tahu, tidak kira sama ada kes rasuah (dan) ketirisan yang libatkan beberapa individu yang dekat dengan Najib, atau juga siapa bunuh Altantuya, semua nak tahu," jelas Khalid lagi."Itu (sembunyi fakta) yang sepatutnya dilihat sebagai suatu kesalahan tidak bermoral apabila seorang wartawan akhbar Perancis dedah gambar-gambar Najib bersama Altantuya yang saya lihat cuba disembunyikan.


"Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, Mahfuz juga menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (gambar) turut mendesak Najib menarik semula kenyataannya, yang dianggap menghina kakitangan kerajaan di negeri Perak sendiri.Menurut Abu Bakar, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mengalami difesit untuk tahun ke-12 tahun ini mungkin menjadi punca kerajaan tidak boleh melunaskan tuntutan CEUPECS itu, seperti yang yang didedahkan Penyarah Universiti Malaya Profesor Rajah Rasiah sebelum ini.Ujarnya lagi, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan kerajaan.



Terdahulu, beberapa media melaporkan Najib enggan bertemu CEUPACS dalam isu tuntutan bonus kakitangan kerajaan kerana mengganggap tuntutan tersebut sebagai tidak bermoral.Tindak tanduk Najib itu dipercayai bukan sahaja mencalar peribadinya, malah slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan




KAH...KAH...KAH CIKGU-CIKGU SAH TAK KATA APA......

Wednesday, November 11, 2009

ada sesiapa yang nak jawap mamat dari puitarajaya ni????

Ramai guru tidak faham dasar

Ketidakpuasan guru Gred DG 41 mengenai gaji guru Gred 32 telah berlarutan bertahun-tahun di akhbar, termasuk akhbar Utusan Malaysia. Kebanyakan para guru Gred DG 41 sebenarnya tidak tahu mengenai dasar kenaikan pangkat dan juga skim kenaikan pangkat anggota perkhidmatan awam Malaysia.

Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun.

Untuk makluman, Gred 32 dan Gred 38 adalah gred kenaikan pangkat bagi Gred 29 (berkelulusan diploma) sementara gred kenaikan pangkat bagi Gred 41 (berkelulusan ijazah) adalah Gred 44,48,52,54 dan seterusnya JUSA.

Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32.

Jangan bandingkan gred kenaikan pangkat iaitu Gred 32 dengan guru yang baru masuk kerja di Gred 41 atau guru GredGred 41 atau guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat atau tidak cukup servis dalam gred yang sama, sungguh pun guru baru itu bergred lebih tinggi. Semua pegawai di jabatan lain faham mengenai dasar tersebut kecuali kebanyakan para guru tidak faham.

Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah.

Isu yang timbul sebenarnya guru gred lebih rendah telah dinaikkan pangkat. Sudah semestinya guru gred lebih rendah yang telah dinaikkan pangkat, lebih tinggi gajinya daripada guru gred lebih tinggi yang baru berkhidmat.

Perlu diingat gaji maksimum guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat jauh lebih tinggi daripada gaji maksimum guru Gred 32 atau pun Gred 38.

Oleh itu saya mengesyorkan supaya para guru diberi kursus khas atau taklimat khas mengenai skim-skim mereka dan juga skim kenaikan pangkat dan gred-gred dalam perkhidmatan awam sebelum diserapkan menjadi guru. Pada saya sebagai kakitangan awam para guru mesti tahu mengenai skim tersebut dan tidak perlu menghebohkannya di akhbar. Kementerian Pelajaran adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tersebut kepada staf mereka, terutamanya para guru sebelum para guru itu menjadi guru sebenar di sekolah.

Saya berasa sangat hairan kerana isu ini sering didedahkan di akhbar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Pelajaran atau pun Institut Perguruan itu sendiri.

Cara yang paling baik dan berkesan untuk menerangkan mengenai skim ini kepada para guru adalah para Guru Besar atau Pengetua.

Pegawai Kanan Kerajaan

Putrajaya

UTUSAN MALAYSIA 9/11/2009

Guru Luar Bandar Mewah, Pelajar Lemah?

MOHON ampun maaf kepada guru-guru prihatin dan bertanggungjawab. Rasa syukur kehadrat Allah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada penjawat awam terutama kepada guru- guru yang mendapat banyak keistimewaan terutama guru-guru di luar bandar yang diberikan elaun sara hidup sehingga ribuan ringgit, selain dari gaji dan elaun yang sepatutnya diterima, yang tidak diberi kepada penjawat awam yang lain.


