Friday, May 21, 2010

NAK MENAIKAN MARTABAT GURU BUKAN PERLU ADAKAN LESEN.TINGKATKAN ILMU GURU BESAR..DAN TAMBAHKAN KEMUDAHAN SERTA KEBAJIKAN GURU

Lesen perguruan untuk guru

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.

"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.

Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.

1. ALASAN NAK MENAIKKAN MARTABAT PERGURUAN BUKAN MELALUI KESEN.DIMANA AKHIRNYA GURU DIPAKSA MEMBAYAR YURAN DAN KAD UNTUK MENDAPATKAN LESEN KERANA MEMPROSES.BAYANGKAN KALAU 390,000 GURU DENGAN YURAN PROSES RM 25 SEORANG.ITU PUN KALAU RM 25 KALAU RM 100, BANYAK JUGA DUIT KERAJAN KUTIP...DAH NAK BENGKRAP KE???????

2. NAK MENINGKATKAN PROFESIONALISME IALAH DENGAN MENINGKATKAN GRED GURU DIMANA GURU BESAR PERLU DI NAIKKAN GRED YANG LEBIH TINGGI .ADA GURU BESAR YANG TAK TAHU PUN GUNA INTERNET.BORANG YANG KELUAR DALAM INTERNET TAK PERCAYA..PERLU TUNGU BORANG DARI JPN. LAHABAU PUNYA GURU BESAR.

3. KEBAGAJIKAN GURU DIBANDAR-BANDAR BESAR TERUTAMANYA ANK-ANAK KAUM GURU. ADA SEKOLAH TERUTAMANYA DI PUTARJAYA DIMANA KAUM GURU TERPAKSA MEN JADI PENGASUH DAN GURU BESAR PULA BERSETUJU MENGARAHKAN KAUM GURU MENJAGA BUDAK-BUDAK SEKOLAH HINGGA JAM 5 PETANG.BANYAK PUNYA CANTIK..INI LAH YANG KONONYA NAK TINGKAT PRESTASI MURID.SEBENARNYA SUPAYA KAUM PEKERJA YANG LAIN , IBUBAPA APABILA PULANG DARI TEMPAT KERJA JAM 5 PETANG TERUS MENGAMBIL ANAK-ANAK MEREKA .BETAPA JIMATNYA ORANG LAIN AKAN TETAPI ANAK-ANK GURU TIDAK PULA DI JAGA.ANAK -ANAK GURU TERPAKSA PULA DI HANTAR KE TEMPAT ASUHAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.

4. KAUM GUR PERLU PEKA DAN BUKA MATA LA.....JANGAN JADI MANDOM....

5. GURU BESAR PEREMPUAN BANYAK MENIMBULKKAN MASALAH KERANA PENAKUT DAN JUGA TIDAK TAHU BERTINDAK MENYELESAIKAN MASAALAH.MALAH ADA JUGA YANG TIDAK MENGHARGAI KAUM GURU.

POSTING OLEH : KAMARUL ILHAM

2 comments:

  1. SALAM.. BILA TUAN BERKATA,'BERAPA BANYAK 'RM' DAPAT DI KUTIP OLEH KERAJAAN APABILA YURAN LESEN TERPAKSA DIBAYAR OLEH GURU TIBA-TIBA SAYA TERFIKIR...ADAKAH INI SALAH 1 CARA KERAJAAN MENGUMPULKAN DUIT? KEMANAKAH 'RM' ITU AKAN DILABURKAN,ADAKAH UNTUK KEPENTINGAN SESEORANG ATAU UNTUK MENJADI DANA PROGRAM 'MEE GORENG' ?

    KALAU DIBUAT KAJIAN,GOLONGAN GURU LAH YANG PALING BANYAK BERHUTANG DAN TERHUTANG..SILA RUJUK DATA DARI BANK RAKYAT, BOLEH DIKATAKAN HAMPIR 80 PERATUS PEMINJAM ADALAH DARI GOLONGAN GURU. INI MENANDAKAN GOLONGAN GURU HIDUP BERHUTANG UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN KERANA KADAR GAJI YANG KECIL..

    ReplyDelete