Tuesday, November 29, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

DARI BLOG NIZAR/CORETANKU

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?


http://beritasemasa.com

2 comments:

  1. mmmmm kena dok bodek pengetua dan pk la nampaknya. cg-cg yang tak pandai bodek kena ambik kursus asas pengurusan membodek.

    ReplyDelete
  2. Salam......
    Nampaknya, lps ni guru2 yg dok sekolah di bawah pemerintahan guru besar mcm sekolah aku takde la merasa naik gaji.
    Meh aku nak cerita sikit, apa yg aku dan bbrp kwn aku alami:
    1. aku & kwn2 mengajar mcm biasa, tak pernah cilok, walaupun ada cikgu sekolah aku yg kejanya bawak budak masuk makmal dan tgk upin ipin/search internet sendiri2@buat keja sendiri(mak dia baik dgn gb aku woi).
    2. kwn aku pregnant tapi pegi klinik cek perut tak pnh kacau waktu sekolah(tapi ramai cikgu pompuan lain cek perut waktu skolah, tinggal kelas, gb tak kata apapun)
    3. aku ni tiba2 dpt tugas ad hock ganti kwn 1 skolah yg cuti tanpa gaji 1 tahun, mcm2 kena buat tugas kwn tu...
    4. aku & kwn aku ni tak penah bantah kl disuruh kursus @ bwk budak sukan ke, camping ke(wp claim dpt la 10 ringgit, sdgkan minyak keta 30ringgit kena kuar).
    5. aku main gak fesbuk tapi di rumah, tak la buka tiap2 hari, guna laptop sendiri(tp kwn2 skolah aku ada yg tunjuk mcm rajin, dtg skolah waktu petang, mcm buat keja, tp main fesbuk guna pc skolah)
    6. cikgu skolah aku ada yg dtg jam 7.50-8.00 pagi tiap hari wp rumah aku lagi jauh dari rmh dia.

    aku dan kwn aku yg tertindas ini dapat markah lnpt 70-79% sahaja...sedangkan yg cikgu2 lain yg bermuka2 termasuk terang2 mcm tak bersalah yg aku sebut di atas, dapat markah tinggi2...dpt apc lagi....adakah aku tak tertindas? apa lagi kalau sbpa ni dilaksanakan...kerja teruk, termasuk buat tugas orang, tapi gaji tak naik...jawablah di akhira nanti.

    ReplyDelete