Tuesday, December 1, 2009

GAMAKNYA RAMAI GURU LELAKI MANDOM...SEBAB INILAH..DIKELILINGI WANITA..TETAPI SYABAS JIKA ADA LELAKI YANG TAK MANDOM

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan penjelasan mengenai insentif khusus yang diberikan kepada guru wanita dalam perkhidmatan mereka.Abdul Hadi sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, guru wanita berperanan secara khusus dalam aspek pendidikan dengan sifat, tabiat dan naluri kewanitaan yang ada pada mereka namun dalam masa yang sama mereka juga berperanan dalam membentuk dan mendidik keluarga."Apakah insentif yang diberikan kerajaan terhadap tugas mereka yang besar dan apakah ruang-ruaang yang sepatutnya diberi supaya mereka berjaya dalam kerja dan keluarga bahagia?"soalnya.



Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya berkata, Kementerian menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru wanita terhadap keluarga. Oleh itu, KPM sentiasa menjaga kebajikan guru wanita seperti menyediakan pusat asuhan untuk anak-anak mereka.


Berkenaan insentif pula, KPM menyediakan satu skim yang sama kepada guru lelaki dan wanita berdasarkan mutu perkhidmatan dan juga khidmat cemerlang yang ditunjukkan manakala dari segi kenaikan pangkat, tiada diskriminasi gender."Kita sedar guru wanita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga.Sebab itulah kita sentiasa menjaga kebajikan guru wanita contohnya keperluan untuk mengadakan program asuhan kepada anak mereka," katanya.


Sebelum itu, Abdul Hadi meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar.Wee Ka Siong memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:Bagi sekolah rendah guru lelaki ialah seramai 67947 manakala guru perempuan ialah seramai 151,819.


Bagi sekolah menengah guru lelaki ialah seramai 53825 manakala guru perempuan ialah seramai 112,440 Jumlah keseluruhan guru lelaki ialah 121,772 manakala guru perempuan 264,259KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.



Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.

No comments:

Post a Comment