Friday, October 8, 2010

BAGI KOMEN....NAK MANSUH UPSR DAN PMR

Mansuh atau kekal PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'
Abdul Rahim Sabri
Okt 8, 10
5:40pm
Kongsi 0
Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi.

Katanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.

"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

"Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.

Dr Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Beliau yang juga ahli parlimen Batu Pahat berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa pengumuman keputusan untuk memansuhkan atau mengekal PMR dan UPSR akan dibuat selepas raya.

Sebelum itu Dr Puad merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai.

Menurutnya, projek kerjasama itu bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pensyarah dan guru dari Afghanistan.

Malah katanya, projek selama 14 minggu ini juga bertujuan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan maklumat dan teknologi di kalangan pendidik di negara tersebut.

No comments:

Post a Comment