SEKOLAH PRESTASI TINGGI TARAF DUNIA!!!! Posted on Sunday, February 07 @ 07:59:38 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper |
Oleh: genken
"Tak fikir rasa tak boleh, tapi kalau fikir letih otak jadinya apabila memikirkan nasib anak-anak bangsa yang akan dibebankan dengan “benda-benda” yang kononnya glokal oleh sistem bawaan UMNO atas nama Perdana Menteri Najib atau Perdana Menteri sebelumnya. Terbaru ialah sistem (dasar) baru pula diperkenal oleh Menteri Pendidikan untuk sekolah iaitu Sekolah Berprestasi Tinggu...BERTARAF DUNIA. Ohhhh TARAF DUNIA!!!!
Sambungan di bawah ialah sedikit maklumat berkenaan Sekolah Berprestasi Tinggu...BERTARAF DUNIA yang diwar-warkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. ......
http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru./v2/muatturun/kertas%20cadangan%20HSP.pdf
http://www.gpbsmkap.blogspot.com/ . http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm atau di sini http://matangbestari.wordpress.com/2010/01/27/sbt-iktiraf-sekolah-negara-ke-taraf-dunia/ .
Agaknya Pemimpin atau Pentadbir kini sudah berada ditahap psychotic bercirikan grandiosity bercakap irrelevant dan tak pernah coherent yang mana diagnosisnya ialah schizophreniea...GILA. Ini tidak keterlaluan kerana rakyat kini berdepan dengan tayangan drama fitnah BERTARAF DUNIA yang menunjukkan kumpula ini sudah mencapai tahap gila maksimum iaitu depressive psychotic...JADI BATANG KAYU MATI tapi tak boleh kebumi.
Sakit perut rasa macam nak berak ceret apabila tertengok saja perkataan BERTARAF DUNIA dalam dasar Sekolah Berprestasi Tinggi yang dilancarkan itu. Tak tahulah sekolah mana yang dijadikan tanda aras. Mungkin adalah tu pegawai-pegawai atau pentadbir pergi melawat atau sambung belajar di luar negara yang sudah tamat memberikan idea Sekolah Berprestasi Tinggi ditempat mereka lawat atau ditempat mereka kutip data di luar negara, itu pun jika betul begitu, ramainya ialah bawa data dari Malaysia tempat mereka berkerja dan tulis tesis di luar negara. Ini satu lagi masalah........nanti kita bincang kemudian.
Terkejut berutlah tu agaknya apabila melihat sekolah orang lain di negara lain seperti di England, Amerika atau Jepun. Ini bukan rekaan tetapi sila lawat link ini http://www.gpbsmkap.blogspot.com/ betapa sekolah-sekolah di Amerika dijadikan contoh sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah di negara maju mempunyai peruntukan seperti satu kementerian di Malaysia. Tetapi peruntukan sekolah di malaysia secubit taik hidung saja.
Dicadangakan supaya Sekolah Berprestasi Tinggi ini ambil beberapa orang yang BERTARAF DUNIA seperti anak Maidin (anak Mamak yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) yang berenang selat inggeris, angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar (anak Arab yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) yang naik ke stesen angkasalepas atau Mahathir (anak Kutie yang mengharamkan UMNO tetapi mendapat untung dari UMNO(baru) yang ditubuh olehnya sendiri serta mendapat nikmat atas hak keistimewaan orang melayu) bekas perdana menteri yang BERTARAF DUNIA fitnahnya itu sebagai lembaga penasihat atau pengerusi sekolah yang mendapat taraf dunia Sekolah Berprestasi Tinggi itu.
Janganlah pulak ada Sekolah Berprestasi Tinggi melantik penghulu yang tak lulus SRP sebagai pengerusi PIBGnya. Kemudian ibu-bapa lulusan professional perlu memohon tandatangan penghulu berkenaan untuk dapatkan pinjaman buku untuk anak-anak mereka di Sekolah Berprestasi Tinggi itu nanti.
Sebaliknya kesian sungguh anak-anak orang melayu kerana dibuai dengan dasar retorik yang tidak “genuine” ini. Nanti dan tunggulah, pihak yang menjadi mangsa kepada dasar terkejut beruk ini adalah anak-anak orang melayu sendiri. Anak-anak bukan melayu tetap dengan sekolah mereka yang penuh kelengkapan dan selesa. Manakala anak-anak bukan melayu dan orang-orang kaya yang mendapat untung dari hak keistimewaan orang melayu melalui UMNO akan terus mencuri peluang bagi mendapat laba dari dasar yang sengaja dicipta untuk dislogankan semata-mata. Walhal semuanya serupa iaitu untuk survival politik kumpulan depressive psychotic yang berkuasa dalam UMNO sahaja.
muramatsu
United Kingdom
No comments:
Post a Comment