Sunday, March 7, 2010

TENGOKKK......CIKGU TAK BUKA MATA.HARAP CIKGU YANG MANDOM ASYIK TUKAR KETA DAN JAGA PERUT SENDIRI.

SHAH ALAM, 8 Mac: Enam sekeluarga yang menyertai perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menerima penghargaan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMI) dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP semalam.

Ismadei Sahnam mewakili isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka iaitu Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial yang hadir ke majlis berkenaan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, menerima cenderahati daripada Pengerusi GMP, Dr. Hassan Ahmad.

Gambar keluarga berkenaan sewaktu berarak ke istana negara pada 7 Mac 2009 itu dirakamkan jurugambar akhbar rasmi PAS, Harakah, Wan Zahari Wan Salleh yang turut menerima penghargaan daripada GMP.

Sambil mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan, Hassan juga percaya banyak lagi keluarga yang turun meyertai himpunan tahun lalu yang disifatkan sebagi berjaya.

Ismadie yang ditemui selepas itu berkata, beliau dan keluarga tidak menyangka akan menerima penghargaan sedemikian rupa daripada GMI kerana beliau dan isteri membawa anak-anak ke perhimpunan bersejarah itu semata-mata untuk bersama-sama rakyat menzahirkan bantahan terhadap dasar berkenaan.

Akhbar Harakah keluaran minggu lalu sekali lagi menyiarkan gambar mereka sekeluarga sebagai makluman mereka dijemput menghadiri majlis hari ini.

"Saya memang terkejut apabila kawan menghubungi saya baru-baru ini, bagitahu gambar keluarga saya semasa himpunan (anti-PPSMI) tahun lepas keluar Harakah dan pihak Harakah minta saya menghubungi mereka. Saya tidak sangka kami menerima penghargaan ini hari ini," ujarnya.

Isterinya pula, Nor Asyikin berkata, suaminya selalu membawa beliau dan anak-anak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat dan mereka mendapat maklumat mengenai himpunan tersebut sewaktu mengahdiri ceramah di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar.

Atas rasa kesedaran perlunya membantah dasar PPSMI, beliau tidak keberatan membawa anak-anak menyertai himpunan tersebut sehingga terkena semburan gas pemedih mata.

"Kami memang selalu pergi program-program Pakatan Rakyat. Kebetulan dapat maklumat pasal himpunan anti PPSMI masa ceramah di Taman Melewar. Kami terus nekad menyertai himpunan itu bersama anak-anak," ceritanya.

GMP mengambil inisiatif mengadakan majlis berkenaan supaya rakyat tidak lupa mengenai perjuangan mereka mendesak kerajaan memansuhkan dasar yang meminggirkan bahasa ibunda itu.

Pengerusi GMP, Hasni Abas yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkata, GMP akan terus menuntut kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang dijanjikan.

"Kita akan terus berjuang agar kerajaan memansuhkan dasar ini. Kalau kerajaan mungkir janji, kita tak akan teragak-agalk untuk turun ke jalan raya sekali lagi. Semangat kita masih sama seperti setahun yang lalu," katanya di hadapan kira-kira seratus pencinta bahasa yang hadir termasuk seniman-seniman yang mewakili Gerakan Budayawan Bertindak, Dinsman dan Pyan Habib.

Manakala selain Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, pejuang-pejuang anti PPSMI yang hadir ialah Naib Pengerusi GMP, Prof Dr. Abdullah Hassan, Prof Sharil Muhd Zain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

Pada majlis itu juga, buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak Menyokong Perjuangan A. Samad Said dilancarkan oleh Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.

Buku berkenaan mengandungi 29 himpunan esei antaranya tulisan A. Samad Said sendiri, veteran PAS, Abdul Shukur Harun, kolumnis Lee Ban Cheng, pensyarah Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, dan lain-lain lagi.

Di permulaan majlis, hadirin dihidangkan dengan tayangan video sekitar himpunan yang berjaya mengumpulkan lebih 100,000 rakyat dari seluruh negara tahun lalu, terbitan TVPAS.com.

Majlis berkenaan juga bukan sekadar majlis biasa, kerana turut disertakan dengan sesi dialog dan perkongsian pendapat oleh para aktivis serta cendekiawan Melayu dalam mencari rumus lanjutan supaya dasar PPSMI boleh dimansuhkan lebih awal dari tahun yang dijadualkan.

Pada 7 Mac tahun lalu, GMP berjaya menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada pihak Istana Negara setelah melalui pelbagai halangan termasuk semburan gas pemedih mata dan meriam air daripada pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

No comments:

Post a Comment