Wednesday, September 25, 2013

Berita Baik!! : Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam.. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

Berita Baik!! : Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam.. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?


Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?
- berita semasa

Wednesday, September 11, 2013

TIDAK PERLU MINTA MAAF

 Tidak perlu Guru Besar atau Guru-guru meminta maaf.Biar mereka pilih sekolah yang mereka suka dan menganggap terbaik.Cari sekolah yang sesuai dengan kehendak sendiri. Malah kalau nak tunjuk pandai atau berlagak sangat.....biarkan mereka memilih sekolah yang boleh mengikut telunjuk mereka,Itu baru sikit, kalau banyak...adoiii lagi la pening kepala. Konnonya aducated..so ajar anak sendiri..

Ikut cakap puak-puak ni ...sampai bila pun cikgu-cikgu tak kena,ada saja...dah tu ..tunjuk pandai,bawa mulut...kononnya sayang, cium,..kat rumah ...dengan penyapu pun kejar anak.....so jangan percaya la...








Rakaman audio buktikan HM tak minta maaf'
 
Rakaman audio pertemuan antara guru besar SK Seri Pristana dan ibu bapa murid, mendedahkan bahawa tiada permohonan maaf dibuat, kata seorang kakitangan sekolah tersebut.

Semua akhbar silap, kata kakitangan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan. "Rakaman itu boleh membuktikan bahawa guru besar tidak meminta maaf."

Perkara yang sama turut dinyatakan oleh pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hussein Mohd Ariff, yang turut hadir dalam pertemuan pada hari Isnin itu.

"Setakat yang saya ingat, guru besar tidak meminta maaf... mungkin ibu bapa salah faham," Hussein kepada Malaysiakini.

Semalam, setiausaha Malaysian Tamilan Today, K Gunasekaran mendakwa beliau telah diberitahu oleh ibu bapa bahwa guru besar, Mohd Nasir Mohd Nooh, telah meminta maaf kepada mereka kerana murid makan dalam bilik persalinan semasa waktu rehat pada bulan Ramadan.

Sekolah rendah di Sungai Buloh itu mendapat perhatian selepas gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan muncul di Facebook.

Apabila perkara itu mendapat bantahan awam, ibu bapa yang mendedahkan kejadian itu mengadu bahawa anak-anak mereka telah menjadi sasaran para guru.

Tuesday, September 10, 2013

RANKING UNIVERSITI KITA JATUH MERUDUM

Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:


UniversitiRanking 2012Ranking 2013
UM156167
UKM261269
USM326355=
UTM358355=
UPM360411-420
UIA401-450501-550
UiTM601+701+

Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).

Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:

1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan

2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia

3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya

4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan

5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

PBS menyusahkan guru – Idris Jusoh

PBS menyusahkan guru – Idris Jusoh

Hari ini heboh tentang ranking universiti-universiti di Malaysia jatuh merudum melalui senarai yang dikeluarkan World University Rankings 2013/14 namun Menteri Pendidikan II,  Idris Jusoh nak menjadikan sekolah Malaysia satu pertiga terbaik di dunia.

“Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia,” katanya program Bicara Minda yang bertajuk ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif’ hari ini.

Sebelum itu dia mengakui sistem penilaian PBS mempunyai kelemahan dan ia menyusahkan guru.
“Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru. Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Menyusahkan tetapi tetap akan diteruskan!!