Saturday, September 10, 2011

PPSMI: Kajian JMM tidak tepat, kata Kementerian Pelajaran

Dulu masa nak pakai PPSMI..keeterian kata boleh laksana.tidak ada sesiapa pun dala kabinet penakut ni nak buat teguran.Inilahsindrom penakut dan tidak bertanggungjawab jeaah enteri.


Laporan dibawah ini ebuktikan bahawa sikap bn/umno ini enjadi punca kepada seua masaalah yang berkaitan dengan pendidikan..Siapa Menteri Pendidikan lepas?? tak lain tak bukan ini lah orangnya.....



PPSMI: Kajian JMM tidak tepat, kata Kementerian Pelajaran

September 10, 2011

BATU PAHAT, 10 Sept – Kajian oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menunjukkan 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak tepat kerana ia dilakukan secara tidak komprehensif.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan kajian terbabit dilakukan tanpa mengambil kira pelbagai aspek, dan hanya bergantung sama ada ibu bapa bersetuju terhadap PPSMI.

“Kajian itu tidak meliputi tentang keberkesanan PPSMI dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Ia (kajian) tidak dilakukan secara empirikal dan tidak komprehensif,” katanya dipetik Bernama Online.

Puad berkata, pihaknya telah melakukan kajian terperinci ditambah pula dengan beberapa perbincangan meja bulat dengan pakar pendidikan negara sebelum membatalkan pelaksanaan PPSMI.

Malah menurut beliau, kementerian juga menolak PPSMI berdasarkan keputusan pelajar yang merosot dalam subjek sains dan matematik pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2008.

Beliau menjelaskan, ketika dasar PPSMI dilaksanakan, hanya lapan peratus guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mengajar subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakan mereka tidak dilatih dan tidak menguasai bahasa itu.

Oleh itu tambah beliau, banyak pihak salah faham tentang pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai kerajaan meminggirkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, beliau berkata langkah kementeriannya mempertimbangkan cadangan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, tidak bermakna kementerian akan kembali menggunakan PPSMI.

“Memang kita sedang mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pelbagai aspek tetapi ini langsung tidak bermakna kita akan kembali kepada PPSMI,” katanya.

No comments:

Post a Comment