Saturday, April 11, 2015

CIKGU CABOK NAIK PANGKAT




Oleh: AWANG DAMAR

Cikgu cabok bukanlah seorang yang terlalu perfect di kalangan guru guru yang berada di Malaysia ini. Beliau dijadikan icon dalam setiap tindakan yang beliau lakukan. Cikgu Cabok memang rajin, terutamanya dalam kerja kerja luar sekolah dan dalam sekolah.Di sekolah beliau dikenali sebagai cikgu Cabok yang petah bergaul dan disenangi dan dibenci kawan dan sahabat. Walaupun beliau bukanlah” rule model”  bagi semua kaum guru, namun sikap dan cara beliau boleh diikuti dan juga tidak patut dicontohi.kerana sam garam manusia yang tidak perfect itu bukanlah diturunkan oleh Tuhan terhadap nabi yang maksum.

Kisah cikgu Cabok ini boleh dijadikan teladan dan panduan untuk kaum guru dan juga pendidik yang inginkan cabaran dalam hidup sebagai seorang pendidik.  Di kalangan kawan kawan sekolah cikgu cabok memang lah dikenali kerana sikap rajinnnya. Dengan sikap rajinnnya lah beliau disanjung dan dipuji sehinggakan  kerja kerja bukan guru juga dibuatnya. Hatta sampai kerja tukang kebun pun cg cabuk akan sanggup melakukannya demi menjadi pendidik profesional. Almaklum guru merentasi sempadan, cakap sahaja bidang ini, cg cabuk ada, cakap saja bidang cat mengecat , cikgu cabok ada, cakap didang lawatan cg cabok juga terlibat, hatta lawatan sosial dan tidak sosial untuk yang tidak terbuat oleh cikgu cikgu lain cg cabuk akan buat.

Kisah cg cabok ini bukan sahaja menjadi ikutan , malah mendapat pujian dan kecian yang bukan kepalang. Dibuat kerja kerja yang bukan guru cg cabok akan menjadi satu rule model. Pernah cg cabok jatuh dalam kehidupannya, namun dia petah bangun kerana cg cabok punya memang hebat. Kehidupan cg cabok tidak lah senang . tugas kaum pendidikk bukan sahaja bergelomang dengan kerja kerja sekolah yang berat dan adakalanya hanya kaum pendidik sahaja yang tahu, namun cg cabok juga punya kehidupan peribadi yang macam manusia biasa juga, hidup penuh dengan cabaran, hidup cg cabok juga penuh dengan angan angan.

Pernah kawan kawan cg cabok berasa iri hati dengan kerajinan cg cabok..almaklum tanpa cg cabok perjalanan sekolah seolah solah tidak berjalan, sebut sahaja program sukan, cg cabok akan cuba membuat kelainan dengan bukan sahaja hiasan rumah sukan maka ditambah elemen tarian dalam sukan diawal pembukaan, tarian pom pom yang kadangakala orang kampung pun suka dan meluat,tarian dari bandar mana nak diterapkan ke dalam masyarakat kampung ni? Dan berbagai lagi persepsi di kalangan kawan kawan cg cabok yang pandai mengkritik dari berbuat sesuatu yang berfaedah di sekolah cg cabok.

Bukan itu sahaja,  cg cabok juga rajin dalam sukan, diprkenalkan sukan disekolah yang akhirnya menjadi terkenal sampai ke peringkat negeri, pun cg cabok sempat menjadi icon walau dalam keadaan tersebut cg cabok tetap menjadi buah mulut rakan dan taulan kerana cg cabok cepat sangat meluluhkan hatinya apa bila terpikat kepada sesuatu bidang ada benda yang menjadi pujaan hatinya,

Disekolah cg cabok terkenal dan disayangi dan diminati rakan rakan sekerja baik yang bujang mahu pun yang telah berumahtangga, sikap naluri cg cabok yang manja dan petah bercakap dengans senyuman menggoda bukan sahaja menjadikan cg cabok terkenal disekolah malahan juga seantario daerah, kerajinan cg cabok turut mendapat simpatisme rakan rakan sekeerja dan ada yang manaruh minat terhadap cg cabok. Walau itu naluri manusia semulajadi cg cabuk memang pandai mengambil hati, malahan ada juga boss cg cabuk yang sempat menggatal walau dalam hati tak berani takut kena parang dengan isteri.

Kerajinan cg cabuk boleh di ikuti olah guru guru lain yang rajinnya dibuat buat buat. Adakala cg cabok juga punya emosi tersendiri, emosi cg cabok ini hanya diketahui oleh dirinya sahaja, kerana adakalanya cg cabok Nampak macam orang yang insane dalam dirinya, adakala peranan cg cabok seakan akan menjadi ikutan dan kebolehan cg cabok ini bukan sahaja memeningkan rakan dan taulan, malahan adakalanya apa yang cg cabok cari dalam hidup beliau juga sukar diramalkan.Apa  yang penting , cg Cabok meneruskan kehidupan sebagai manusia normal walau menghadapi masalah peribadi dan juga masalah di tempat kerja dan juga kawan kawan cg Cabok.

Bukan senang untuk mentadbir dan juga menjaga hati rakan taulan, kekasih hati dan kekasih gelap. Lumrah manusia  bekerja ini memanglah, tambahan pula cg cabok masih muda dan masih lagi punya rupa paras yang agak menarik walau nampak biasa, penampilan cg cabok agak elegen bagi sekolah di kampung kampung dan bukan sahaja ianya nampak tidak natural dalam beberapa pekara namun ianya normal dimata manusia. Kerana yang cantik itu dinilai dan yang buruk juga dinilai, Namun cg cabok boleh dikategorikan sebagai cg yang biasa biasa sahaja dan tidak mengenakan pakaian yang dimakeup  terlalu over.Umur cg cabok juga semakin lanjut didalam kesibukannya.

