PMR: Nik Aziz ucap selamat berjaya |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini. “Kepada anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. “Paling penting, kejayaan yg sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam, seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini hingga 12 Oktober. Daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera. Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat. Sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.
|
No comments:
Post a Comment