Keistimewan ini amat berpatutan memandangkan amanah yang dipertanggung jawabkan untuk mendidik anak bangsa. Kita amat berterima kasih kepada guru-guru yang memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah.


Walaubagaimanapun sehingga kini masih dalam persoalan KENAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI LUAR BANDAR JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING DI BANDAR?
Banyak persoalan timbul antaranya, Adakah pelajar luar bandar tidak minat belajar?. Adakah alat bantu belajar tidak lengkap, berbanding di bandar?.Adakah dipengaruhi oleh bangunan sekolah yang lebih indah?. Adakah guru di bandar lebih berkualiti berbanding diluar bandar?. Adakah pelajar diluar bandar otaknya kurang cerdas ?.


Banyak lagi persoalan timbul tetapi pengamatan yang dibuat melalui aduan ibu bapa dan murid sekolah, masalah ini bukan berpunca sepenuhnya dari minat, alat bantu dan bangunan, kerana semua para ibu bapa dan pelajar inginkan kejayaan.


Setiap tahun kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk kemajuan pendidikan luar bandar antaranya kerajaan memberi bantuan RMT, KWAMP, Pakaian Seragam, Alatulis, Kelas Tambahan, Makmal Komputer dan bermacam lagi.
Harus DIINGAT “Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian” tidak membezakan di bandar atau di luar bandar. Tidak dinafikan ramai pelajar luar bandar yang berjaya tetapi bilangannya amat sedikit.


Tahukah Anda? Antara sebab prestasi pelajar di luar lebih rendah berbanding di bandar kerana sikap guru di luar bandar itu sendiri iaitu :-
- Guru luar bandar tidak hadir ke sekolah sehingga berminggu-minggu.
- Guru menghabiskan masa bersembang di kantin sekolah.
-Guru mata pelajaran bukan teras tidak masuk ke kelas sehingga setahun persekolahan.
- Purata guru yang masuk ke kelas hanya dua orang sehari dan kadang kala tiada seorang pun yang masuk mengajar.
- Aktiviti ko-kurikolum diabaikan.
- Mengajar sambil lewa dan berseronok melayan SMS ketika berada di kelas
-Makmal komputer digunakan untuk bilik rehat guru dan melayar Internet tidak digunakan untuk pelajar, mempelajari penggunaan komputer.
- Guru sibuk mencari tambahan pendapatan semasa persekolahan.

Amat menyedihkan sekiranya aktiviti Ko-Korikulum dan mata pelajaran bukan teras diabaikan kerana akan menyebabkan pelajar luar bandar ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan berbanding pelajar di bandar.

Yang lebih menyedihkan sekolah-sekolah ini berhampiran dengan Pejabat Pelajaran Daerah [PPD], kenapa PIBG dan Wakil Rakyat membiarkan perkara ini? Kenapa Jabatan Pelajaran dan Kementerian membiarkan perkara ini berlaku, difahamkan ibu bapa yang membuat aduan hendaklah membuat surat kepada PPD, Ibu bapa tidak ada kemahiran menulis surat rasmi untuk membuat aduan, dikhuatiri pengadu dan anaknya akan mendapat kesan yang tidak baik dari pihak lain. Terimalah aduan ibubapa dengan cara yang lebih senang secara perjumpaan atau telefon, buat tinjauan dan siasatan.


Berjumpalah dengan ibubapa dan murid-murid sekolah bagi mengetahui perkara sebenar. Ikutlah saranan Pemimpin yang menggalakkan kita untuk turun padang. Bagi mengetahui permasalahan sebenar bagi membuat sebarang tindakan yang sewajarnya. Seringkali kita laungkan Salam 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Di mana kebenaran slogan yang kita laungkan ini?.


Wahai, para ibu bapa prihatin jangan berdiam diri, lihat, dengar dan nilailah pembelajaran anak kita di sekolah, agar mendapat pelajaran dan pengetahuan yang sewajarnya. Jangan biarkan masa depan anak bangsa kita terkorban, tampillah ke hadapan untuk mencegah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Jangan kerana guru itu penjawat awam, bangsa kita, kawan kita, berpengaruh dan sebagainya kita sanggup membiarkan keadaan ini berlaku.


Ingatlah! Wahai para pendidik kita diamanahkan untuk mendidik anak bangsa. Mereka ini seperti kain putih dan kitalah yang mencorakkannya. Sayangilah murid-murid kita, mereka inilah harapan Ibu Bapa, Bangsa, Agama dan Negara. Ingatlah,Kita akan dipertanggungjawabkan kepada amanah ini di hadapan Allah diakhirat kelak.