Kehidupan cg cabok tidaklah terlalu kolot.. walau pun kerajaan mengenakan berbagai cukai barangan keatas pekerjanya cg cabok masih lagi boleh makan di old town white coffe dan papa rich, sebab kedaikedai yang di anggap eksklusif ini , masih mampu untuk dibayar..biarlah YB Yb naik gaji..asalkan kami masih lagi sanggup untuk membayar cukai yang menjerut leher rakyat walau kami terpaksa mencatu makan minum di white coffe sebulan 4 kali kepada 1 kali sebulan…kami rela kerana kamilah yang memangkah kertas undi merelakan tindakan ini dilaksanakan ke atas kami….cg cabok memikirkan tentang kebodohannya memangkah kerajaan yang ada hari ini.

Ditambah pula dengan POTA kami cg cabok tidaklagi berani untuk mengkritik kerajaan kerana kerajaan yang penakut biasanya mengancam rakyatnya dari bangkit menentang supaya akta penjajah 1948 dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menentang arahan kerajaan demokrasi autokratik diktaktor, satu sistem paksa rela yang dikenakan atas dasar demokrasi.

Sudahlah kerja  cg cabok ini dibebankan dengan berbagai istilah bagi meningkat prestasi anak didik dan rakyat keseluruhannya  namun sistem tersebut gagal segagalnya kerana sistem pendidikan Malaysia yang dianggap amat hebat ini bukan sahaja memeningkan cg cabok, tetapi keseluruhan cg cg yang mengajar di Negara ini. Dari kegagalan mengisi markah di tengah malam disamping cg cabok tak sempat nak berwassap dengan kekasih jelas dan gelapnya, ditambah dengan LINUS , SEGAK, MBMMBI, SPPBS, SAPS, dan beberapa borang yang terpaksa cg cabok isi ,seolah olah kerja cg cg di Malaysia ini adalah kerani dan bukan pendidik, kerja sebagai pecacai dan istilah yang memeningkan  kepala kaum cg cg di Malaysia. Patut lah university di Malaysia tidak pernah pun dapat top rangking 100 buah universiti di dunia .

Cg cabok cuba juga menganalisis kenapa terjadinya begitu..teringat apa bila beliau bekerja dulu dengan sistem KBSR kemudianya bertukar kepada PPSMI dimana memaksa cg cabok bertutur dalam bahasa inggeris walau sepatah haram cg cabok tak bercakap pun dalam bahasa inggeris kerana ianya di bayar dari 10% gaji cg cabok. Alangkah untungnya apabila cg cabok tak dapat menguasai bahasa inggeris tetapi cg cabok dapat juga elauns yang menyebabkan cg cg lain nganga mulut kerana tak mengajar bahasa inggeris dalam matematik, sains dan cg cg  bahasa melayu terlopong menelan air liur kerana yang dikatakan mengajar dlm bahasa inggeris tetapi mengunakan bahasa melayu juga, Inilah kegagalan kenapa PPSMI yang di perkenalkan oleh maha tua menemui kegagalan,, mengambil duit tetapi tidak melaksanakan,hukumnnya haram wallahuaklam..

Kini cg cabok mulai sedar apabila terlalu berkhayal dengan masa depan anak didiknya,bukan sahaja memikirkan umurnya telah meningkat tua kerana terlalu mengharapkan cinta hatinya menikahinya tetapi perasaan untuk berlaki kali ke dua menemuai kegagalan kerana sikapnya yang banyak menyimpan kekasih terang dan gelap, harapannya untuk berlaki juga gelap..,,segelap harapannya untuk masa depan yang terpaksa ditanggung.

Lamunan cg cabok tidak juga mencapai tahap ilmiah apabila memikirkan tentang sistem pengajaran dan pembelajaran dalam Negara yang masih keliru,sikap kerajaan dan politik Negara yang masih lagi haru biru dengan masaalah rasuah yang terlalu cemas dan menghabiskan banyak wang Negara kerana ketirisan .Kini  hanya gaji pemimipin sahaja di naikkan hampir 300% sedangkan cg cabok sediri sedang memikirkan hutang hutang yang terpaksa diluanaskannya setiap bulan, nak harapkan gaji kerajaan naikkkan untuk kakitangan entah bila lepas satu kajian satu kajian, dah 15 tahun tak naik naik,,,naya betuk fikir hati cg cbok.. dah la umur pun meningkat dan peluang cg cabok

Naik pangkat tidak boleh dilengahan lagi. Kini , cg cabok nekad untuk meneruskan belajar dan menjadi orang besar, Walau pun suatu ketika dulu ada guru besar yang mengilai cg cabok, malahan dari kerani pecacai angkut surat sampai kepada ketua penolong pengarah yang berskandal dengan cg cg termasuk lah cg cabok juga yang termasuk perangkap,,namun hasrat tetap diteruskan demi bekerja menyuap nasi anak isteri suami mak ayah sanak suadara selagi termampu….demikianlah kisah suka duka cg Cabok naik pangkat…walau dinaikkan pangkat…ditendang jauh jauh supaya pangkat itu bukan halangan untuk menjadi lebih susah dalam hidup dari kesenangan yang diimpikan. Tetapi berkorban demi kerjaya dan sebuah kerajaan demokrasi autokratik barbarian…….di sebuah Negara di benua Melayu tua…..

No comments:

Post a Comment