Wednesday, December 24, 2014

Sedikit dapat ‘A’ dalam PT3, bukti kementerian manipulasi keputusan PMR, dakwa kumpulan pendidik


‎Laporan tidak rasmi menunjukkan hanya 80 pelajar mendapat semua A daripada 450,000 calon keseluruhan yang menduduki Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 dalam usaha kerajaan memperbaiki sistem penilaian sekolah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.


Laporan tidak rasmi menunjukkan hanya 80 pelajar mendapat semua A daripada 450,000 calon keseluruhan yang menduduki Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 dalam usaha kerajaan memperbaiki sistem penilaian sekolah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.

 Kementerian Pelajaran didakwa "memanipulasi keputusan" ujian sebelum ini apabila Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hanya mencatatkan sebilangan kecil pelajar yang berjaya memperoleh ‎semua A dalam ujian itu, kata kumpulan pendidik.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata ia juga mencerminkan prestasi buruk pendidikan Malaysia bagi penilaian antarabangsa seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) dan Trend dalam subjek Matematik dan Kajian Sains Antarabangsa (TIMSS) dimana mencatatkan keputusan tiga tercorot di bawah.

‎Laporan tidak rasmi menunjukkan hanya 80 pelajar mendapat semua A daripada 450,000 calon keseluruhan yang menduduki PT3 dalam usaha kerajaan memperbaiki sistem penilaian sekolah yang pertama kali dijalankan pada Oktober lalu .


Pada tahun lepas, sebanyak 30,988 daripada 422,506 pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berjaya memperoleh semua A dengan peningkatan 0.41% berbanding 2012. Tidak seperti PMR, kesemua kertas peperiksaan PT3 terdiri daripada soalan subjektif. Ujian tersebut dijalankan dan ditanda oleh guru sekolah masing-masing di mana markah sederhana yang diperoleh pelajar disahkan oleh pentaksir daripada Lembaga Peperiksaan dan jabatan pendidikan negeri.

Ia menyebabkan rasa tidak puas hati  ‎pelajar dan ibu bapa dengan situasi tersebut yang kebanyakan mereka meluahkan kekecewaan dengan format baru dan asing itu di samping kekurangan masa membuat persiapan untuk menghadapinya mendorong kementerian memutuskan pelajar boleh membuat rayuan melalui sekolah masing-masing untuk memanjangkan  perkara tersebut ‎ke pejabat pendidikan daerah.

‎Noor Azimah berkata keputusan PT3 mencerminkan kelemahan kementerian apabila sebelum ini dilihat bermurah hati memberi markah kepada pelajar.

"Sekiranya hanya 80 kanak-kanak sahaja yang berjaya mendapat semua A, jadi apakah maksud itu?‎ Ia menunjukkan sebelum ini keputusan dimanipulasi dengan merendahkan markah lulus agar lebih banyak A dapat diberi.

"Ini adalah tindakan palsu seperti memberitahu mereka bagus walhal mereka sebenarnya tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.
‎Katanya lagi, keputusan yang diperoleh pelajar PT3 itu merupakan petanda prestasi pelajar yang sebenar seperti dilaporkan Pisa dan TIMMS.
‎Dalam laporan penilaian Pisa 2012, pelajar Malaysia hanya mencatatkan keputusan di bawah purata dengan menduduki tempat ke-52 daripada 65 negara yang disenaraikan dalam subjek Matematik, Sains dan Bacaan.

‎Bagi laporan TIMSS 2011, kedudukan Malaysia dalam subjek Matematik jatuh ke tempat 26 (2011 ) berbanding di tangga 20 (2007) manakala mata pelajaran Sains juga mencatatkan penurunan daripada ranking 21 (2007) ke-32 (2011).

‎Bagaimanapun Noor Azimah tidak menolak PT3 merupakan langkah yang betul dilakukan kementerian dalam sistem pendidikan bagi melahirkan pelajar dengan kemahiran berfikir.

‎Terdahulu, aktivis pendidik Mohd Nor Izzat Mohd Jauhari mengkritik kementerian kerana memutuskan melaksanakan PT3 pada April ‎walaupun mengumumkan pada 2011 peperiksaan PMR dihapuskan apabila ia menyebabkan keliruan kepada kalangan guru dan pelajar.


Berikutan situasi itu Setiausaha Agung ‎Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng berkata badan itu akan bertindak mengumpul maklum balas daripada pelajar dan ibu-bapa.
"Kita mahu mencari punca akar umbi mengenai masalah ini adakah kerana sistem atau faktor manusia.
"Kita akan kumpul maklumat dan mencari jalan untuk menambah baik PT3 atau adakah ia patut diteruskan dengan menghantar cadangan kami," katanya sepertimana dipetik daripada The Star. – 25 Disember, 2014.


No comments:

Post a Comment