Monday, February 15, 2010

DENGAR DULU BOLEH'PERCAYA DULU JANGAN-KEMENTERIAN PUN MACAM SESUMPAH-HARI INI LAIN ESOKNYA LAIN


Utusan Malaysia 1 Februari 2010 - TELITI LALUAN JADI GURU BESAR






Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ MIDMAN, Gua Musang, Kelantan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia 1 Februari 2010 bertajuk “TELITI LALUAN JADI GURU BESAR”.


Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.


Walau bagaimanapun, telah terdapat Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah pertama dan mereka ini telah dikekalkan sebagai Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbangkan mengisi jawatan guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.


Walau bagaimanapun, selaras dengan pelaksanaan Dasar Pensiswazahan yang mana KPM berhasrat untuk mempunyai 50% guru-guru di sekolah rendah terdiri daripada guru siswazah maka pihak KPM sedang menjalankan kajian Model Perjawatan Sekolah Rendah dengan mengambilkira isu-isu perjawatan dan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah rendah. Cadangan Model Perjawatan ini akan mengambil masa kerana memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam. Oleh itu cadangan ini dijangka akan dapat dikemukakan kepada Agensi Pusat selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAGI YANG NAK SANGAT MENJADI GURU BESAR-TELITI DAHULU KERANA KENYATAAN INI TIDAK TETAP LAGI.HARI INI CAKAP LAIN BELUM TENTU HARI ESOKNYA DI LAKSANAKAN.PATUT DIDALAM KEPALA KEMENTERIAN DAH ADA 5 TAHUN DAHULU AKAN IMPLIKASI MELETAKKAN GURU SISWAZAH DI SEKOLAH RENDAH.LETAK TIDAK SALAH TETAPI BILA PERJAWATAN PERLU JUGA DI TINGKATKAN.INI ADALAH HADIAH ATAU GANJARAN BAI KAUM PENDIDIK YANG MENYABUNG PELAJARAN

No comments:

Post a Comment