Friday, September 30, 2011

LAGI KERJA JABATAN PELAJARAN

Panas: Pengarah Pelajaran Pahang Di Gesa Untuk Bertanggung Jawab, Gara-Gara 'Peralatkan' Guru Hadir Ke 'Seminar Politik' Jabatan Itu Rabu Lalu !

KUANTAN, 30 Sept [12.03 pm] - Ramai pihak yang kecewa dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) yang menipu dan memperalatkan guru-guru yang hadir ke Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang di Hotel Vistana Kuantan pada hari Rabu yang lalu (28 Sept) untuk tujuan menyebarkan dakyah politik pihak tertentu. Malah, tindakan tersebut lebih jelek daripada apa yang dilakukan oleh Biro Tata Negara (BTN) selama ini. Guru-guru dipaksa hadir dengan meninggalkan waktu persekolah masing-masing, hanya untuk mendengar kata nista, kutukan, cacian, hinaan dan berbagai lagi tohmahan yang dilemparkan kepada parti pembangkang. Tindakan tersebut jelas sekali, merosakkan kredibiliti jabatan terbabit yang diamanahkan menjaga hal ehwal pendidikan selama ini. Mereka tiba-tiba lari dari matlamat dan tergamak dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Paling menyedihkan, para guru yang hadir dipaksa mendengar ceramah dan menerima apa jua fitnah jahat yang dilemparkan, seolah-olah guru-guru terbabit adalah "tunggul kayu" yang senang untuk diperkotak-katikkan. Tindakan ini jelas sekali satu penghinaan kepada institusi perguruan itu sendiri sebenarnya. Pengarah Pelajaran Pahang, Dato' Hj.Mazlan Mohamad (foto) digesa menjawab isu ini dengan segera. Ini kerana mereka adalah pihak yang perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku. Tindakan memperbodohkan golongan pendidik adalah satu perbuatan biadap yang sukar untuk dimaafkan sebenarnya. Guru bukanlah golongan bawahan yang tidak mempunyai akal fikiran dan pendirian. Mereka juga punyai hak untuk menentukan hala tuju politik masing-masing tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Justeru, pihak berkenaan diminta memohon maaf kepada guru yang berkenaan atas keterlanjuran ini. Jika tidak, rakyat pasti akan terus hilang kepercayaan kepada institusi pendidikan itu sebenarnya.


Bukti, jelas sekali modul seminar JPNP ini hanya bertujuan untuk politik

[Difahamkan kini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahakan siasatan dilakukan terhadap mereka yang mendedahkan maklumat sulit ini. Tindakan ini adalah keterlaluan kerana JPNP sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan dan menjawab kekeliruan yang berlaku ini bukannya menjejaki pemberi maklumat. Tindakan itu juga membuktikan JPNP kini sudah terlalu takut dan malu dengan apa yang berlaku. Anehnya, ketika merancang dan menjalankan program tersebut mereka langsung tidak terfikir ke arah itu. Kini, "nasi sudah menjadi bubur", satu dunia sudah tahu betapa biadapnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sekarang ini. Mempolitikkan institusi perguruan adalah satu tindakan yang jelas tidak boleh diterima terutamanya bagi para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menutut ilmu di sekolah. Apakah pihak terbabit fikir hanya anak-anak orang UMNO BN sahaja yang belajar di sekolah-sekolah agaknya?. Guru yang berprinsip pasti akan kecewa dengan tindakan ini. Tidak perlu dicari pemberi maklumat, tapi carilah jalan bagaimana mahu memohon maaf atas apa yang berlaku. Difahamkan, berita ini juga akan disiarkan oleh laman-laman popular yang lain selepas ini. Bertambah malu besar JPNP dengan senario terbaru ini. Justeru, peliharalah kemulian bidang pendidikan sebagai wadah untuk memartabatkan ilmu dan bukan untuk kepentingan politik pihak tertentu di masa akan datang. Maka, berfikirlah sebelum bertindak].

Memalukan: "Jabatan Pelajaran Negeri Pahang", Biarkan Risalah Hasutan Di Edar Dalam Program Anjurannya Di Hotel Vistana Kuantan Rabu Lalu

KUANTAN, 30 Sept - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) digesa tidak menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai alat untuk tujuan politik mana-mana pihak. Ini berikutan tindakan mereka membiarkan edaran risalah berbaur hasutan yang memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) semasa program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana dekat sini Rabu lalu (28 Sept). Program sehari itu dirasmikan oleh YB Dr.Mohd Fuad Jarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber, antara penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof. Dato' Dr.Siddek Baba, Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Difahamkan, pihak JPNP selaku penganjur telah memaksa lima orang guru dari setiap sekolah di seluruh negeri Pahang untuk hadir ke program berkenaan. Apa yang mendukacitakan ialah program yang kononya atas nama Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang berbentuk ilmiah itu akhirnya jadi gelanggang pihak tertentu untuk menabur risalah fitnah yang berniat jahat terhadap pemimpin pembangkang di negara itu. Apa yang berlaku sungguh mendukacitakan dan amat memalukan seluruh warga pendidik itu sendiri. Tindakan biadap dan keterlaluan untuk kepentingan politik kepartian tidak wajar dibawa ke dalam program seperti itu. Apatah lagi mereka yang hadir adalah bertujuan untuk mengambil ilmu berguna tentang pendidikan itu sendiri. Selain bahan risalah yang memburukkan pakatan Rakyat serta VCD, pihak terbabit juga dipercayai telah mengadakan ceramah yang bukan untuk pemantapan guru tapi penuh tohmahan kepada Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan pada waktu sekolah dan ia telah mengakibatkan guru terpaksa tinggalkan pelajar mereka semata-mata menghadiri program itu.


Risalah hasutan yang jelas untuk memesongkan minda golongan pendidik

Bukti, menunjukkan betapa rosaknya mentaliti pihak terbabit sebenarnya
[Soalnya, kenapa ini harus berlaku pada sebuah jabatan yang dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri?. Sudahlah sebelum ini insititusi pendidikan dan sekolah telah digunakan sewenangnya untuk menjalankan berbagai aktiviti politik parti pemerintah. Kini. lebih dasyat lagi bila edaran risalah seperti itu dilakukan. Mereka menganggap guru-guru yang hadir pada majlis itu adalah golongan "terencat akal" yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Apakah ini mentaliti golongan terbabit dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita?. Apa yang berlaku ini seolah-olah jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya Pilihanraya Umum ke-13 kini semakin hampir].

No comments:

Post a Comment