Saturday, December 29, 2012

KESIHAN GURU-GURU PECACAI UMNo

Ambil graduan M’sia yang menganggur, bukan guru dari India

Pada minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke India mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair.

KEADILAN menyokong usaha-usaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dan sistem pendidikan kita umumnya. Pun begitu, Perdana Menteri hanya membuat pengumuman tersebut tanpa memberi alasan yang kukuh bagaimana mengimport guru-guru Bahasa Inggeris dari India ke Malaysia akan menambah sebarang nilai tambahan kepada sistem pendidikan kita.

Lebih-lebih lagi, Kerajaan sewajarnya mengambil graduan-graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) tempatan.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli baru-baru ini telah membangkitkan isu nasib graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) khususnya dari IPTS yang tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah-sekolah kebangsaan. Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja. Graduan ISMP daripada IPTS mendapati mereka tidak pun dipanggil ke temuduga meskipun mempunyai keputusan yang baik.



Saya biasa dengan isu ini memandangkan ramai graduan ini datang daripada UNITAR International University yang pernah berada di Kelana Jaya dan kini di Sunway, di mana kedua-duanya di dalam kawasan DUN saya.
Malah, tahun lepas, graduan TESL yang ditaja Kementerian PeIajaran sendiri mengadu tidak diberikan tawaran kerja walaupun selepas menunggu selama enam bulan.


Graduan ISMP turut menghadapi cabaran mendapatkan kerja di luar sekolah-sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah swasta mementingkan guru luar negara ataupun yang berpengalaman. Majikan bukan sekolah pula kurang berminat melantik graduan ISMP memandangkan mereka merasakan kelulusan ISMP suatu pengkhususan yang menyukarkan mereka bekerja di dalam bidang lain dan graduan-graduan ini akan meninggalkan majikan tersebut apabila menerima tawaran daripada Kementerian Pelajaran. Ramai di antara mereka akhirnya bekerja sebagai guru-guru tuisyen tanpa kestabilan bekerja sebagai guru di sekolah-sekolah kebangsaan.


Tambahan pula, graduan-graduan ini dibebani hutang PTPTN yang lebih besar daripada graduan-graduan IPTA memandangkan yuran pengajian mereka lebih tinggi. Namun, sehingga hari ini IPTS-IPTS dibenarkan menawarkan program ISMP, satu contoh lagi dasar pendidikan BN yang tidak masuk akal.
Pastinya ini akan menyumbang lagi kepada bilangan graduan ISMP yang menganggur. Sedangkan IPTS-IPTS ini akan membuat keuntungan yang besar manakala graduan-graduan mereka akan terus merana.


Justeru, mengimport guru-guru daripada India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan daripada yang ada pada hari ini.


Kerajaan mestilah menimbangkan mengambil lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan untuk menambah bilangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan, lantas menurunkan nisbah pelajar-guru. Sekurang-kurangnya, kerajaan hendaklah tidak mendiskriminasi antara graduan ISMP IPTA dan IPTS dan membenarkan perlaksanaan sistem terbuka yang mana calon-calon berkebolehan tanpa mengira institusi diambil sebagai guru.


Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN




No comments:

Post a Comment