Tuesday, November 17, 2009

CENDIAKAWAN MELAYU...ALAHAI

OLEH :

Shahrudin Kamarudin


Saya bukanlah seorang guru yang punya segulung ijazah dan panjang berjela,namun saya punya pengalaman mengajar dan nmemegang kelas sebagai seorang guru selama 20tahun.Namun dengan pengalaman tersebut , saya tidaklah bangga kerana ianya menjadi tugas saya yang lain juga untuk mendidik anak bangsa saya dan juga mendidik anak bangsa saya di kampung.Rata-rata pelajar saya adalah anak orang kampung dan ada yang datang dari berbagai lapisan masyarakat sekitar yang juga menpunyai berbagai tahap kelulusan .

Dalam segelintir ibu bapa ditempat saya mengajar , ada sedikit anak-anak pensyarah dari kawasan berhampiran yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut,iau sekolah ditempat saya mengajar.Wah!!!! hebat bila dengar naak pensyarah, bukan main lagi lah ...maklum dikawasan kampung disekitarnya,nak dikatakan kampung sebenarnya macam dikawasan ulu tembeling tidak lah juga, kerana kawasan tempat saya mengajar dan maktab tak sampai 2 kilometer pun...dekat sangat. pusat yang melatih kaum pendidik seperti saya mengenali urusan hidup sebagai seorang yang bergelar pendidik.


Saya suka menceritakan segelintir kaum tersebut kepada sekolah..alahai cendiakawan lah kononnya sebab bergelar pensyarah maktab..mungkin kelulusan tu tinggi dari saya..Namun dalam banyak-banyak guru-guru di sekolah saya, ramai juga yang berijazah, yang ada master dan juga tengah dan masih lagi belajar.Namun golongan ini tidak lah menjadi pensyarah..semua mereka rajin beklerja walau ada yang mungkin meminta jawatan guru kerana tidak punya kerja lain, atau mungkin juga kerena memang dahulunya tak berpeluang nak jadi cikgu..namun sekarang mereka ini bergelar guru. Jadi guru-guru di sekolah saya ini ramai juga lah yang berijazah....sama sahaja dengan pensyarah maktab tadi....wah!!!!! golongan cendiakawan ...


Namun saya lihat golongan guru-guru ini alhamdulillah kerana bukan sahaja tidak bersikap sombong, namun baik dan menghormati golongan yang lebih berpengalaman dan mahu pula belajar.. tidak lah macam pensyarah maktab...!!!! kononnya orang lebih hormat kerana di panggil pensyarah maktab ...walau ramai yang belum ada phd..macam pensyarah universiti..namun mereka ini di beri gelaran pensyarah...!!!! tak apa lah itu rezeki nak jadi pensyarah...

Namun ada sesetengah golongan ini dtang kesekolah kononnya nak tunjuk pandai, silap sikit telefon guru, ugut guru kalau ambil tindakan kepada anak mereka...alahai pensyarah maktab!!! gamaknya anda dulu tak pernah kena dengan guru kah!!!!!kah..kah...kah alahai pensyarah maktab ..bukan nak buat program membantu anak-anak orang kampung dengan ada ribuan pelatih untuk di berikan sumbangan khidmat masyarakat,kepada masyarakat sekeliling, malah bukan main lagi tunjuk lagak kononnya bijak pandai !!!!!atau aturkan program percuma bersama penduduk kampung dan PIBG supaya ibu bapa lain dapat ilmu juga sama-sama dengan anak-anak anda...maklumlah anak pensyarah...pandai tuuuu..kah...kah...kah.....ugut-guru...kah...kah...kah..ugut guru..semua guru bahlol aku pandai ..maka kerana itu sedikit kesalahan guru aku mesti komplain...kah..kah...kah aku pensyarah yang ajar guru menjadi guru..


Di kawasan saya mengajar tidak jauh juga dari sekolah adalah UiTM, dan juga Politeknik,Maktab sebahagian dari pusat pendidikan di kawasan saya mengajar...wah !!!! cendiakawan Melyu makin ramai.Mungkin kerana dasar kerajaan gamaknya golongan ini di lantik atau atas merit atau bukan kerana merit atau memang bijak pandai...wah!!! tambah lagi golongan cendiakawan...


akan bersambung...................



Cerita ini di adaptasikan dari seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang terlalu hampir dengan maktab perguruan Tunku Bainon Mengkuang..tujuannya ialah supaya orang yang bergelar pensyarah ini membantu masyarakat dan kaum guru setempat agar dapat pula membimbing orang lain agar sama-sama menjadi sebuah sekolah yang baik. Menurut guru ini , sekolah ini adalah menjadi anak angkat kepada maktab terbabit.

1 comment:

  1. Sekiranya seseorang mendabik dada dan mengaku dia yang paling pandai/bagus, maka bermulalah episod yang dia adalah paling bangang...

    ReplyDelete