Salam Hormat Daripada,ANAK MALAYSIA (sabahkini)

Saturday, November 7, 2009

BUKAN BERBALAH BERBINCANG.KERAJAAN PATUT ADAKAN PERBINCANGAN DARI MASA KE SEMASA.

Henti berbalah isu pendidikan - PM


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIApengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak mahu melihat wujudnya perbalahan dalam masyarakat terhadap isu sistem pendidikan negara yang dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia.


Perdana Menteri berkata, ini kerana hasrat murni kerajaan melaksanakan sesuatu dasar boleh menjadi tidak bermakna langsung jika semua rakyat tidak bersedia menerima dan mengamalkannya.
"Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan bertentangan dan agak keberatan membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yang timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini," katanya di dalam blog www.1Malaysia.com.my.
Najib mengulas mengenai cadangan melaksanakan sistem sekolah satu aliran yang sebelum ini menerima pelbagai reaksi berbeza daripada banyak pihak.


Beliau berkata, sistem pendidikan negara akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila rakyat bersedia dan hanya jika ia dikehendaki oleh semua pihak.


Katanya, walau ke mana sahaja arah perbahasan mengenai isu tersebut, kenyataan yang perlu diterima semua pihak adalah sistem pendidikan negara telah digubal dari sudut pandangan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendidikan mereka di negara ini.
Menurutnya, ia merupakan satu harapan kepada rakyat selepas negara merdeka dan kerajaan yang memerintah telah pun mengambil tindakan berhubung apa yang menjadi hasrat semua rakyat itu.
"Sejak sekian lama dan hampir dalam setiap keadaan, isu berkaitan dengan sistem pendidikan yang ideal sentiasa dipolitikkan.
"Sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa kita semua mesti mencari keseimbangan.
"Marilah kita sama-sama beringat bahawa pada akhirnya, isunya adalah untuk memastikan supaya masa hadapan generasi kita, kepimpinan masa hadapan kita, berupaya mendapat pendidikan yang terbaik," katanya.


Kata Perdana Menteri, beliau telah mendengar ramai yang mahukan pertukaran kepada sistem sekolah satu aliran sebagai satu cara meningkatkan perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat.
"Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya," katanya.


Justeru, katanya, semua pihak perlu secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberi kebaikan kepada semua rakyat dan mendukung nilai-nilai yang dijunjung.
"Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi?
"Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu?" katanya.

Thursday, November 5, 2009

NI LA DIA.CIKGU YANG JAGA PERUT DAN DIBAWAH PERUT

Teacher hits lover in front of pupils


KUALA TERENGGANU: A teacher assaulted his girlfriend, who is also a teacher, in full view of her students after he suspected that she was cheating on him.

The 26-year-old allegedly assaulted the woman on two occasions in front of the students, threatened her at knife-point and stalked her when she was conducting classes at a primary school in Batu Rakit.

The victim, who is also 26, decided she had had enough and lodged a police report on Tuesday.

State CID chief Asst Comm Mohd Fauzi Abduri said that on Oct 26, the teacher invited the woman for lunch after classes to settle matters between them.

However, he stopped his car at Gong Badak stadium and started to hit her, causing the victim to suffer bruises.

He said since then, the teacher continuously intimidated the woman, pressuring her to reveal who she was seeing. He also assaulted the victim in her school compound.

ACP Mohd Fauzi said on Tuesday, the teacher again invited the woman for an outing but she refused to get into his car.

This angered the man who then dragged the victim into his car.

However, she managed to escape with a colleague’s help and lodged a police report in Batu Rakit.

He said based on the report, police detained the teacher at his home in Kamung Beladau Kolam here on Tuesday.





Wednesday, November 4, 2009

GURU 29/41-PERLU HANTAR APA???NUTP PERLU JELASKAN.....SESIAPA YANG TAHU SILA BERIKAN PANDANGAN UNTUK KAUM GURU

Kumpulan Guru DGA29/41


Saudara/ Saudari perlu sedari bahawa pihak NUTP telah berusaha
menyelesaikan masalah guru DGA29/41. Pihak kerajaan pun telah bersetuju
melaksanakan 7 + 3 untuk mengatasi masalah jurang gaji kumpulan guru ini.
Dalam pada itu, kita mesti sedari bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai
pelbagai kategori. Sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”
masalah tetap tidak akan selesai.Kita cuba menyelesaikan masalah kumpulan ini
secara berkelompok.


