Thursday, July 8, 2010

NUTP JANGAN LUPA ISU INI???

Makluman:- terkini - 7.4.2010

ISU DGA29/41

Saudara/ Saudari

Masalah DGA29/41 merupakan perkara yang amat rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai kategori dalam kumpulan DGA29/41, antara masalahnya :

1. Guru berkenaan tidak menduduki PTK
2. Guru gagal PTK
3. Guru tidak berpeluang menduduki PTK kerana telah berada di DG41 sebelum PTK dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan
4. Memberi keuntungan yang banyak atau sedikit oleh kumpulan DGA29/DGA32/DG41
5. Masalah tidak cukup tempoh 10 tahun di DGA29

Isu ini masih dalam perbincangan dan Pihak NUTP akan cuba menyelesaikan dan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengubah tarikh penempatan DG41 atau bayaran secara one-off.

Harap Maklum

3 comments:

  1. NUTP akan tunggu 10 tahun..and then selepas 10 tahun semuanya akan selesai, kerana ianya berlalu begitu shaj.. selpas 10 tahun semua dah dapat kup dg41... hahahha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tiada peluang naik pangkat
    KUALA LUMPUR 20 Julai – Guru lepasan siswazah DG41 di semua Sekolah Rendah Kebangsaan, Tamil dan Cina tidak dapat dipertimbangkan mengisi jawatan kenaikan pangkat guru besar dan penolong kanan.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru siswazah kategori Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) merupakan jawatan guru akademik dan guru penolong, manakala jawatan guru besar dan penolong kanan pula di bawah kategori Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA34 dan DGA32.
    Katanya, kedua-dua gred itu berada di dalam skim berbeza antara satu sama lain dan pada masa ini masih belum wujud jawatan hakiki guru besar dan penolong kanan Gred DG44 dan DG41 di sekolah rendah.
    “Oleh yang demikian, PPPS yang sedang berkhidmat di sekolah tersebut sebagai guru akademik dan penolong tidak dapat dipertimbangkan untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat PPPLD Gred DGA32 dan DGA34, memandangkan mereka berada di dalam skim berbeza daripada jawatan-jawatan tersebut (penolong kanan dan guru besar),” katanya.
    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan Senator Datuk Chandrasekar Suppiah pada sidang Dewan Negara hari ini.
    Chandrasekar bertanyakan mengapa guru-guru PPPS sedia ada di sekolah berkenaan tidak diberikan keutamaan naik gaji dan pangkat berbanding dengan langkah kerajaan menempatkan guru-guru ijazah lain di sekolah berkaitan.
    Muhyiddin menjelaskan, guru-guru berijazah di Sekolah Tamil dan Cina berpeluang untuk dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat berasaskan kepada tempoh perkhidmatan (time-based) daripada Gred DG41 ke DG44.
    Katanya, pertimbangan itu apabila guru berkenaan cukup 10 tahun perkhidmatan di Gred DG41, sekiranya mereka mempunyai pengalaman sebagai PPPLD juga boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan.
    “Sekurang-kurangnya setelah mereka berkhidmat selama tujuh tahun di Gred DG41 dicampur dengan tiga tahun pengalaman PPPLD.
    “Selain itu, guru-guru tersebut juga boleh memohon pemangkuan Guru Cemerlang ke Gred DG44 setelah lima tahun berkhidmat di Gred DG41,” katanya.
    =========================================
    Nampaknya guru2 tua yg sambung belajar kenalah jadi guru biasa sampai pencen. Jatuh maruah guru2 berpengalaman. Hilang motivasi... mana nak letak muka. MALU!!! MALU!!!Apa punya dasar ni?.

    ReplyDelete