Monday, March 18, 2013

Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas

Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas. Sabar saudara, kerana sesungguhnya dugaan bagi saudara dan keluarga cukup besar.Tapi yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.Saudara bertenang dahulu memikirkan jalan rezeki lain yang lebih luas. Selagi kita punya keyakinan kepada Tuhan, maka yakinmlah rezeki di Tangan Tuhan yang menentukan.
                                                                                                                                                                                       









      
Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.  

"Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di Kota Bharu, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.


No comments:

Post a Comment