[kemaskini] Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak akan melaksanakan cadangan supaya guru diberikan lesen bagi menaikan taraf profesional mereka. Jelasnya cadanagn itu dikemukakan oleh para guru yang menghadiri retreat bersama kementerian itu baru-baru ini.
TIMBALAN Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkasi (foto) telah melontarkan cadangan untuk melesenkan guru-guru di negara ini. Tujuan perlesenan itu menjadikan guru sebagai profesyen yang profesional seperti arkitek, lawyer, engineer, doktor dan sebagainya.
Kata Puad idea itu diperingkat kajian. Saya yakin idea berkenaan datangnya dari menterinya, Muhyiddin Yassin dan Puad hanya jadi tukang canang saja. Sebelum cadangan itu dilaksanakan molek kalau ia dikaji secara mendalam, menilai buruk dan baiknya, relevan atau tidak sebelum dilaksanakan.Paling penting apakah dengan melesenkan perkhidmatan itu ia memberi daya tambah kepada pendidikan negara. Tidak guna kalau langkah itu diambil hanya setakat ingin mengangkat perkhidmatan guru sebagai bidang profesional saja seperti lain-lain bidang. Apalah ada kepada nama?
Apakah selama ini perkhidmatan guru di negara kita bukan profesional lagi? Mendidik adalah kerja paling mulia sekali. Maju dan mundur sesuatu bangsa itu terletak ditangan guru atau cikgu. Cikgu bodoh murid akan jadi dungu! Keberkesanan pendidikan pula bergantung kepada dasar kependidikan itu sendiri. Guru atau cikgu mengajar mengikut acuan yang disediakan kerajaan. Mereka membentuk 'kueh' itu menurut acuan kerajaan dengan semangat dan daya kreatif mereka. Sebagai penjawat awam guru hanya melaksanakan polisi dan dasar yang telah digariskan.
Bagaimana kueh yang diharapkan kerajaan maka begitulah yang akan dibentuk oleh guru-guru. Sebagai pekerja yang mulia dan bertanggungjawab mereka tidak akan cuba menukar bentuk dan citarasa kueh berkenaan. Jadi kalau murid hari ini tidak berkualiti dan menempati syarat-syarat manusia sejati (insanukamil) yang salahnya kerajaan!
Kepada saya, guru adalah satu bidang yang paling murni dan agen membangun insan yang kemudian membentuk negara.
Jika dilihat kepada peranan dan tanggungjawab itu, seharusnya perkhidmatan guru sudah dianggap sebagai profersional atau pakar. Dari gurulah lahirnya teknokrat dan profersional lain. Anihnya, mengapa bidang ini tidak dianggap profesional? Kalau manusia yang dilahirkan terdiri dari profesional-profesional mengapa golongan yang melahirkannya tidak profesional!
Anih bukan?
Doktor, lawyer, arkitek, engineer, penulis dan sebagainya siapa yang melahirkan mereka? Bukankah asas pendidikan mereka dari kalangan guru. Dari pra sekolah, sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti. Semua mereka diajar dan dididik oleh guru. Tidak ada seorang pun dari mereka terlepasa dari kawalan dan pembentukan oleh manusia bernama guru.
Jadi kalau tujuan hendak melesenkan guru itu hanya untuk memperlihatkan guru sebagai profresional ia sudah jadi tunggang terbalik. Ini bererti selama ini kementerian pendidikan tidak tahu menilai di mana tahap bidang pendidikan dan perkhidmatan guru selama ini.
Saya meragui dengan adanya lesenya itu ia hanya untuk dijadikan kambing hitam saja. Tujuan disebalik itu untuk mendapat keutungan. Bila guru dilesenkan maka akan adalah badan yang beetindak memberi lesen ataupun membuat persediaan bagi guru mendapatkan lesen. Dalam pada itu pemberian lesen itu juga seolah menafikan penganugerahan sijil perguruan kepada guru-guru yang diperolehi dari maktab atau institusi keperguruan selama ini.
