Wednesday, November 4, 2009

GURU JUGA HARUS DI PERSALAHKAN

KUALA LUMPUR-Guru-guru juga harus di persalahkan kerana dianggap masih takut untuk kehadapan.Walau mempunyai berbagai kesatuan,namun semua kesatuan dianggap tidak langsung berani untuk bersuara menyatakan bantahan dan kerana itulah, sebarang masalah yang dihadapi oleh kaum guru di anggap dan di pandang remah oleh kementerian pelajaran dan penggubal gaji termasuk kerajaan sendiri.

Guru-guru yang mempunyai seramai 360,000 oarang lebih diseluruh negara sepatutnya boleh bersatu dengan menulis semua artikel atau menghantar ke blog ini sebagai tanda bantahan.Walau punya kesatuan seperti KPPK yang banyak memperjuangkan kaum guru, namun kesatuan seperti tersebut akan sentiasa sahaja mendapat tentangan dan halangan kerana kaum guru sendiri yang masih berada diluar sana hanya tahu menjaga "perut dan di bawah perut masing-masing."

Asal dapat gaji, kerja mesti elok dan tidak berani ke hadapan menjadikan kaum guru sebagai kaum yang sentiasa sahaja di pinggirkan.Kebanyakkan persatuan yang mewakili kaum guru akan hanya mengikut telunjuk kerana seperti di cucuk hidung.Boleh di katakan lebih 7 bauh persatuan yang semuanya lena dan tidak hidup malah menjadi kuda tungangan,atau tidak berbuat apa-apa selain hanya menyokong apa yang disarankan menjadikan kaum guru di pandang rendah.Dulu , dizaman awal kemerdekaan, kaum guru berani tampil kehadapan,kaum guru penggerak kepada penulisan dan juga perjuangan politik,hari ini cuba kita lihat kaum guru....alahai...macam tak ada telor....nak hadir dengar ceramah pun takutttttttttt, takut kena tukar,takut...dan takut........

Maka kerana itulah gabungan dengan parti pembangkang adalah perlu kerana kita mengharapkan Pakatan Rakyat akan dapat membela kita dalam memperjuangkan taraf gaji yang berbeza,gaji guru yang menyambung pelajaran gaji lebih kecil dari yang punya ijazah, skim gaji yang berbagai di lihat tidak dapat membantu guru dan sistem kerja ,melindungi kaum guru dari ibu bapa yang berlagak sombong,pengetua ,guru besar yang menggunakan akal budi tanpa bicara.Kita mesti berani bertindak dan faham bahawa kita bekerja untuk rakyat dan bukan untuk pengetua dan guru besar,hak mengambil cuti,kecemasan anak-anak.

Ada di kalangan guru besar dan pengetua tidak membenarkan guru-guru yang menghadapi masaalah anak- anak memohon untuk pulang menjenguk anak tidak dibenarkan balik,kerani berlagak macam guru besar dan keras kepala.Kita mesti berani menyatakan dan membantah akan hal-hal seperti ini.Walau kecil guru makan hati.

Tugas pengerusi kelab guru harus di pikul oleh orang dan guru yang lebih berani membela guru.Yang menjadi masalahnya guru-guru wanita yang hanya tahu soal menjaga laki,makan minum ,anak-anak dan guru wanita di lihat lebih takut malah kalau guru lelaki takut,maka takutlah dan lemahlah perjuangan kaum guru.

Kepada yang mengesyorkan agar blog ini ditutup, elok cermin diri kerana anda juga penakut untuk memberikan sebarang pandangan yang benar-benar dapat mencelikkan kaum guru betapa mereka sedang di tindas oleh sisitem yang mereka sendiri takut untuk kehadapan.

No comments:

Post a Comment