Tuesday, December 19, 2017

Kes Cikgu Azizan: Kami Sekeluarga Tertekan, Kami Akan Jelaskan Semuanya Esok - Waris Pelajar


Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin sehingga menyebabkan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan diheret ke mahkamah masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan.

Menurutnya, dia mendakwa menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di Facebook (FB).

"Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku, esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan," katanya.

Disamping itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman, memohon agar orang ramai tidak terus menyalahkan keluarga murid terbabit dan melakukan sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut.

“Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.

“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.

Jelasnya, mereka sekeluarga berserta murid tersebut harus diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang dan masyarakat harus berhenti menyalahkan mereka.

Tambahnya, pihaknya bersedia menyelesaikan kes di luar mahkamah, namun tetap bersyukur kes berkenaan sudah selesai.

Hari ini Mahkamah Majistret Seremban, melepas tanpa membebaskan Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya itu pada 6 April lalu.

Sumber - Harian Metro

No comments:

Post a Comment