Apakah jaminan tahap pendidikan kita akan 'berdecun' naik kalau guru dilesenkan? Ataupun apakah perlesenan itu untuk mendisplinkan guru? Kalau itulah sebabnya ini bermakna pusat latihan pengeluaran guru seperti maktab dan universiti tidak menjalankan fungsinya dengan baik.
Kepada saya bukan bermakna bila guru itu dilesenkan, integriti guru akan meningkat. Kualiti pendidik akan bertambah nilainya. Persepsi orang terhadap guru juga akan berubah dengan tiba-tiba. Soal ini soal sbjektif. Ia bergantung kepada guru itu sendiri. Profesyen guru yang ada hari ini sudah profesional dan pakar, dan sudah cukup untuk meletakakan guru sebagai golongan yang berdisplin dan kompeten dalam bidang pendidikan. Alasannya bagaimana kalau guru tidak berdisiplin untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa.
Dalam hal ini kepada saya apa yang perlu dikaji oleh kementerian ialah nasib guru-guru yang ada hari ini. Megenai keperluan saraan hidup mereka dan juga persekitaran hidup mereka. Kalau persekitaran dan sara hidup mereka rendah, profesyen perguruan tetap akan cacat juga. Kalau pun guru dilesenkan dan mereka ditempatkan mengajar di pedalaman Sarawak dan Sabah yang belum ada kemudahan canggih ia tidak menjamin mutu pendidikan dan anak didiknya berjaya.
Apa yang perlu disediakan kerajaan menerusi peruntukan yang banyak ialah memberi kemudahan asas yang secukupnya. Atasi masalah guru. Perkara paling pokok soal gaji dan kebajikan mereka. Satu mekanisma perlu digubal oleh JPA untuk menaikkan gaji guru melebehi dari perkhidmatan-perkhidmatan awam lain. Dengan meletakkan keistimewaan bidang perguruan bermakna kita telah mengangkat martabat kaum pendeta itu. Yang perlu diprofesionalkan bukan guru tetapi cara atau kaedah menangani masalah guru harus lebih profesional.
Memberi lesen kepada mereka akan menyusahkan mereka. Menyebabkan mereka perlu menyiapkan diri, untuk mempastikan mereka akan mencukupi syarat-syarat untuk mendapat lesen. Pengenaan itu juga menyebabkan timbul rasa rendah diri antara yang ada lesen dan yang tidak ada. Memberi lesen sahaja dengan tujuan menandakan seseorang itu profesional tidak mengubah keadaan kalau orang atau bidang itu tidak diterima masyarakat sebagaia profesional yang harus dihormati.
Juteru daripada mengenakan cikgu dengan lesen-lesen yang sudah pasti mengandungi syarat tertentu, baik penaikkan gaji mereka. Guru lepasan maktab biarkan gaji permulaan hingga mencecah RM3,000 manakala guru ijazah pula biarlah mencecah RM5,000 berserta dengan pelbagai insentif. Dengan memberi kemudahan dan gaji lumayan akan lebih menjamin mutu pendidikan kita akan meningkat daripada memberi lesen penaikantaraf prifesionalisme mereka.
Selain itu guru-guru juga perlu diberikan penekanan mengenai tanggungjawab mereka dalam mendidik murid dan bukannya guru-guru diberi penekanan supaya melaksanakan agenda parti memerintah. Kebanyakan hari ini apa yang berlaku kepada guru, mereka bukan dibeban dengan tanggungjawab melahirkan insan kamil, atau mendalami pendidikan Lukman Hakim tetapi dipaksa menyerapkan fisafat pemimpin tertentu. Mereka ditekankan supaya memastikan kerajaan UBN tidak akan tumbang. Saya berani mengatakan suku dari jumlah 390,000 guru dikerah memastikan kemenangan UBN.
Apakah lesen itu nanti juga akan digunakan untuk memperkukuhkan kerajaan UBN? [wm.kl. 10:00 am 22/05/10]
No comments:
Post a Comment