Monday, October 7, 2013

GURU MACAM TIKUS YANG DIJADIKAN BAHAN KAJIAN

MACAMANA NAK MAJU SISTEM PENDIDIKAN KALAU SEMUA SISTEM DIAMBIL DAN DIJADIKAN BAHAN KAJIAN. GURU DAN JUGA ANAK DIDIK MENJADI KAJIAN PIHAK ATASAN. MASAALAHNYA YANG MEMEGANG TAMPUK KUASA , ATAU ATAS ALASAN APA SEKALIPUN, PARA PENGKAJI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA HARUS CELIK MATA DAN BUKAN MENDAPAT NASIHAT DARI PIHAK YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN.

 TERBARU...GURU PERLU MENJAWAB SOALAN KOMPETENSI DALAM TALIAN...IDEA APA LA LAGI NI......


Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.



Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.


Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.


Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.


Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.





Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.






Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.


Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.


Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.


Itu Najib Tun Razak.






Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.


optimus prime

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).


Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.


lawak politik parlimen politik kotor

Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.


Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.


Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).



megatron
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.


Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.


Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.


Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.



Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.


Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.


Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.


Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.


Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.


Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.


Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?


Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.


Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.


Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.


Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.


Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.


Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.


Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.


Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?


Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.


Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.


Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.


Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji


Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.


Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?


Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.




Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.


Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:


1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?


2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?


3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?


Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.



Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.


Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.



Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.



Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).





Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.






1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.



2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.



3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.



4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.



Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.



Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.


Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?



Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.


Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.


Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?


Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.


5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.


Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.


6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.



Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.



Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.



Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.



Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.






Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.











Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?




















Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily BM











4 comments:

  1. setuju bro.analisa dan cadangan yang tepat pada hemat saya

    ReplyDelete
  2. salam sahabat,

    betul cakap anda, sayabertugas di sabah,sekolah nya kecil sahaja,tapi AKS (kaki tangan sokongan) nya sampai 6 orang dalam satu pejabat kecil, CC,kerani,kerani keewangan, PAR,pembantu guru dan JTK FT17, tapi semuanya datang lepak.

    Kerja mereka guru terpaksabuat sendiri, contohnya saya minta buat cover letter untuk naik ke gred 41 tapi dia hanya bagi letter head dlm soft copy dan minta cikgu tulis sendirikerana dia tidak tahu apa isinya mahu tulis, sambil sambung baca novel, tonton telenovela indon atau ber FB.

    Kedua, kerja siapa ini, order kopi bila tetamu datang, urus buku kedatangan dan susun atur fail,meminitkan fail? kalau ikut job scope bukan PAR N1 ke? Habis kenapaguru bertugas pula kena ambil alih, manakala N1 dibiarkan bermaharaja lela datang ikut suka hati, cakap besar di kantin dan hanya bertanggungjawab mencetak kertas periksa dua kali setahun?

    ke3, key in dalam internet, HRMIS, SPP,SAP, sudahlah mmahu dekat periksa nak buat soalan lagi dekat sukan nak latih budak lagi, tapi pembantu guru dan FT17 yang dihantar bertugas hanya datang lepak tunggu gaji?!!! kenapa Ft17 tidak diluaskan jobscopemenjadi pembantu guru data atau kerani key in data seperti syarikat swasta? kenapa ya?

    Saya minta saudara ketengahkan perkara ini, guru sekarang dah overworked terlampau banyak kerja, sedangkan kakitangan sokongan dibiarkan bercakap besar sambil tunggu gaji sahaja,

    Saya bukan bercakap kerana dengki, tapi tugasdan tanggungjawab terbesar guru ialah pada muridnya, tapi guru tidak dapat menumpu kerana diibebani tugas-tugas lain akibatnya kemenjadian murid tidak kesampaian.

    AKS yang dihantar bertujuan membantu guru lepas tangan, asyik minta guru buat sendiri, balik awal dan cakap pandai!!! apa sudah berlaku?

    Minta tuan ketengahkan perkara ini,saya kecewa dengan CUEPACS dan juga kerajaan yang hanya tahu wujud jawatan baru,minta naik gred dan banyak elaun dengan jobscope yang tidakk mengurangkan dan membantu guru lansung!

    hamba ALLAH,
    Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik pulak kat sekolah saya.. kakitangan pulak kena buat keja cikgu.. mcm saya ni semua dh merasa.. dari semak PEKA pelajar, key in data pelajar, buat sijil berenti, susun kertas periksa, & brmacam2 lagi..
      tapi saya sempat lepak & trtidor jugak.. he he he...
      hamba ALLAH,
      Perak

      Delete
  3. semuanya tepat dan padat.... saya setuju sangat-sangat..

    ReplyDelete