Thursday, December 3, 2009

Kumpulan Guru DGA29/41

Saudara/ Saudari perlu sedari bahawa pihak NUTP telah berusaha

menyelesaikan masalah guru DGA29/41. Pihak kerajaan pun telah bersetuju

melaksanakan 7 + 3 untuk mengatasi masalah jurang gaji kumpulan guru ini.

Dalam pada itu, kita mesti sedari bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai

pelbagai kategori. Sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”

masalah tetap tidak akan selesai.Kita cuba menyelesaikan masalah kumpulan ini

secara berkelompok.

Antara masalah yang timbul kini :-

1. Terlepas DGA32 kerana tidak lulus PTK sebelum ke DG41.

2. Tidak mengambil peperiksaan PTK semasa mengikuti program PJJ/OUM

tetapi selepas itu terlewat.

3. Tarikh lantikan DGA32 ditawarkan lebih lewat dari tarikh lantikan DG41

Kumpulan ini, Bahagian Sumber Manusia bersetuju NUTP kemukakan kes-kes

rayuan dengan kertas kerja.

4. Gaji guru DGA29/41 masih rendah walaupun telah ditawarkan 7 + 3

( kumpulan ini sila kemukakan surat kepada NUTP untuk buat kajian).

5. Sekumpulan masih menunggu giliran ditawarkan 7 + 3. Kumpulan ini diharap

bersabar kerana prosesnya berterusan tetapi Bahagian Sumber Manusia perlu

sedikit masa untuk menguruskan bilangan yang besar.

6. Kumpulan guru tarikh lantikan jatuh pada/sebelum 15.5.2008 dan ditawarkan

DG44 pada 16.5.2008 tidak menikmati 7 + 3 boleh menolak DG44 KUP saluran

ExPPPLD dan mohon saluran biasa KUP. 3 tahun ( pengalaman mengajar )

boleh digunakan untuk urusan DG44 ExPPPLD ke DG48.

7. Kemungkinan ada kes-kes yang kita masih tidak dapat kesan.

Harap beri respond.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment