Saturday, March 23, 2013

Kronologi : Guru hina pasukan keselamatan

Kronologi : Guru hina pasukan keselamatan

 

Semua manusia mempunyai kelemahan, silap dan salah.. Semua pihak harus menerima kritikan dengan hati terbuka .. Termasuklah pihak polis,  ATM dan kerajaan..
p/s: Apa yang penting caranya mestilah berhemah dan bertatasusila.. Kepada Lotfi Nor semoga kuatkan semangat dan jangan lupa Allah.. Ada masa jom makan ‘nasi goreng pantai’, kat batu rakit. From kerengga island with love
l-gurul-2gurul-guru3

21 Mac 2013
Suspek kes hina pasukan keselamatan bebas sementara

Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.

“Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu hari ini.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebooknya.

Bernama
18 Mac 2013

Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas

KOTA BHARU – Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

“Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis,” kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh. – Bernama, Sinar Harian

15hb mac 2013 


Sedutan dari berita di akhbar kosmo bertarikh 15hb mac 2013 :
“PASIR PUTEH – Seorang guru di Kelantan ditahan polis pada pukul 7 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh kerana menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek yang mengajar Pendidikan Seni di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a), Akta Hasutan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 37 tahun itu mengaku mempunyai penyakit mental tetapi sudah lebih lima bulan tidak makan ubat.

“Dia juga pernah ditahan dua kali sebelum ini atas kesalahan membuat kecoh di tempat awam,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, kali terakhir suspek ditahan polis adalah pada tahun 2009 kerana mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.”
14 Mac 2013

Tindakan tegas guru hina pasukan keselamatan

Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru dari Kelantan yang dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.l-75dd153701
“Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada

masyarakat khususnya anak didik mereka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.

Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka.

“Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya.


- Bernama // malaysiakini.com





No comments:

Post a Comment