Monday, August 2, 2010
KERJA GURU DI JANGKA BERTAMBAH JIKA UPSR DITERUSKAN
Pastikan murid kuasai 3M sebelum mansuh UPSR, PMR
KUALA LUMPUR 20 Jun - Kementerian Pelajaran perlu memastikan murid sekolah rendah benar-benar
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) terlebih dahulu sebelum Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali
Hassan berkata, perkara itu harus diteliti dan kajian yang menyeluruh perlu dilakukan supaya matlamat
pemansuhan tersebut dapat dicapai.
Katanya, perlu ada mekanisme yang benar-benar berkesan untuk menilai tahap penguasaan 3M di
peringkat sekolah rendah supaya murid tidak menghadapi masalah apabila memasuki sekolah menengah.
''Soalan berbentuk objektif tidak lagi sesuai kerana tidak membantu pelajar untuk berfikiran kreatif,'' katanya
semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri
Pelajaran hari ini mengenai kemungkinan pemansuhan UPSR dan PMR bagi membolehkan satu sistem
pendidikan secara holistik diadakan.
Menurut Mohd. Ali, soalan PMR juga harus diubah ke dalam bentuk subjektif agar pemikiran yang kreatif
dapat dikembangkan oleh pelajar sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau turut mencadangkan peperiksaan PMR diubah dalam bentuk 60 peratus kerja kursus dan 40 peratus
peperiksaan.
Bagaimanapun Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata,
UPSR masih relevan dalam sistem pendidikan hari ini.
''UPSR perlu diadakan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam tempoh pembelajaran sekolah rendah
selama enam tahun.
''Peperiksaan tersebut amat penting supaya proses kemasukan ke sekolah menengah atau sekolah
menengah berasrama penuh dapat dibuat dengan berkesan dan teratur,'' katanya.
Namun beliau bersetuju dengan cadangan agar PMR dimansuhkan secepat mungkin dan digantikan
dengan satu sistem peperiksaan baru yang berbentuk dalaman.
''Sistem itu akan memberi mandat kepada guru dan sekolah dalam mengenal pasti potensi pelajar kerana
guru lebih mengenal pelajar mereka sama ada cenderung ke arah sukan atau kemahiran.
''Sekiranya pelajar yang lemah dalam pelajaran tetapi berbakat dalam bidang sukan, seharusnya mereka
dihantar ke sekolah sukan agar mereka dapat dibentuk menjadi atlet yang berjaya,'' ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Anwar
Mat berpendapat, UPSR dan PMR perlu diteruskan tetapi peperiksaan tersebut mesti dibuat dalam bentuk
baru kerana sistem sekarang membantut perkembangan potensi pelajar.
''Model peperiksaan sekarang berbentuk menekan pelajar kerana mereka dibahagi pada kategori pandai
dan tidak pandai dan seterusnya membunuh potensi pelajar,'' katanya.
''Maka satu sistem peperiksaan dalaman perlu diadakan agar pelajar dapat dinilai oleh guru dan sekolah
masing-masing bukannya oleh orang luar,'' katanya.
Menurut beliau, cara tersebut juga dapat memudahkan kementerian dalam proses menentukan seseorang
pelajar itu patut dihantar sama ada ke sekolah asrama penuh, teknik atau vokasional

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment