KEMPEN INI ADALAH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA GURU-GURU YANG MELANJUTKAN PELAJARAN AKAN TETAPI MENDAPAT IMBUHAN YANG LEBIH SEDIKIT DARI YANG TIDAK BELAJAR...
Tuesday, April 19, 2022
KERJAYA GURU BUKAN LAGI SESUATU YANG MENARIK KERANA KERENAH BIROKRASI
Ramai guru pilih bersara awal, Tok Mat gesa kerajaan campur tangan
Mohamad Hassan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan negara kehilangan guru berpengalaman.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menzahirkan kebimbangan mengenai trend guru yang memilih untuk bersara awal dan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan krisis pendidikan di negara ini.
Ini susulan anggaran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa lebih 10,000 guru membuat pilihan persaraan awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mohamad berkata, jumlah yang didedahkan NUTP itu jauh melebihi angka yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai persaraan pilihan.
Menurut KPM, ia menerima 4,360 permohonan persaraan pilihan setakat November lepas.
“Jika anggaran yang dibuat oleh NUTP itu benar, maka ‘trend’ bersara awal mahupun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini adalah sangat membimbangkan.
“KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan menjelaskan dengan terperinci kegusaran NUTP itu,” kata Mohamad.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa wabak Covid-19 mungkin menyumbang kepada trend ini, selain bebanan kerja perkeranian yang mengganggu tugas hakiki mereka.
Beliau menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan negara kehilangan guru berpengalaman.
“Sekiranya berlanjutan, negara bakal menghadapi krisis pendidikan yang lebih kritikal. Ia akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan kita,” katanya.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (surah al hadid 57;20)
TELAH BEBERAPA KALI DI TINDAS OLEH RAKAN GURU KHASNYA GURU PK(LANTIKAN SEKOLAH),YANG AKHIRNYA BERJAYA MELANJUTKAN KE MENARA GADING DAN SEDANG MENYIAPKAN Phd.
KEPADA KAUM GURU, KITA SEMUA HARUS BERSATU DALAM MEMPERJUANGKAN HAK KITA,KERJA KITA.
DULU..SEMASA LLN(TNB)KESIHATAN,TELEKOM,DIBAWAH KERAJAAN, GAJI GURU DIKETIKA ITU TINGGI BERBANDING KUMPULAN INI.
SEKARANG,GAJI GURU, LAGI TINGGI BELAJAR, LAGI TAK MENDAPAT APA-APA KECUALI KERJA YANG BERTIMBUN.
No comments:
Post a Comment