Sunday, July 7, 2013

UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP

Sunday, July 7, 2013

UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP

Belum ada lagi menteri paksa dan ugut guru. Tapi sejak beerapa lama ini sikap menteri yang nak ugut kaum guru sebenarnya tak lama kekal dalam kabinet Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana mulut yang capoi ugut guru ini , menteri yang tak berapa cerdik.

Dan selalunya juga Presiden NUTP belum pernah berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini berani.Tahniah ,anda mengekalkan keberanian dan juga kejujuran anda mewakili kaum guru.Jangan jadi macam yang dok ada sembah melutut membuta tuli.Harap Lok  Yim Peng.Mampus la kaum Guru.Cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap.

Kalau nak dudk dalam kesatuan, mesti mau berani .Bukan beranbi membuta tuli , tetapi memperjuangkan hak kaum Guru.Ini jadi setiausaha , apa pun tak jalan....baik berhenti la lagi bagus.

TAHNIAH BUAT HASHIM ADNAN





Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.


Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.


Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.


Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.







2 comments:

  1. Kami MA dan nurse mencadangkan kerajaan menaikkan gred kami sama seperti guru dengan memberikan ijazah tanpa mengira kepandaian melalui kursus ringkas mudah lulus untuk kami naik kejawatan dan gaji lebih tinggi. Kami nak juga merasa jadi doktor dan gaji doktor. Kalau pendidikan boleh kenapa jabatan lain tidak? Adakah kerana menterinya cina?

    ReplyDelete
  2. Kepada NUTP.Mohon perjuangkan secara serious Golongan Guru tanpa Ijazah (Gred DG 32,DG34,DG38)dinaikkan ke Gred DG42 sebagaimana disiarkan pada Hari Guru ke 43.Khabarnya guru-guru ini dah berusia 50'an,dan bekerja lebih 30 tahun.Kotakan dan laksnakaan.Selanjutnya dikhabarkan guru-guru ini kena berkurusus 6 bulan untuk perlantikan ke DG42..Benarkah?

    ReplyDelete