Tuesday, December 22, 2009

52 TAHUN MASIH BELUM MAMPU BINA SEKOLAH UNTUK SATU SESSI

Rahman mahu sistem satu sesi disegerakan

IPOH 22 Dis. - Kerajaan disaran segera melaksanakan sistem persekolahan satu sesi demi memantapkan proses penyediaan modal insan negara yang berkualiti menjelang 2020.

Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, sistem persekolahan satu sesi yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang mesti diberi perhatian serius kerana tempoh menuju status negara maju semakin singkat.

''Kita mahu mencapai status maju dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Tiada satu pun negara maju di dunia ini yang mengamalkan sistem dua sesi seperti diamalkan negara sekarang.

''Sistem persekolahan kita mempunyai dua sesi kerana faktor sejarah berikutan pada awal kemerdekaan negara kita tidak cukup sekolah, tapi itu cerita 52 tahun dulu, keadaan sekarang sudah jauh berubah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga Pro-Canselor UPSI berkata, menerusi sistem sekolah satu sesi, pelajar dan guru boleh menjalankan kegiatan akademik dan kokurikulum sepanjang waktu sekolah.

Kata beliau, menerusi cara itu, cuti hujung minggu pelajar dan guru tidak akan terganggu dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sebagaimana diamalkan sekarang.

Jelasnya, dengan jadual waktu yang panjang, kelas agama dan bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil boleh diwujudkan untuk dipelajari pelajar tanpa mengira kaum.

''Idea sekolah satu sesi itu juga bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang sedang dipromosi kerajaan sekarang.

''Bagaimanapun idea ini hanya dapat direalisasikan dengan perancangan rapi dan komitmen kerajaan dan semua pihak terlibat," katanya.

DUIT BANYAK KELUAR UNTUK BUAT SEMUA INI.TAK MASUK PUN.....

No comments:

Post a Comment