Saturday, July 6, 2013

GAJI SEORANG GURU DI PEDALAMAN SABAH

GAJI SEORANG GURU DI PEDALAMAN SABAH

Hari ni aku saja ja nak kempen sikit kat bakal-bakal cikgu KPLI yang masih bujang dan dah nak posting nanti...ni kira kiraan kasar gaji permulaan yang hangpa boleh dapat kalau hangpa semua sanggup untuk pi mengajar kat pedalaman Sabah nun..

Aku ambik contoh katakan hangpa cikgu KPLI lulusan Kejuruteraan...kena posting kat pedalaman kategori 3 kat Sandakan..ni gaji tahun pertama hangpa akan dapat..


Gaji (DG41 P1T6) = RM 2148.10
EPW = RM 880.00
EKA = RM 300.00
BIP = RM 214.81
BKLP = RM 1500.00 (+)
-------------------
RM 5042.91
-------------------
Nota :
- EPW = Elaun Perumahan Wilayah
- EKA = Elaun Khidmat Awam
- BIP = Bayaran Insentif Pedalaman (10% drpd gaji)
- BKLP = Bayaran Khas Ikut Lokasi Pedalaman


So..hangpa tunggu dok lagi..hat bujang2 tu baik hangpa mintak posting kat pedalaman Sabah..tumpang tak dak komitmen lagi..boleh buat duit..dok pedalaman 3 ka 4 tahun...lepas tu baru tukar semenanjung...time tu duit pun dah penuh poket...

Tu tak campur manfaat lain lagi..tiap2 tahun dapat elaun balik kampung sekali ikut bayaran perbelanjaan sebenar...tambah pulak yang menteri KPM janji cikgu kat pedalaman ni..mudah untuk naik pangkat..lagi menarik tu..hangpa pi kerja 4 ka lima tahun kat sana..lepas tu balik sini dah boleh apply naik pangkat dah..kalau cikgu hat dok smenanjung ni..kena tunggu 10 tahun baru bleh pakai DG 44..hangpa takat 5 ka 6 tahun dah boleh pakai DG 44 dah...

Tak cukup menarik lagi?..ha..ni lagi satu..gaji hat kat atas tu tak campur lagi 2 elaun tambahan yang pak menteri umum baru2 ni...kalau gaji yang dah banyak tu campur pulak dengan 2 lagi elaun baru tu cuba bayang berapa banyak hangpa boleh simpan..tambah lagi naik pangkat cepat...ni bukan lagi peluang keemasan dah..ni kira peluang keberlianan dah ni...so pikir-pikirkan dan selamat mengajar......



6 comments:

  1. bagus...ini yg jarang orang dok cerita...selalunya dok cerita yg teruk2 dan buruk belaka membuatkan ramai yg takut nk kerja disana.
    sapaa nk bagi maaa start2 kerja 5k......tunggu apa lagi masa muda nie perlu gaji lebih2 dah tua esok xguna duit sgt dsh..........

    ReplyDelete
  2. giler start keje gaji 5K, 5 thn boleh nak pangkat?

    mcm ni punyer kelebihan pun masih menyalak tak puas hati lagi?

    Inilah MANUSIA@ KELADAK yg Prof Muhaiya ceritakan tu, manusia yg asyik fikir apa mereka dpt drpd apa mereka sumbang.

    Murid2 jgn la hangpa tiru perangai cikgu mcm ni dan jgn ada sedikit pun rasa hormat dengan ckgu mcm ni nnt hangpa ikut perangai die.

    ReplyDelete
  3. gaji 10k pun tadak guna jgk,kerja gomen ka swasta.. golongan2 ini yg tadak akal terutama fresh graduate.. mereka cuma mahu gaji besar+duduk bwh ketiak mak (kg)..sbb tu ramai menganggur.

    adik aku putus tunang sbb parent pompuan kuno,anak pompuan dia kena posting sabah..disalahkan adik aku sbb lambat kawin. konon dgn alasan kawin takde la dihantar ke sabah.. yg pasti pak sedara pompuan tu posting sarawak ke mana..sampai hari ni x dpt2 balik..itu pun takleh fhm takde tpt kosong.

    senang shj mau ckp..tak mau posting sabah,isi borang la..bkn ke masa interview korang ckp sanggup di posting mana2???

    ReplyDelete
  4. xyah la korg menyemak nak ngajo kat sabah kalau setakat nawaitu korg tu bukan ikhlas tapi kerana duit,plan nak ngajo 5thn je then balik,baik xyah dtg sabah,buang masa je ciss!!

    ReplyDelete
  5. dasar cikgu lebih kurang sama jer pemalas..rugi kerajaan bg gaji basar kat hangpa semua

    ReplyDelete
  6. Oi!! Jgn kerana mulut badan binasa! Ingat semua cikgu pemalas ke? Klau ko dah rajin teramat sgt, apa kata ko je pegi ajar bdk2 kt sekolah paling pedalaman. Aku cabar ko! Jgn berani komen sini je! Kalau semua cikgu ko label pemalas, nah! Ko ajar la semua murid satu malaysia ni! Ko je yg rajin kan? Sbb tu ko rajin sgt komen kat sni!

    ReplyDelete