Monday, April 11, 2011

Pelajar Kurang ajar mengaku salah tumbuk guru disiplin wanita

RASAKAN ENGKAU AKAN DIHUKUM......ELOK BERHENTI BELAJAR PERGI JADI SAMSENG....


Gambar fail cikgu Mariati Ali (kiri) ditemani rakannya selepas ditumbuk oleh seorang pelajar Khamis lalu.
KANGAR, 11 April – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh yang berusia 14 tahun, dari Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, ketika prosiding di kamar Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.

Pelajar itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk bahagian hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.

Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh manakala 4 Mei ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Berita Harian Online melaporkan bahawa mahkamah akan membuat keputusan berpandukan Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.

Guru wanita itu cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar tingkatan dua di Bukit Keteri selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di pekarangan sekolah.

No comments:

Post a Comment