Warga IPGM |
Demi kepentingan warga pendidik, saya ingin mengutarakan satu perkara yang menjadi isu hangat dalam kalangan kami buat masa ini iaitu kepupusan elaun tuntutan perjalanan. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan warga IPG (dulunya Maktab Perguruan) terlibat secara aktif dalam tugas pemantauan praktikum yang sedang berlangsung sekarang. Setiap pelajar akan diselia oleh pensyarah IPG tidak kurang dari enam kali untuk subjek major dan minor. Dengan kedudukan ekonomi sekarang, setiap pensyarah IPG hanya dibenarkan menyelia dua kali sahaja daripada enam sebelum ini atau dalam ertikata yang lain perlu menyelia enam kali tetapi tuntutan hanya dua kali. Ini berpunca daripada kesempitan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Pelajaran. Sebagai warga IPG, saya amat khuatir atas hasrat Perdana Menteri sendiri dalam merealisasikan keberhasilan enam aspek dalam NKRA iaitu antaranya dalam bidang pendidikan. Bagaimana sesuatu keberhasilan akan dicapai apabila aspek penyeliaan dan pemantauan ini dihadkan? Ini kerana kualiti bakal guru bergantung kepada diri guru itu sendiri dan juga aspek bimbingan daripada mentornya. Keterbatasan mentor untuk membimbing menteenya akan menjadi penyebab kepada kegagalan untuk mencapai tahap kualiti yang disasarkan. Ketidakupaya mentor memantau dan membimbing dikhuatiri akan diambil kesempatan oleh pelajar kerana pelbagai kesan negatif boleh terjadi. Bayangkan mereka yang menjalani latihan selama hampir tiga bulan di sekolah dengan hanya dua kali pemantauan. Satu lagi yang memeritkan ialah kami para pensyarah terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk keluar membimbing dan memantau pelajar sedangkan keupayaan kewangan kami juga terbatas untuk menampung jumlah perjalanan yang tinggi hingga mencapai ratusan kilometer. Apakah senario ini tidak menjejaskan aspek keberhasilan? Oleh itu, saya amat berharap agar isu ini diberi perhatian oleh pihak berkaitan supaya hasrat Perdana Menteri yang ikhlas itu tidak diselewengkan dan yang maha penting tolong jangan kami diperbodohkan lagi. |
Friday, February 19, 2010
ADA PENSYARAH YANG MASIH BODOH???JADI PENSYARAH KACAU CIKGU AJAR ANAK SENDIRI.ADA YANG MERASAKAN JADI PENSYARAH SUDAH HEBAT....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment