Sunday, December 12, 2010

Ek-ele! 2 Guru 1 Kelas

Ek-ele! 2 Guru 1 Kelas

>> 13 December 2010

Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.

Bila? Bila tu? 2020? 2040? Ini adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010. Cadangan yang baik namun 1 Guru 1 Kelas pun belum berkesudahan. Selalunya sekolah tetap kekurangan guru, jumlah masa akan dibebankan dan dibahagikan kepada guru-guru yang ada. Ini menyebabkan pertambahan masa mengajar yang terpaksa ditanggung guru. Belum lagi 'relief' kelas yang memang selalunya ada. Kalau nisbah guru pelajar, senang cerita jumlah masa mengajar guru, yang diberi perhatian lagi baik untuk meringan beban guru.

Jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri. Guru kang lilin......chaik!!!

1 komen:

1 comment:

  1. Memang molek kalau gitu la caranya.... tapi, cuba la kita pakat2 pikir masalah saya pulak. Saya dilantik sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari) Lantikan sekolah. Ngajar 27 waktu. Bertugas di makmal komputer sendirian. 2 makmal = 42 pc. Berbanding dgn GPB (lantikan Kementerian) yg hanya mengajar 8 waktu dan dibantu seorang juruteknik. Ada ka patut. Selesaikan la masalah saya dulu...

    ReplyDelete