Wednesday, November 11, 2009

Guru Luar Bandar Mewah, Pelajar Lemah?

MOHON ampun maaf kepada guru-guru prihatin dan bertanggungjawab. Rasa syukur kehadrat Allah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada penjawat awam terutama kepada guru- guru yang mendapat banyak keistimewaan terutama guru-guru di luar bandar yang diberikan elaun sara hidup sehingga ribuan ringgit, selain dari gaji dan elaun yang sepatutnya diterima, yang tidak diberi kepada penjawat awam yang lain.


Keistimewan ini amat berpatutan memandangkan amanah yang dipertanggung jawabkan untuk mendidik anak bangsa. Kita amat berterima kasih kepada guru-guru yang memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah.


Walaubagaimanapun sehingga kini masih dalam persoalan KENAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI LUAR BANDAR JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING DI BANDAR?
Banyak persoalan timbul antaranya, Adakah pelajar luar bandar tidak minat belajar?. Adakah alat bantu belajar tidak lengkap, berbanding di bandar?.Adakah dipengaruhi oleh bangunan sekolah yang lebih indah?. Adakah guru di bandar lebih berkualiti berbanding diluar bandar?. Adakah pelajar diluar bandar otaknya kurang cerdas ?.


Banyak lagi persoalan timbul tetapi pengamatan yang dibuat melalui aduan ibu bapa dan murid sekolah, masalah ini bukan berpunca sepenuhnya dari minat, alat bantu dan bangunan, kerana semua para ibu bapa dan pelajar inginkan kejayaan.


Setiap tahun kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk kemajuan pendidikan luar bandar antaranya kerajaan memberi bantuan RMT, KWAMP, Pakaian Seragam, Alatulis, Kelas Tambahan, Makmal Komputer dan bermacam lagi.
Harus DIINGAT “Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian” tidak membezakan di bandar atau di luar bandar. Tidak dinafikan ramai pelajar luar bandar yang berjaya tetapi bilangannya amat sedikit.


Tahukah Anda? Antara sebab prestasi pelajar di luar lebih rendah berbanding di bandar kerana sikap guru di luar bandar itu sendiri iaitu :-
- Guru luar bandar tidak hadir ke sekolah sehingga berminggu-minggu.
- Guru menghabiskan masa bersembang di kantin sekolah.
-Guru mata pelajaran bukan teras tidak masuk ke kelas sehingga setahun persekolahan.
- Purata guru yang masuk ke kelas hanya dua orang sehari dan kadang kala tiada seorang pun yang masuk mengajar.
- Aktiviti ko-kurikolum diabaikan.
- Mengajar sambil lewa dan berseronok melayan SMS ketika berada di kelas
-Makmal komputer digunakan untuk bilik rehat guru dan melayar Internet tidak digunakan untuk pelajar, mempelajari penggunaan komputer.
- Guru sibuk mencari tambahan pendapatan semasa persekolahan.

Amat menyedihkan sekiranya aktiviti Ko-Korikulum dan mata pelajaran bukan teras diabaikan kerana akan menyebabkan pelajar luar bandar ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan berbanding pelajar di bandar.

Yang lebih menyedihkan sekolah-sekolah ini berhampiran dengan Pejabat Pelajaran Daerah [PPD], kenapa PIBG dan Wakil Rakyat membiarkan perkara ini? Kenapa Jabatan Pelajaran dan Kementerian membiarkan perkara ini berlaku, difahamkan ibu bapa yang membuat aduan hendaklah membuat surat kepada PPD, Ibu bapa tidak ada kemahiran menulis surat rasmi untuk membuat aduan, dikhuatiri pengadu dan anaknya akan mendapat kesan yang tidak baik dari pihak lain. Terimalah aduan ibubapa dengan cara yang lebih senang secara perjumpaan atau telefon, buat tinjauan dan siasatan.


Berjumpalah dengan ibubapa dan murid-murid sekolah bagi mengetahui perkara sebenar. Ikutlah saranan Pemimpin yang menggalakkan kita untuk turun padang. Bagi mengetahui permasalahan sebenar bagi membuat sebarang tindakan yang sewajarnya. Seringkali kita laungkan Salam 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Di mana kebenaran slogan yang kita laungkan ini?.


Wahai, para ibu bapa prihatin jangan berdiam diri, lihat, dengar dan nilailah pembelajaran anak kita di sekolah, agar mendapat pelajaran dan pengetahuan yang sewajarnya. Jangan biarkan masa depan anak bangsa kita terkorban, tampillah ke hadapan untuk mencegah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Jangan kerana guru itu penjawat awam, bangsa kita, kawan kita, berpengaruh dan sebagainya kita sanggup membiarkan keadaan ini berlaku.


Ingatlah! Wahai para pendidik kita diamanahkan untuk mendidik anak bangsa. Mereka ini seperti kain putih dan kitalah yang mencorakkannya. Sayangilah murid-murid kita, mereka inilah harapan Ibu Bapa, Bangsa, Agama dan Negara. Ingatlah,Kita akan dipertanggungjawabkan kepada amanah ini di hadapan Allah diakhirat kelak.