Antara masalah yang timbul kini :-
1. Terlepas DGA32 kerana tidak lulus PTK sebelum ke DG41.

2. Tidak mengambil peperiksaan PTK semasa mengikuti program PJJ/OUM
tetapi selepas itu terlewat.

3. Tarikh lantikan DGA32 ditawarkan lebih lewat dari tarikh lantikan DG41.
Kumpulan ini, Bahagian Sumber Manusia bersetuju NUTP kemukakan kes-kes
rayuan dengan kertas kerja.

4. Gaji guru DGA29/41 masih rendah walaupun telah ditawarkan 7 + 3
( kumpulan ini sila kemukakan surat kepada NUTP untuk buat kajian).

5. Sekumpulan masih menunggu giliran ditawarkan 7 + 3. Kumpulan ini diharap
bersabar kerana prosesnya berterusan tetapi Bahagian Sumber Manusia perlu
sedikit masa untuk menguruskan bilangan yang besar.

6. Kumpulan guru tarikh lantikan jatuh pada/sebelum 15.5.2008 dan ditawarkan
DG44 pada 16.5.2008 tidak menikmati 7 + 3 boleh menolak DG44 KUP saluran
ExPPPLD dan mohon saluran biasa KUP. 3 tahun ( pengalaman mengajar )
boleh digunakan untuk urusan DG44 ExPPPLD ke DG48.

7. Kemungkinan ada kes-kes yang kita masih tidak dapat kesan.
Harap beri respond.

Terima Kasih.

GURU JUGA HARUS DI PERSALAHKAN

KUALA LUMPUR-Guru-guru juga harus di persalahkan kerana dianggap masih takut untuk kehadapan.Walau mempunyai berbagai kesatuan,namun semua kesatuan dianggap tidak langsung berani untuk bersuara menyatakan bantahan dan kerana itulah, sebarang masalah yang dihadapi oleh kaum guru di anggap dan di pandang remah oleh kementerian pelajaran dan penggubal gaji termasuk kerajaan sendiri.

Guru-guru yang mempunyai seramai 360,000 oarang lebih diseluruh negara sepatutnya boleh bersatu dengan menulis semua artikel atau menghantar ke blog ini sebagai tanda bantahan.Walau punya kesatuan seperti KPPK yang banyak memperjuangkan kaum guru, namun kesatuan seperti tersebut akan sentiasa sahaja mendapat tentangan dan halangan kerana kaum guru sendiri yang masih berada diluar sana hanya tahu menjaga "perut dan di bawah perut masing-masing."

Asal dapat gaji, kerja mesti elok dan tidak berani ke hadapan menjadikan kaum guru sebagai kaum yang sentiasa sahaja di pinggirkan.Kebanyakkan persatuan yang mewakili kaum guru akan hanya mengikut telunjuk kerana seperti di cucuk hidung.Boleh di katakan lebih 7 bauh persatuan yang semuanya lena dan tidak hidup malah menjadi kuda tungangan,atau tidak berbuat apa-apa selain hanya menyokong apa yang disarankan menjadikan kaum guru di pandang rendah.Dulu , dizaman awal kemerdekaan, kaum guru berani tampil kehadapan,kaum guru penggerak kepada penulisan dan juga perjuangan politik,hari ini cuba kita lihat kaum guru....alahai...macam tak ada telor....nak hadir dengar ceramah pun takutttttttttt, takut kena tukar,takut...dan takut........

Maka kerana itulah gabungan dengan parti pembangkang adalah perlu kerana kita mengharapkan Pakatan Rakyat akan dapat membela kita dalam memperjuangkan taraf gaji yang berbeza,gaji guru yang menyambung pelajaran gaji lebih kecil dari yang punya ijazah, skim gaji yang berbagai di lihat tidak dapat membantu guru dan sistem kerja ,melindungi kaum guru dari ibu bapa yang berlagak sombong,pengetua ,guru besar yang menggunakan akal budi tanpa bicara.Kita mesti berani bertindak dan faham bahawa kita bekerja untuk rakyat dan bukan untuk pengetua dan guru besar,hak mengambil cuti,kecemasan anak-anak.

Ada di kalangan guru besar dan pengetua tidak membenarkan guru-guru yang menghadapi masaalah anak- anak memohon untuk pulang menjenguk anak tidak dibenarkan balik,kerani berlagak macam guru besar dan keras kepala.Kita mesti berani menyatakan dan membantah akan hal-hal seperti ini.Walau kecil guru makan hati.

