Saturday, November 19, 2011

Putrajaya tunduk kepada bantahan guru

Putrajaya tunduk kepada bantahan guru

E-mel Print PDF

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.

Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.

Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.

“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya.

“Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru,” kata beliau di Labuan, Sabah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut.

“Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.

Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu.

- Malaysian Insider

Berkaitan:

3 comments:

  1. Blog tuan telah tersenarai dalam web pendidik.

    ReplyDelete
  2. tahun 2012 semuawarga pendidik berasa resah dengan NKRA,yang menjadi salah satu pada pentadbiran najib.Guru diberi tekanan dan ugutan supaya dapat menjayakan plan perubahan najib.Sekarang ini banyak sangat beban guru-guru dengan paper work malah p&p dalam kelas terabai dan asyik memmikirkan paper work itu.Adakah guru itu nak mengajar atau nak buat paper work macam duduk di pejabat.Pengetua asyik tekan cikgu-cikgu sebab Tuan PPD nak cepat.contohnya bagi hari ini ,esok dah nak data,apa ingat cikgu ini robot ka,tak mengajar ka,tolonglah wahai menteri Pendidikan ,jangan ingat cikgu-cikgu tak boleh boikot,nanti susah nanti.PRU 13 dah dekat.Lihat betapa ramai yang guru minta pencen sebab tak tahan dengan kerenah pengetua ,PPd dan JPN.Betapa ramai cikgu yang sakit jiwa,darah tinggi akibat perbuatan mereka yang memberi tekanan.Kita ambil contoh,Hari Pertama masuk sekolah dah suruh mengajar.Adakah pelajar baru masuk kesekolah terutama pelajar tingatan satu dan darjah satu disuruh ada P&P,bukankah mereka sebutnya ada minggu suaikenaldengan sekolah baru mereka?Bila guru memberi pendapat pengetua tidak mahu mendengar sebab arahan dari PPD,hari pertama TuanPPD nak mantau sekolah.Apa kejadahnya? Jangan buat guru macam budak-budak .Mana dia beban tugas guru yang telah dibuat di sidang pleno dengan KPPK,apa dah jadi semua itu di masuk dalam tong sampah.Ayuh guru kita bangun dan tuntut hak kita.sama-sama berjuang demi anak bangsa kita.

    ReplyDelete
  3. Kalu tak nak jadi guru berhentilah, cari kerja lain. Tunggu PR menang dapat RASUAH RM 500 kemudian duk diam.

    PR hanya pandai membuat janji, ketua mereka sendiri adalah manusia anugerah hantu Raya, hapus Rasuah konon, tapi dialah bapak Rasuah, seperti kata pepatah indon : Si Maling Teriak Si Maling.

    Kata pepatah Melayu, Ayam berkokok ekor penuh tahi.

    Jika orang kain terbau buat maksiat, belum sah lagi, hebohlah disurau-surau dan blog-blog.
    Tapi puak depa terang-terang kahwin/khalwat dengan bini kawan, tidak nampak/pejam mata je
    Dunia..dunia dipenuhi dengan nafsu

    ReplyDelete