Salam Hormat Daripada,ANAK MALAYSIA (sabahkini)

2 comments:

  1. Bhai...

    Wife gua mengajar di Sekolah Kebangsaan. Ajar Matematik dan Bahasa Melayu. Dua subjek teras. Lokasi di luar bandar.

    Gua tak setuju poit-point yang lu bagi kat atas tue,

    Ini kerana...

    1. Lu ader bukti ker yang guru luar bandar tak datang ke sekolah berminggu-minggu atau lu just buat assumption (atau dengar dari orang lain)

    2. Guru menghabiskan masa bersembang di kantin sekolah... Biar betul bhai... guru besar atau pengetua tak ambil tindakan ker... Lu jangan serkap jarang bhai.

    3. Guru bukan teras tak masuk ke kelas sehingga setahun.. biar betul nih.. cuba lu pointkan sekolah maner... sebab ... tak kan guru besar atau pengetua tak tahu...

    4. Purata guru masuk ke kelas tue pun gua saspek lu just buat assumption jer.... gua tak pernah tengok ader sekolah yang macam tue...

    5. Aktiviti ko-kurikulum diabaikan... pergh... cuba lu bagitau sekolah mana... sebab semua sekolah yang wife gua ngajar... aktiviti ko-kurikulum dier sampaikan cikgu yang sarat mengandung pun terpaksa handle perkhemahan dan sebagainyer .... biar betul bhai..

    6. Mengajar sambil lewa dan sibuk layan SMS ... errr.. yang ini kemungkinan berlaku tue memang ader... gua tak nak argue.. tapi setakat nie kat sekolah wife gua mengajar.. belum ader gua dengar lagi kes camnie...

    7. Makmal komputer jadi tempat lepak... itu memang ader .. tapi tak semua sekolah la.. yang biasa jadi tempat lepak kalu makmal komputer tue cikgu lelaki yang handle.... kalu cikgu perempuan... takdernyer....

    8. Cikgu sibuk cari pendapatan tambahan semasa persekolahan... yang ini biasa gua tengok... tapi tak ler seteruk kat pejabat kerajaan yang lain... sampai tak kira masa... kat sekolah biasanyer guru besar atau pengetua pantau benda nih... jadi susah skit la.. melainkan pada waktu nak balik sekolah tue... sementara tunggu husband ambik.... tapi gua rasa ini tak ganggu prestasi student..

    Apa-apa pun ... kalu student tue tak minat nak belajar (macam kat beberapa sekolah luar bandar yang pernah wife gua ngajar) ... buat macam mana pon takder efek la... panggil motivator pon tak laku...

    Kalu lu pernah ngajar kat sekolah OA (Orang Asli) ... tentu lu tau yang OA nie mai sekolah ikut suka mak bapak dier jer.... Sama gak kalu kes kat kawasan nelayan ... biasanyer budak nie maleh nak pi skolah..

    C++
    CipanTapirTenuk.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Saya nak tambah sedikit apa yg dikatakan oleh Anak Malaysia. Senarionya di sekolah rendah, begini:
    1 Pihak pentadbir di sekolah rendah(gb,pk-pk) yang jumlahnya 4 orang(?), tidak mengajar langsung. Mereka tu sibuk sangatlah barangkali, dengan tugas2 pentadbirannya. Kalau dipikirkan dengan pelajar tak sampai 1000 orang, apalah yg sibuk sangat sampai tiga/empat orang tak mengajar langsung?

    2 Saya malu bila rakan-rakan bukan guru menjaja di sana-sini akan perkara ini. Lebih aneh lagi, kalau kelas-kelas berbayar maka berebut pula mereka itu mahu mengajar. Mengapa begini?

    3 Sebut pasal duit guru2 sekolah rendah (bukan semua)cepat-cepat buka mata. Mengawas peperiksaan pmr spm stpm, rajin sekali. Pasar malam pun jadi. Jual buah pun tak apa. Direk seling dah pasti(guru perempuan). Jual insurans pun ada.Boleh, buat itu semua, tapi kalau sampai urusan sekolah menjadi hiraki no 2 atau 3, itu tak bolehlah. Ingat,masa kita di sekolah, katakan dari 730 pg hingga 1 ptg, sudah dibeli, dengan harga yg mahal kalau dihitung dalam RM/jam,oleh itu tak boleh ponteng-ponteng lagi sepanjang masa yg telah terbeli itu. Allah melihat apa yg kamu buat, kalaupun sesama manusia, kamu dah tak malu alah lagi.
    4 Dalam pemerhatian saya, guru di sk ni tak cukup duit kerana bergaya lebih. Lihatlah cara mereka berpakaian,huhhhh. Lihat kereta apa yg mereka pakai, huhhh. Apa lagi tak cukup duitlah, maka mulalah meraba-raba ke sana-sini.
    5 Tuan GB pula lagaknya lebih sibuk daripada KSU, KPM. Hingga tak berapa sempat berada di sekolah untuk melihat sama apa yg terjadi. Kalau 1 atau 2 hari seminggu dapat berada di sekolah dah cukup baik. Jangan begitu tn GB. Gagalnya satu sekolah itu, punca utamanya bermula dari pucuknya. Ikan membusuk bermula dari kepalanya.
    6 Tunggu sambungan.......

    ReplyDelete