Tugas pengerusi kelab guru harus di pikul oleh orang dan guru yang lebih berani membela guru.Yang menjadi masalahnya guru-guru wanita yang hanya tahu soal menjaga laki,makan minum ,anak-anak dan guru wanita di lihat lebih takut malah kalau guru lelaki takut,maka takutlah dan lemahlah perjuangan kaum guru.

Kepada yang mengesyorkan agar blog ini ditutup, elok cermin diri kerana anda juga penakut untuk memberikan sebarang pandangan yang benar-benar dapat mencelikkan kaum guru betapa mereka sedang di tindas oleh sisitem yang mereka sendiri takut untuk kehadapan.

NUTP BERJANJI UNTUK MENGHANTAR SEBERAPA SEGERA MEMORENDUM KEPADA KEMENTERIAN

Kepada Pembaca Blog

Saudara/Saudari,

Pihak NUTP telah membuat kajian mengenai pandangan dan masalah yang dikemukakan kepada NUTP.Didapati kumpulan guru DGA29/41 masih tidak puashati.Kami akan kemukakan semua luahan saudara/ saudari ke Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kadar segera.

1 comments:

beradu said...

Kepada Puan S.U.
Respon: Kemungkinan Ada Kes-kes yg Tidak Dapat Dikesan.
No.ahli 11-00147261

Guru A=
Posting 27.09.1999
Dilantik DGA6 17.01.2000
Lulus PTK1 aras 4 2004
Lulus PTK2 aras 4 2006
Lantik DG41 01.09.2008

Gaji:
1999 =784.00
2000 =917.00 pelarasan gaji 10% =1008.70 (P1T1)
2001 =1056.00 (P1T2)
2002 =1228.63 (P1T3)
2003 =1280.66 (P1T4)
2004 =1332.69 (P1T5)
2005 =1384.72 (P1T6)Lulus PTK
1468.21 (P2T6)
2006 =1552.66 (P2T7)
2007 =1577.11 (P2T8) pelarasan
gaji 1971.317 (P2T8)
2008 =2039.43 (P2T9) Lulus PTK
2155.93 (P3T9) dilantik DG
41 HKG 2329.00 (P1T8)
2009 =2419.45
2010 =2509.90
2011 =2600.35
2012 =2690.80
……………………………………………………………………………………………
GURU B=
Posting 17.01.2000
Dilantik DGA6 17.01.2000
Lantik DG32 2010
Lantik DG41 2010

Gaji:

2000 = 917.00 pelarasan gaji 10% =1008.70 (P1T1)
2001 =1056.00 (P1T2)
2002 =1228.63 (P1T3)
2003 =1280.66 (P1T4)
2004 =1332.69 (P1T5)
2005 =1384.72 (P1T6)
2006 =1436.75 (P1T7)
2007 =1488.78 (P1T8) pelarasan
gaji 1860.9 (P1T8)
2008 =1926.03 (P1T9)
2009 =1991.07 (P1T10)
2010 =2056.11 (P1T11)dilantik
DG32 2416.06 dilantik DG41 HKG 2600.35
2011 =2690.80
2012 =2781.70

Perbezaan antara Guru A dan Guru B

PERKARA GURU A GURU B

POSTING 27.9.1999 17.1.2000
LANTIKAN17.1.2000 17.1.2000
PTK 1 LULUS TIDAK
PTK2 LULUS TIDAK
PROGRAM PKPG PKPG/PJJ
2007 25% 25%
DG41 2008 2010
GAJI PADA 2010 RM2509.902 BAGI GURU A DAN RM2600.35 BAGI GURU B (Perbezaan RM 90.45)
7 + 3 2 tahun 3 tahun
DG44 2017 2018
GAJI2018 RM3433.83 3734.39 Perbezaan Rm300.56

ULASAN:
1. Guru A lebih awal dilantik ke DG41, juga telah lulus PTK dan berada ditangga gaji P3 semasa dalam DGA29 berbanding guru B. Namun, pada 2010 gaji guru A lebih rendah daripada guru B yang tidak pernah lulus PTK pada aras 4 dan lebih ‘junior’ 2 tahun dalam DG41 namun telah dilantik ke dg32 sebelum dilantik ke dg41.
2. Gaji guru A semakin jauh ketinggalan apabila kedua-dua guru telah berada dalam DG44 pada tahun 2018.
3. Perbezaan gaji ini akan lebih jauh sekiranya guru A tidak berada di tangga gaji P3 semasa di DGA29.