Wednesday, December 23, 2009

KISAH GURU BESAR YANG MULA MENGADA

KISAH GURU BESAR YANG MULA MENGADA

OLEH:Amirulmukminin



Sessi persekolahan makin hampir untuk dibuka.Lebih kurang 10 hari lagi.Maka bermulalah episod bermesyuarat bagi semua sekolah sebagai persediaan untuk menerima murid-murid baru,mengemaskini watak-watak tenaga pengajar dan yang penting menerima guru-guru baru dan murid-murid baru bagi sessi persekolahan 2010.

Dalam kesibukan ada sebuah sekolah yang begitu awal melakukan mesyuaratnya.Sejak minggu ini sudah 2 kali mesyuarat di adakan dan guru-guru pula di kerah pada minggu ini kerana di katakan telah lama bercuti.Memanglah inilah hak cikgu bercuti , apa salahnya dan dimana opula salahnya guru bercuti??adakah dengan bercuti ini menjadikan satu kesalahan dan dimana pula letaknya kesalahan atau akta mana pula yang digunapakai oleh guru besar dan pegetua tadi untuk melarang guru bercuti???


Tidak mengapa kerana memandangkan guru pun mungkin sudah lama bercuti, atau kesenangan sebagai guru biasa sahaja yang di anggap sebagai satu anugerah juga berbanding dengan mereka yang menjadi guru besar dan memegang tugas mereka menjadi guru besar mahukan yang terbaik untuk sekolah.Mana tahu akan mendapat anugerah guru cemerlang pula, dan inilah yang berlaku pada sekolah ini apabila gurubesarnya mendapat anugerah guru cemerlang DG38 ..wah...satu anugerah yang jarang-jarang di dapati oleh guru-guru besar yang lain.

Mungkin juga kerana semua permainan dan juga sukan di peringkat sekolah rendah di bolotnya.Bolasepak...sebut sahaja...... wah seantario Pulau Pinang tahu sekolah ini melahirkan pasukan bola sepaknya yang menjangkau ke tahap pasukan kebangsaan.,sebuat sepaktakraw juga ia menjadi sebutan sejak lama menjadi johan..begitu juga dengan bola balingnya....maka kerana itu memang layakkalah sekolah ini mendapat seorang guru besar yang layak mendapat anugerah guru besar cemerlang...

Namun hakikatnya guru-guru yang menjalani latihan dan menerima seadanya apa yang diarahkan ini belum tentu di berikan guru cemerlang.Hatta menjadikan sekolah terkenal dan banyak pula berita yang masuk kedalam dada-daada akhbar namun tidak juga mendapat apa-apa kerana kerja guru hanya untuk menaikkan nama sekolah dan meganggkat nama guru besar tadi menjadi guru besar cemerlang.

Esok lusa pastinya akan diadakan lagi mesyuarat...mesyuarat malah mesyuarat yang mana membauat ramai guru-guru merasakan tertekan.Maka kerana itulah guru-guru menggelar bahawa sekolah ini patut di tukarkan kepada SKM atau Sekolah Kuat Mesyarat.Pernah 2 tahun lepas meletup dimana guru-guru mula membantah akan cara mesyuarat yang terlalu kerap di adakan .Pertamanya sama ada guru besar ini tidak cekap untuk mentadbir atau pun guru besar ini terlalu tamak akan bidang kuasanya sehingakan tidak ada guru penolong yang boleh di bahagikan kuasanya untuk sama-sama mentadbir.

Kini sessi tahun hadapan bermula..langkah terbaru dan terkini ialah guru-guru hendaklah memakai blazer di pagi perhimpunan..guru menerima kerana mengangap ini sebagai satu budaya untuk menjadikan atau melihat bahawa budaya 1 Malaysia yang beliau kagum ini berjalan dengan baik.guru menerima juga dengan baik..

Namun dalam satu paraturan baru yang di perkenalkan ialah setiap kali perhimpunan murid-murid mestilah menjemput beliau di pagi isnin ,jika tidak beliau tidak akan turun untuk ke perhumpunan pagi.Inikah budaya guru besar cemerlang tadi??di mana rasionalnya guru besar tadi mengarahkan anak murid menjemput beliau setiap hari Isnin dan dalam sekolah kawalan beliau,yang beliau sendiri tahu, bahawa beliau adalah ketua jabatan,perlu murid menjemput beliau di setiap perhimpunan pagi??adakah ini sikap seorang ketua jabatan??di bawah kawalan beliau sebagai ketua jabatan,dan kini beliau menjadi semakin angkuh??adakah sikap angkuh ini di lihat sebagai satu contoh teladan kepada guru dan juga anak didik??sombong namanya jika di katakan mempunyai guru besar yang cemerlang namun punya sikap angkuh.jadilah resmi padi semakin berisi semakin tunduk.Tidak malukan beliau di mana di bawah beliau sebarisan guru siswazah yang melihat budaya ini adalah budaya seorang yang angkuh ?cetek ilmu namun berbudaya tidak seperti seorang ketua yang bertangungjawab???


APABILA DIHUBUNGI OLEH EMAIL BERTANYAKAN SESUATU,GURU INI MENJELASKAN BAHAWA BELIAU AKAN MEMEBAWA KES INI KE NUTP DIMANA BUDAYA MENJEMPUT DAN BERMESYARAT YANG TERLALU KERAP DIANGGAP MELANGAR HAK GURU-GURU KERANA MENGGANGU TUGAS.

BELIAU JUGA MENDAKWA BUDAYA MENJEMPUT GURU BESAR DI PEJABAT DAN JIKA TIDAK DIJEMPUT,GURU BESAR TADI TIDAK MAHU TURUN KEPERHIMPUNAN PAGI DI LIHAT SEBAGAI ANGKUH DAN TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU DIMANA BELIAU SEBAGAI KETUA TIDAK PERLU DIJEMPUT.

HA...HA...HA..PA NUTP BOLEH BUAT??????????????????????




BERI PANDANGAN ANDA JIKA PERKARA INI BERLAKU KEPADA ANDA DAN MUNGKIN JUGA ADA IDEA YANG BAIK UNTUK GURU SEKOLAH BERKENAAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG BERSESUAIAN.

1 comment:

  1. Sekolah aku biasanya mula mesyuarat pada minggu pertama cuti dan 2 minggu terakhir cuti=3 minggu cuti tu cikgu bekerja.
    Tp tahun 2009 minggu pertama cuti tu tidak diganggu kerana guru besar ada kenduri kawin anak dia.Yg x sedapnya 2 minggu akhir cuti tu cikgu2 kena pergi sekolah dari 8.00 hingga 4 kerana nak cover seminggu yg awal cuti tu.
    lepas bukak sekolah 2 minggu pertama masih lagi mesyuarat setiap hari sampai petang.
    4 minggu mesyuarat...2010 2 kali sabtu dalam sebulan cikgu kena kerja.

    ReplyDelete